Thursday, December 31, 2009

Nasihat Dan Ucapan Tertangguh

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ( Al-Anfaal : 2)

Lama benar rasanya tidak mengupdate blog yang serba banyak kekurangan ini. Rasa juga kadang-kadang ingin berkongsi. Tidak sikit banyak, tidak banyaknya maka sikit-sikit lah. Namun, terkongsi juga. Mengajak diri agar sentiasa menggeruni apabila disebut nama Allah, dan sentiasa bertambah-tambah iman apabila dibacakan ayatNya. Hayatilah segala isi kandungannya.

Sabda Nabi S.a.w : " Agama adalah nasihat. Mereka bertanya: " Bagi siapa wahai RasuluLLah? " Baginda menjawab : " Bagi Allah, RasulNya, Para Imam Muslimin dan rakyat umumnya".

Sekadar menasihati diri dan semua teman semuslim agar sentiasa kita tidak lari dari apa yang kita laksanakan sehari-hari " Kulluha liLLah". Segala penggerakkan anggota kurniaan Allah S.w.t yang kita laksanakan dengan penat lelah itu, tidak lain hanyalah menuntut ketaqwaan kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa.

Ucapan (Mesir)

Hari ini jika para teman termasuk saya di perantauan Mesir ini, boleh dikatakan kesemuanya harianya telah dan sedang menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi perperiksaan semester pertama "Faslul Awwal". Selamat menempuh imtihan. doakan agar kita diberi kejayaan serta berkat segala ilmu yang dituntut.

Ucapan (Malaysia)

Di Malaysia, khusus dari keluargaku sendiri. Seperti mereka atau adik-adik mereka yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR) Dan beberapa peperiksaan di peringkat Universiti di Tanah Air. Kesemuanya menerima keputusan masing-masing. Ala kullihal ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kali ini anugerah kejayaan adik perempuanku, AlhamduliLLah telah mendapat 7A 2B. Dan seorang lagi adik lelaki yang sedang menyambung pengajian di Universiti Insaniah (KUIN) Pun dianugerahkan kejayaan dengan mendapat A lavel pointer. AlhamduliLLah Mabruk abang ucapkan.

Namun kejayaan tersebut tidak perlulah nak dibanggakan. Barangkali menuntut agar kita lebih mendekatkan kepada Allah s.w.t, dibimbangi ianya adalah istidraj dari Allah s.w.t ingin melihat tahap keimanan. Maka dianugerahkan ujian kejayaan yang mengalpakan.Ingat tu.

Akhirnya,

Buat diri dan teman-teman sekalian. Bulan Muharam 1431H sedang kita duduki. Bulan pertama di bulan Islam. Kita kan lalui bulan seterusnya sehinggalah ke tahun lain. Jadi, tanyalah pada diri! Apa yang kita akan isikan sepanjang setahun ini?

Saya tinggal soalan ini. Tepuk dada tanya iman. Sekian wassalam.

Thursday, December 17, 2009

Akhir Zulhijjah, Awal Muharram

Seluruh dunia akan sama-sama membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Berdoa munajat agar Allah mengampunkan dosa sepanjang perjalan setahun berlalu.

Bermula tahun baru juga didoakan agar sentiasa terpelihara perjalanan mendatang.

Azam baru pasti tersemat rapi di jiwa masing-masing. Merenung kesilapan lalu, sebagai muhasabah buat diri. Tajdid azam ke arah lebih baik agar terus selamat melangkah menuju redho dan rahmatNya.

Masa berlalu tidak akan kembali selamanya. Pahit manis, salah silap telah kita lakukakan, terutama insan kerdil ini. Termampu hanya taubat mengadu kepadaNya agar diampunkan.

Tahun baru yang akan kita lalui samada pahit, manisnya belum kita ketahui. Entah ada atau tidak kita belum pasti. PAStinya kita punyai azam dan cita-cita. Tanyalah pada diri "Apa erti aku menganut Islam? lantaran langkahlah agar semuanya menjadi ibadah buat diri, sebelum bertemu akhirat.

Kullu sanah wa antum toyyibun!

Monday, December 7, 2009

Usrah Syeikh Abdul Halim Mahmud

Berkat diberi nama usrah kumpulan Syeikh Abdul Halim Mahmud RahimahulLahu Ta'ala yang di dalamnya mempunya 10 anak usrah termasuk ketua, akan terus cuba bergerak demi memastikan kalimah Allah, dan peringatan antara satu sama lain sentiasa tersemat di dalam hati setiap invidu muslim.

Inilah ahli usrah kami :-

(Ketua : Abdul Kadir Umar)
1) Muhammad Naim Md Salleh
2) Khairul Asraf Hamzah
3) Ahmad Nuhairi Abdullah
4)Mohammad Izharuddin Abdul Halim
5) Ahmad Zulkarami Mohammad Mokhtar
6) Mohd Al-Hafiz Ismail
7) Muhamad Nazir Wahid
8) Mohd Shahriman Ibrahim
9) Mohd Najib Mat Idris

Saya cukup bersemangat melihat anak-anak usrah yang berseri-seri sangat bersungguhan untuk menghayati dan mentadabbur ayat suci Al Quran karim, Hadis Nabi S.a.w, serta sirah melalui medium usrah. Ditambah lagi kecintaan untuk merapatkan hubungan silaturrahim amat mendalam sentiasa mengenal berkasih sayang kerana Allah.

Mudahan kami terus istiqomah dalam menerusi perjalanan usrah yang telah dibahagikan. Harap juga kesemuanya mengambil ihtimam (penting) dalam memastikan keberjayaan usrah atau lebih dikenali sebagai (Muzakarah Berkelompok ) di DPMM ini setelah kita berpekik di dalam mesyuarat agung menyatakan kepetingan usrah dan tanggungajwab menjayakanya, walaupun beberapa cadangan yang dilontarkan tidak dipersetujui hanya usul sahaja yang diterima pakai.

Usul yang disebut-sebut bunyinya begini :-

Memegakan Muzakarah Berkelompok diseluruh peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak.

Nota : Cadangan perlaksanaanya dinyatakan. Namun, boleh dikatakan semua ahli mesyuarat MAT 17 tidak bertuju dan mencadangkan agar dibincangkan semula mengikut kesusaian. hanya usul sahaja dipersetujui.

Namun ianya tidak akan dapat dijayakan sekiranya kesungguhan setiap ahli di dalam mewajibkan kehadiranya pada setiap minggu (Jumaat) usrah yang ditetapkan, termasuk komitmen Naqib dalam melaksanakanya hambar. Muhasabah buat kita semua.

Kembali semula kepada cerita hal usrah kumpulan saya. Suka saya nyatakan, kumpulan ini mungkin tidak sehebat kumpulan lain, cuma harapan agar terus istiqomah dalam melaksanakanya baik liqo' secara ilmi mahunpun amali.

Ceria-ceriakan usrah dengan menjamu selera..huhu..

Saturday, December 5, 2009

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah

Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.


Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.

Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.


Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.

Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:" Jangan kam mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.

Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain.

"Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.

"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula."

"Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:"Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.

Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.

Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.

Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.

Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.

Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.

Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.

Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.

Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud :"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah ayat 195)

Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.

-----------

Dipetik daripada buku "Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah", halaman 173-178, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999.

Copy dari : http://presiden.pas.org.my

Wednesday, December 2, 2009

Anak-anak kecil Mansurah

Muka kanak-kanak ceria ini bertambah menyerikan persekitaran Mansurah iaitu sebuah cawangan yang boleh dikatakan kedua terbanyak mutazawwijin selepas Iskandariah.

Gambar di sebelah kiri ini (depan) adalah Rafiq Fitri, dan belakanya adalah Ahmad Miqdad. Lagak gayanya seperti mahu memandu pergi berjuang. Kelakar tul.

Mereka si bayi kecil ini bersih dari dosa dan noda. Wajah mereka berseri tersenyum indah menyedarkan kita bahawa, kita terlalu banyak melakukan dosa.

Tentu sekali Ayah dan Ibu mereka mengimpikan anak-anak mereka menjadi seorang yang berilmu, beramal soleh dan bertaqwa. Semenjak lahir hingga kini mereka dalam keadaan fitrah. Mereka sudah pasti telah terdidik oleh ayah dan ibu mereka semenjak sebelum mereka lahir lagi. Sepertimana terdidiknya Imam Syafie.

Saturday, November 28, 2009

Cintakan Ulama'

habib umar Pictures, Images and Photos



“ Mengasihi orang - orang soleh , menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah . Para Auliya' ialah mereka yang disebut dalam firmannya :(yang bermaksud ) orang - orang yang beriman dan mereka bertaqwa . Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat - syaratnya yang bertepatan dengan syariat . Serentak itu kita beri'tiqad bahawa mereka tidak berupaya memberi manafaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat mereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu terhadap orang lain ”

Friday, November 27, 2009

Salam eidul Adha 1430 H

Hari ini kita seluruh ummat Islam seluruh dunia menyambut Eidul Adha 1430H. Masing-masing tentunya tidak hanya menyambut dengan sambutan seronoknya semata-mata, tersedia barangkali di hati masing-masing penghayatan yang sangat mendalam dalam diri

Saya sekarang masih menyambut Eidul Adha di bumi anbiya' iaitu di bumi Mesir. Meriahnya sambutan Eidul Adha berbanding Eidul Firti jauh berbeza. Tatkala mereka sangat memahami kelebihan dalam pelaksanaanya.

Dilaksanakan ibadah korban dan penghayatanya sepertimana Firman Allah S.w.t ini ;

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠٠) فَبَشَّرۡنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍ۬ (١٠١) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (
١٠٢
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101) Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) [ Surah : As-Saaffat]

Penghayatan ayat ini barangkali mudah jika hanya kita melaksanakan ibadah sembelihan binatang sahaja. Namun jika Kita lihat kembali bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim AS di dalam menerima perintahNya dengan penuh keyakinan lalu anaknya sendiri perlu
dikorbankan!.

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣) وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥) إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬ (١٠٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (١٠٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (١٠٩) كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١١٠) إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (
١١١

"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (111) [ Surah : As-Saaffat]

Disambut Eidul Adha seiring meraikan kemenangan ummat Islam pergi mengerjakan ibadah haji
di bumi Makkan Al Mukarramah. Ibadah haji dikerjakan bagi mereka yang berkemampuan.

Seperti Firman Allah S.w.t :

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالاً۬ وَعَلَىٰ ڪُلِّ ضَامِرٍ۬ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ۬ (٢٧) لِّيَشۡهَدُواْ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَيَذۡڪُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِىٓ أَيَّامٍ۬ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ فَكُلُواْ مِنۡہَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡبَآٮِٕسَ ٱلۡفَقِيرَ (٢٨)

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28) [ Surah Al-Hajj]

Sesungguhnya sangat besar ganjaranya mereka yang berpeluang mengerjakan haji. Sentiasalah kita doakan agar dipilih ke sana suatu hari nanti.

Monday, November 23, 2009

Ulama' Meninggal : Syeikh Abu Bakar Awang Al Baghdadi

Semalam 23 November 2009 seorang lagi ulama' kabir iaitu Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi, Penasihat Pesatuan Ulama' Kedah telah pergi meninggalkan kita semua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Beliau sebelumnya belajar di sebuah Universiti di Baghdad, Iraq. Dan kepulangannya dari Iraq terus berkhidmat di dalam PAS iaitu diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Banyak lagi kisah pejalanan hidupnya, tidak ternukil panjangnya. Cuma, ingatilah sahabat sekalian. Dunia akhir zaman sudah ditunjukkan petandanya. Seperti disebut di dalam hadis Nabi s.a.w : " Bahawasanya Allah s.w.t tidak menghilangkan ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Ulama'".

Hayati dan ingatilah.

Pemergian tokoh Ulama' ini amat mengejutkan dan sebagai peringatan buat kita semua. Semoga beliau digolongkan bersama para solihin. Ameen.

Buat Keluargaku Tercinta..

Abang sentiasa mendoakan adik-adik abang berjaya. Walaupun berjauhan abang sentiasa mengingati kalian semua penuh kerinduan. Abang sebenarnya malas nak tulis kat blog ni sebenarnya pasal keluarga. Lagipun memang keluarga tak baca. huhuhu

Bila baru ni, abang hubungi mak. Katanya, khairi ada baca dan copy gambar-gambar dalam blog ni dan tunjuk pada keluarga semua. Alamak!. Apa pun maaf juga sudah lama abang tak kirim gambar-gambar. Dulu ingat lagi abang selalu juga hantar ( Pos) gambar nak hilangkan rindu keluarga kat abang yang berjauhan dengan mak, baba, kakak, dan adik-adik semua. Mak juga kerap balas.

Kali ni maaf la abang tulis kat sini saja. Mudah-mudahan khairi bacakan dan sampaikan kat kuarga semua. Abang tersangatlah merindui. Masih teringat lagi dulu-dulu kalau abang rindukan keluarga selalu saja abang tuliskan surat. Mungkinlah dulu mahal kalau nak hubungi Malaysia. Sekarang sudah terlalu mudah dan murah saja. Walaupun murah dan mudah namun, ianya sangat berlainan menulis surat berbanding call serta sms semata. tak sama sangat-sangat.

Tinggal sekejap cerita kenangan lama-lama tu. Usah dikenang. hehe..

Semalam abang dengar cerita yang khairi sedang menempuh imtihan semester pertama di Kolej Universiti Islam Negeri Kedah (KUIN). Abang doakan moga berjaya mumtaz dunia akhirat. Juga buat kak cik yang baru saja selesai Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR) pun abang doakan moga berjaya mendapat 9A InsyaAllah dengan berkat. Ameen.

Kak cik yang sorang ni selalu merepek kalau abangnya tak call, tak hantar surat, tak sms..dan lain-lain. katanya, abang dah tak ingat kami ka.."?kami rindu..".

Alamak! lepaskan rasa rindu di sini pula ye. sudah-sudah. Mohon maaf la pada pembaca budiman sekalian. bak kata pepatah mak saya.

Sekali sekala,
dua kali, dua kala,
tiga kali tiga kala, hehe

Sunday, November 22, 2009

Doakan aku..salam Zulhijjah

Tak ada apa pun yang nak ditulis sebenarnya. Al maklumlah ilmu pun kurang, idea pun terlebih terkurang saja.

Cuma, bila saya menjengah blog -blog yang perlu saya baca untuk mengambil semangat membuatkan hati merasakan "wah nikmatnya dan manisnya".

Ini antaranya yang saya sentiasa menjenguk dan mengambil istifadah, lihatlah suasanya : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/mukhayyam-tarbawi-dpp-pusat.html

Jadi, kesimpulanya memang best jika kita bersibuk-sibuk untuk Islam. Walaupun pahit, letih, sakit, bertubi-tubi dengan permasalahan. Akhir ada manisnya!. Tidak terkira manisnya ketika di Syurga nanti. Kita mohon agar dikurniakan.

Untuk sekiannya, saya ingin mengajak diri dan teman sekalian agar kita sentiasa mentajdidkan niat dan berazam mudah-mudahan di bulan Zulhijjah ini kita dikurniakan berkat redho dan rahmat dariNya. Ameen.

Thursday, November 19, 2009

KCB Ketenangan kepada Penonton

Dua hari lepas saya berpeluang menonton filem yang agak menarik dan kemungkinan mendapat perhatian kalangan penuntut yang belajar di pelembahan Nil ini dan juga tempat lain. Di dalam cerita tersebut banyak kisah-kisah menarik yang telah menambat hati untuk terus menonton, ditambah lagi mengisahkan suasana dan keadaan belajar di bumi Mesir.

Filem sebegini rasanya agak patut saya beri komen sokongan, termasuk filem-filem sebelumnya seperti sang murabbi, ayat-aya cinta dan lain-lain yang telah mencerminkan kehidupan cara hidup islamic dan memberi suatu ketenangan kepada penonton.

Realiti masyarakat hari ini ramai mengisi masa rehat mereka dengan menonton bahkan kebanyakkan pula mudah terpengaruh dengan suasana sesebuah filem. Sehinggakan mereka terikut-terikut dengan gaya hidup si pelakon. Maknanya pengaruh filem sangat besar.

Jadi, dalam perkara ini alangkah bagusnya di Malaysia dikembang luaskan filem-filem seperti keluaran Indonesia ini seperti yang telah wujud di Malaysia drama bersiri nurkasih yang telah memenangi hati rakyat Malaysia. Sehinggakan ada penonton yang minta mengulangi drama tersebut tanpa iklan. Sudah tentu drama tersebut sesuai dan lebih tenang untuk ditonton.

Sebab itulah saya ingin cadangkan kepada mana-mana pengarah filem di Malaysia tidak perlu shooting filem-filem yang mengarut-ngarut, seksi-seksa dan lain-lain. tinggal niat buruk tersebut.

Monday, November 16, 2009

Pertahan Kutub Sittah

keperihatinan dan kesungguhan yang dilakukan pihak kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin memastikan hak rakyat Malaysia diberi pembelaan. Baru ini juga secara jelasnya disampaikan isu Pembatalan Program Kutub Sittah ini di dalam Parlimen Oleh YB. Zulkiflie Nordin. Turut dijelaskan pula oleh Dewan Pemuda PAS Pusat Us Nasaruddin Haji Hasan At-Tantawi melalui kenyataanya.

Di Mesir, Desak ditubuhkan bagi menjelaskan dan mempertahankan khususnya pembatalan pihak JPMK terhadap majlis ilmu yang amat berharga ini.

Isunya, kenapa pihak JPMK membatalkan program Kutub Sittah yang diminati ramai itu? hatta puak-puak Nadi UMNo sendiri punn!!! minat dan marah dengan pembatalan tersebut.


KENYATAAN MEDIA
16 NOVEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)


PENGARAH JABATAN PENUNTUT MALAYSIA [MSD] KAHERAH MESIR TIDAK PROFESIONAL


1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah. Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim.

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ACC] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta.


3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir.


4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia.


5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.



6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir.


7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan.


8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan.


9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional.


10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka.


11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr.. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu.


12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa.


13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang.


14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu.


15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .


HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my

Sunday, November 15, 2009

Jangan Jadi Pemecah Belah..!!


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٣) إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬ (٤

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3) Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (4) ( Surah As-Saff : 2-4)

Hakikat manusia hari ini suka memperkatakan sesuatu, tetapi apabila kita melihat hasil perbuatanya amat jauh terkebelakang dan suka pula mendabik dada kepada orang lain. Inilah yang dihuraikan di dalam FirmaNya yang menegaskan kebenciaNya terhadap mereka yang suka berkata-kata padahal mereka sebenarnya tidak melakukanya.

Tidak salah jika kiranya kita berpesan-pesan demi mengigatkan diri, dan dalam tujuan menyampikan dakwah tetapi alangkah sedihnya jika sikap sebegini akan menjadi bahana fitnah kepada si pendakwah tersebut dek kerana tidak pula mampu menerima teguran orang lain tatkala tersalah. Oleh kerana itulah, kesediaan kita selaku si penyampai dakwah tersebut di dalam membuat perubahan.

Ya benar, tidak semudah itu, kita akan menerima teguran dari mereka yang mungkin dikira tidak berkelayakan untuk memberi teguran. Namun, itulah yang disebutkan tadi berkaitan dengan kesediaan dan mungkin boleh disebut sebagai sikap berlapang dada. Hasilnya kita akan merasakan suatu perkara yang amat tenang dan sangat murni.

Kita mungkin mampu mentarbiah dan kita juga perlu mampu menerima tabiah. Bercakap tentang tarbiah, tentunya ramai yang berminat untuk menyampaikan tarbiah tetapi belum pasti kita mampu menerima tarbiah. Pokoknya di sini sikap ego dalam diri kita pasti ada. Sebab itu, kita tidak mampu menerima pentarbiahan. Kita lebih gemar sekiranya kita diberi peluang sebagai pentarbiah. Maka mungkin pada waktu itu, kalimah juang dan pengorbanan kita akan laungkan. Namun sesudah selesai menjadi orang atasan atau dalam erti kata lain sebagai penyampai, pentarbiah, Pemimpin maka kesudahanya kita akan meninggalkanya.

Inikah yang dikatakan tarbiah?

Mungkin tidak sama sekali. Kerana pentarbiahan adalah untuk tujuan mendidik kita membuang sikap ego. Kita perlu mampu memimpin dan dipimpin. Itu yang dikatakan sebagai tarbiah. Bukan apabila kita tidak dapat mengejar jawatan untuk disandang, maka kita barangkali akan mengambil langkah menubuhkan kumpulan-kumpulan lain. Tindakan ini akan mencerai beraikan ummat Islam, dan kita akan menjadi lemah atas kerana sikap kesombongan dan ketidak puasan hati tersebut.

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١٠٥

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Al- Maidah : 105)

Kemudian apabila kita menyebut tentang hidup berjemaah iaitu di dalam satu saff. Tidak dapat tidak pasti kita akan menerima beberapa dugaan dan cabaran tersendiri, berbanding dengan kita hidup sendirian. Walaupun langkah kita melarikan diri untuk tidak hidup secara berjemaah akan sedikit berada di dalam keselesaan. Namun hakikatnya tidak. Bahkah lebih memeningkan sebenarnya.

Sepertimana ditegaskan di dalam hadis Nabi S.A.W : " Barang siapa memisahkan diri maka ia bukan di kalangan kita. Pertolongan Allah bersama jemaah dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri. Hadis Riwayat At-Tabrani

Tentulah pengharapan kita untuk terus bersatu memperjuangkan Islam adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius. Bukan lagi perkara yang boleh dipermainkan mengikut hawa nafsu dan keinginan semata-mata. Hendaklah kita berada di dalam satu saff yang tersusun rapi membina kekuatan dan jati diri.

Friday, November 13, 2009

Sayang ahli DPMM pada Pengerusi

Sebenarnya Allah menyediakan peluang untuk beliau berehat setelah kepenatan menjalankan tugasan. Tentunya beliau habiskan masa menelaah kitab-kitab dengan banyaknya di sana.

Setelah beberapa hari di Hospital, kelihatan ramai juga ahli datang menziarahi. Menunjukkan kasih dan sayang ahli kepada Tuan Pengerusi. Hari ini beliau telah sembuh dan dibenarkan pulang. Alhamdulillah syukur. Berkat doa semua.

Pun begitu, doa munajat perlu diteruskan. Barangkali ujian yang kita hadapi ini adalah untuk tujuan lebih mendekatiNya dan sentiasa mengingati mati. Hakikat manusia jika tidak menghadapi sebarang ujian akan terus terleka dan lupa. begitulah jika kita diuji tentu kita akan sentiasa mengingatiNya dan tanda Allah masih sayang kita.

Ok sekian wasslam. Maaf saya menulis tentang Tuan pengerusi ye. tentu dia marah. ok Selamat menjalan tugas.

Thursday, November 12, 2009

SyafahumuLLah

Baru ni, 4 November 2009 saya dan beberapa sahabat lain yang baru saja pulang dari kaherah terus pergi menziarahi orang yang dikira berpangkat paling tinggi di Mansurah iaitu Tuan Pengerusi DPMM kita al fadil Us Amirul Hasim diantara yang ditahan di WAD. Dia ditahan pada asalnya demam biasa, mungkin pada awalnya pihak hospital ingin ambil langkah berjaga-jaga. Jadi, ditahan juga la di Wad. Hingga hari ini setelah di cek katanya Positif. Allahuakbar.

Cumanya, bila dapat khabaran sebegini sapa-sapa pun akan rasa cukup bimbang, bukan demam biasa-biasa ni. H1N1 tu. cuma, bila dengar balik pendedahan dari adik-adik medic terasa agak lega la. sebab jangkitan ini ada peluang InsyaAllah untuk sembuh tu, masanya tidak lebih seminggu jangkaanya. Selain tu agak berisiko, jika mereka yang dijangkiti ada mengalami masalah kesihatan lain.

Namun, apa pun kita perlu mengambil sikap berjaga-jaga agar terselamat. Tambahan pula sekarang kita telah masuk ke musim sejuk , katanya lebih mudah jangkitanya. Mungkin kelembapan cuaca sejuk, badan kita pun agak lemah. Jadi, banyak-banyak la makan pil barakah dan air masak panas. Katanya boleh terhindar. Saya sampaikan saja. Ingin kesohehan sila rujuk Doktor.

Hari ini bertambah lagi hampir 3 orang yang belajar di Mansurah saja yang ditahan di Wad. Sebelum ini pun sudah ada sahabat kita seorang dari Kuliah Perubatan, alhamdulillah sudah sembuh. Syukur.

Walaupun langkah usaha yang telah cuba. Jangan lupa doa dan sentiasa bermunajat. Sama-sama kita doakan agar disembuhkan dan kita semua selamat.

Tadi, di Dewan PJA kita telah berkumpul sama-sama bermunajat. Kesedaran ini amat bagus dan perlu diteruskan supaya kita sentiasa bergantung dan mendekatkan diri kepada Allah disamping kita berusaha.

Akhirnya, semoga cepat sembuh...ameen..

Monday, November 9, 2009

Seminar : Penyelesaian

Firman Allah S.w.T: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa yang menyeleweng dikalangan kamu dari agamanya (Islam), nescaya Allah akan mendatangkan suatu golongan dimana Allah mengasihani mereka dan mereka juga mengasihi Allah; mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan (kehebatan) terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Ia menghendaki; dan Allah itu maha luas kurniaNya, lagi maha mengetahui.

Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka sentiasa (patuh) kepada Allah.

Dan sesiapa yang berwalikan Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman (yang begitu sifat-sifatnya) maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah itu akan mendapat kemenangan.” surah al Maidah ayat ke 54-56

Sebagai renungan buat kita semua.

Bahagian 1


Bahagian 2

Sunday, November 8, 2009

Terkini : 3 Tauzi' Tanpa Izin BKAN ke Mansurah

Pada awal lagi saya ingat malas nak mencemari dengan contengan nama-nama KeIsmaan di ruangan blog ini. Amat memalukan dan sangat pelik. Tetapi memandangkan masalah yang berlaku sangat keritikal hingga saat ini telah berlaku pentauzi'kan dengan cara lari-lari. Maka saya perlu tulis dan sampaikan.

Ya lah, pada pemikiran sesiapa pun dan saya sejak dulu bila datang Mesir mana ada pesatuan yang paksa-paksa, lari-lari, dan memang dah janji dari Malaysia lagi. Apabila sudah tiba di Mesir kena ikut mereka. Apa punya sikap ni?? Tidakkan memalukan kita bahawa, sikap keterbukaan Mahasiswa disempitkan bagaikan budak-budak, main lari-lari dan paksa.

Lebih elok dan harmoninya jika mereka ikut betul-betul prosedur yang telah disusun rapi oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Masing-masing. Sedangkan pengurusanya tidak mengira apa-apa ideologi. Terpulang itu pemikiran masing-masing.

Apabila berlaku hal demikian, perspektif adik-adik baru akan menjadi buruk pada tindakan kalangan Mahasiswa Al-Azhar sebegini. Nampak senyum sampai ke telinga, rupa-rupanya ada udang disebalik mee.

Sungguh memalukan. Tidakan rebut-rebut, bawa lari. Cuba kita lihat, bukanlah DPMM atau mana-mana cawangan tidak boleh nak pergi rebut balik. Cumanya, memang sangat hodoh perangai cam ni.

Mansurah sendiri dapat dikenal pasti dah 3 orang ikhwah yang dibawa lari ke sini, tanpa ikut BKAN. Pelik bukan?

Tahniah Presiden PMRAM 2009

Terkejut juga apabila mendengar berita bekenaan perkahwinan Presiden PMRAM. Dalam tak percaya akhirnya berita ini memang benar.

Bermula dengan Badan Sambutan dan Rehlan PMRAM Al Fadil Us Labib dan disusuli Presiden PMRAM Us Muiz. Kemudian Badan Pengurus mana pula selepas ini?

Tidak terkejut jika diikuti oleh Us Shahrizan yang kedengaran akan pulang tidak berapa hari lagi. Mudah-mudahan.

Tidak hairanlah pula disusuli olehUs Adlan di masa mendatang. haha..

Walaubagaimanapun saya ucapkan tahniah dan mabruk kabir buat Tuan Presiden. Semoga dengan perkahwinan ini melancarkan kehidupan sebagai da'i dan bertambah-tambah semangat dalam menerusi arena dakwah penuh cabaran ini hingga kembali pada yang Esa.

Saturday, November 7, 2009

ISMA Tauzikkan Pelajar Tengah Malam???

Hairan bin ajaib bin pelik,itulah ISMA.Berdasarkan cerita dari seorang sahabat,ISMA cuba mentauzi'kan pelajar akhawat selangor ke mansurah pada waktu dinihari sekitar jam 2.30 pagi tadi(5 November 2009).Kejadian yang disedari oleh ajkt hewi BKASM yang baru pulang dari ziarah sahabat-sahabat di tanta dan mansurah terkejut apabila mendapati ada beberapa orang akhawat ISMA cuba mengambil adik-adik baru untuk ditauzi'kan.

Dengan kekuatan anggota seramai 3 akhawat dan 2 ikhwah beserta sebuah van,mereka datang atas alasan ingin mengambil orang-orang mereka dan ingin mentauzi'kan sendiri mereka ke muhafazah.

Berdasarkan cerita yang disampaikan,tindakan mereka untuk mentauzi'kan sendiri rakan-rakan mereka ke muhafazah sebenarnya tidak diizinkan dan tidak dibenarkan oleh pegawai hal ehwal pelajar selangor.Dengan itu mereka mengambil tindakan untuk mengambil keluar adik-adik ini pada waktu malam,atas alasan adik-adik baru ini sendiri yang mahu mereka(ISMA) tolong tauzi'kan ke muhafazah.Mereka tidak mahu ditauzi'kan dengan USMB BKAN.

Setelah beberapa lama berbincang dan berbicara (4.30 pagi),akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh beberapa orang ajk USMB yang ada disitu supaya mereka (ISMA) serahkan tanggungjawab untuk pentauzi'kan itu kepada USMB BKAN.Mereka pulang dengan nada yang kecewa kerana misi mereka tidak berjaya dan telah digagalkan oleh sahabat dan sahabiah yang mahukan hubungan ukhuwah sentiasa terjalin.

"satu fikrah satu amal"


# ini ke akhlak yang dibawa oleh isma,datang rumah orang tengah-tengah malam,pastu nak buat pasal pula...#

p/s: cubalah ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pegawai...ini main nak sebat je...letih la macam ni kawan...

Dari : http://ibnusaleh86.blogspot.com

Komen saya : Belum berapa hari di Mesir sudah diajar oleh senior-senior ISMA menjadi kurang ajar, ikut la prosedur pengurusan elok-elok. Tahun lepas dah ada yang datang ikut kepala sendiri ke Mansurah tanpa ikut BKAN, lepas tu buat muka tak bersalah. tahun ni sudah-sudah la...

Friday, November 6, 2009

Ukhuwah FiLLah, Kesatuan dan Keselamatan

Ukhuwah merupakan salah satu tunjang ke arah membina kekuatan Islam dalam menyampaikan dakwah ke seluruh masyarakat.

Lihat sendiri pada raut wajah gembira pada zahir gambar kenangan yang terindah mengeratkan ikatan hati muslim seaqidah. Bersukan bukan sebarang sukan.

Mahasiswa Perubatan dan Pengajian Islam di Mansurah dan lain-lain muhafazah hakikatnya tiada beza. Ukhuwah tetap sama.

Kembali saya berfikir sejenak sejarah awal penubuhan Perubatan Mansoura Chapter. Segalanya dibincangkan secara lumat dan mohon sepakat tuan rumah di Mansurah iaitu Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi Mansurah yang mana telah lama bertapak semenjak tahun 1992 di cawangan Mansurah. Perbicangan amat lumat selumatnya termasuk di bawa ke peringkat Persatuan Pusat masing-masing untuk diwujudkan bagi memudahkan urusan khasnya bagi pelajar Perubatan yang berada di cawangan ini. jadi, penubuhanya sangat SAH!! dan bukan penubuhan haram.

Apabila dinilai, semenjak saya berada di Mansurah ini memang tiada lagi Persatuan lain melainkan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansura(DPMM) dan juga Perubatan Cawangan Mansurah (PCM). kedua-duanya memainkan peranan masing-masing dengan penuh harmoni. Tapi pelik, ada pula yang gatal-gatal nak tubuhkan Persatuan itu dan ini. Kena ingat di Mansurah sendiri ada prosedurnya, setiap Persatuan mesti berdaftar di bawah Pihak Keselamatan Mesir iaitu AMNUDDAULAH. Bukan senang-senang. Siasatan demi siasatan mesti akan dilakukan jika apa-apa penubuhan akan diwujudkan.

Saya cukup jelas setelah setahun berurusan dan hingga kini amat masak sangat dengan apa yang mereka kehendaki. Bukan tujuan ingin menakut-nakutkan. Tapi amat bahaya sekali, sebagai peringatan!!. Segala penggerakkan anda ada maklumat pada mereka.

Saya bimbangi, kerana teringin sangat menubuhkan Persatuan kerana IKUT-IKUTAN, kerana faktor sebab abang saya dulu memang Persatuan ini. Mak saya kata kena ikut Persatuan ini. Jadi, tolonglah saya ingatkan sekali lagi demi maslahah umum. Berhati-hati. Tumpukan dengan DPMM dan PCM yang sah ini.

Pengerusi DPMM sebagai Mandub yang dilantik khas oleh Jam'iyyah dan mempunyai KAD PENGURUSAN. Segala maklumat keselamatan warga Malaysia yang berada di Mansoura ada pada beliau, Musa'id beliau iaitu Pembantunya yang sah adalah Pengerusi PCM.

Sakali lagi, saya ingatkan jangan sekali-kali kita buat kepala sendiri ketika berada di Negara orang ni..!!

Sekian Wassalam

Sunday, November 1, 2009

Ingat Mengigati

Tekenang kembali masa yang berlalu di bulan Ramadan yang amat mulia. Tentunya hati ini amat merindui tambahan Ramadhan di Mesir jauh berbeza sambutanya berbanding di tanah air Malaysia.

Kini Ramadan jauh telah meninggalkan dan barangkali kita telah melupakanya. Sedang kita sedia memahami dan seolah berjanji bahawa bulan Ramadhan adalah bulan madrasah iaitu mendidik bagi kita menerusi berbaki bulan lain.

Bulan itu, hakikatnya setiap insan cuba mencari azam tekad untuk menghiasi dengan amalan-amalan menyucikan diri. Benar, amat molek kita telah melakukan demikian. Namun tidakah kita geruni dan bimbangi terutamanya aku untuk berhadapan 11 bulan yang amat mencabar gangguan syaitanya, sentiasa memperdaya agar kita lalai dan leka dibuai mimpi menghambat keduniaan yang seketika dan akan meninggalkan kita.

Takut rasanya...!!

Pernahkan kita terfikir, berkali-kali pesanan Allah hadir mengingatkan kita. Tatkala berlaku sonami di Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa negara yang asia lain seketika dulu. Baru ini berlaku pula gempa bumi di Padang Indonesia. Masih degilkah kita??



Kita akan merasa degil kerana kita lupa. Sebab itu kita diingatkan agar sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sayang kita sesama teman saudara mu'min bukan membiarkan mereka alpa. Bahkan, mengambil sikap memperingati tatkala teman kita melakukan kesilapan.

Ahli Syair berkata : ".. Siapa bergaul dengan orang-orang yang baik, maka hidupnya akan menjadi mulia. Dan sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, pasti tidak menjadi mulia...".

Sedarilah bahawa seseorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itulah perlu diambil perhatian untuk kita memerhati siapakan yang harus dikawaninya.

Dengan itu, saya mengigati diri dan sahabat pembaca sekalian. Marilah kita sama-sama memperingati antara kita agar kita tidak kealpaan. Jika diadakan majlis-majlis mendekatkan diri kepada Allah seperti diajurkan oleh DPMM mari kita sama-sama sertai. Hidup ini hanya sementara. Akhirat kekal selamanya.

Friday, October 30, 2009

Syeikh Mutawalli Sya'rawi

Kealiman yang dikagumi, kematian yang ditangisi

Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.

Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."

Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

Sumber : http://pmram.org/

Thursday, October 29, 2009

Gamat Dataran Hayyu Asyir

Gamat Dataran Hayyu Asyir malam tadi, seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi di seluruh pelusuk Badan Kebajikan Anak Negeri dan dari Cawangan Pengajian masing-masing tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama mendengar ceramah yang disampaikan ketiga-tiga kepimpinan Pakatan rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Dr.Badrul Amin, YB.Saifuddin Nasution.

Seperti sebelum ini, ramai sudah kepimpinan Malaysia yang hadir ke bumi Mesir ini tidak kira dari pihak KERAjaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat PAStinya dijemput untuk bersama dengan para Mahasiswa di perantauan ini demi berkongsi maklumat. Mereka yang hadir tidak kira tujuan asalnya samada hanya persinggahan atau urusan kerja.

Alhamdulillah. Persinggahan mereka banyak khabaran dari tanah air yang sangat dirindui diluahkan agar kita lebih bersedia untuk menempuh cabaran yang serba gentir.

Mudah-mudahan ditambah-tambah lagi ruangan seperti ini. Mabruk Suara. http://suaraonline.wordpress.com

Wednesday, October 28, 2009

Pemuda Mesti Ada 'Umph"


1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .

2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .

3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi .

4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .

5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ..... Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang .

6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan .

7. Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .

8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .

9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan .

10. Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat .

11. Sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .... kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman .....

12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam .

13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .

14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma - terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .

15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi .

16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .

17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .

18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .

19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .

20. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ?

Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] .

Sumber http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Thursday, October 22, 2009

Majlis Bacaan Kutub Sittah-Tahniah PMRAM

Majlis Bacaan Kutub Sittah yang cuba digagal oleh pihak JPMK!!. Akhirnya berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan membuatkan hati anak-anak yang merantau mencari ilmu di bumi anbiya' ini menangis dan amat menghayati kemurnian ilmu Islam.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah buat PMRAM yang berusaha gigih menghidupkan majlis ilmu yang justeru menyedarkan jiwa-jiwa para azhari dan terus bersemangat menghayati ilmu Islam dengan penuh keberkatan.

Berkat majlis kali ini sebenarnya!! kata seorang sahabat. mana tidaknya, penuh halangan. Asalnya dapat dilaksanakan di dewan yang amat selesa, akhirnya angkara pihak tidak bertanggugjawab!!. habis mereka terpaksa berada di lantai untuk menghayati ilmu yang amat mulia.

Tahniah buat mereka yang telah terpilih untuk menghadari majlis ini. Majlis yang seakan konvo, namun amat berbeza. Tidak hanya Program untuk tujuan menerima ijazah sahaja semata-mata.
Bahkan dihidangkan mutiara ilmu bersama Ulama' tersohor.

Dulu PMRAM tiap tahun melaksanakan konvo yang hari ini kita lihat sendiri pihak JPMK ikut juga cara PMRAM buat konvo. Jadi PMRAM tidak sekali akan melaksanakan Program yang dah ada..sama ja..

Akhirnya kita lihat hari ini, betapa idealismanya PMRAM maka terlaksananya majlis yang tidak pernah dilaksanakan mana-mana pihak lagi. Ini idea PMRAM. Nak diikutkan plak ke..?

Semoga idea ini dapat diteruskan dan berkekalan perlaksanaanya peringkat PMRAM.

Friday, October 16, 2009

Tetamu : Us Taib Azamudin dan Rombongan


Walau dalam kesibukan alhamdulillah syukur YB Tuan Guru Us Taib Azamuddin menerima undangan untuk menghadiri ke teratak sewa kami baru ni.

Rombongan sebenarnya rancangan awal hanya sekadar datang untuk menziarahi bumi Mansurah. Pun begitu, Pihak DPMM turut mengambil kesempatan untuk adakah majlis sempena kehadiran dan besar harapan adalah mengutip mutiara ilmu dan tip semangat menuntut ilmu darinya.

Setelah selesai saja beliau memberi Tasjiat/Motivasi kepada Mahasiswa yang berada di cawangan Mansurah ni, sebelum tiba ke teratak kami, tidak ketinggalan rombongan meluangkan masa untuk menziarahi teman kita di Zagazig yang kemalangan tempoh hari sewaktu perjalan untuk bersama-sama dalam suatu Majlis Ilmu iaitu Ceramah yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa di Dataran Hayyu Asyir.

Kami menanti ketibaan dengan sedikit penyediaan makanan ala arab. YB sebelum bertolak ke Zagazig dalam perbualan menyatakan : " kalau ada kabab sedap juga..ya la dah datang mesir takkan nak makan Malaysia..tak elok untuk kesihatan kalau dok mesir banyak makan makanan Malaysia...". Dengan nada melawak. Jadi kami berbesar hati terus cadangkan sediakan kabab dan segala serba serbi Salatah arab dan lain-lain.

Disamping menjamu selera kami sempat juga berbual menanyakan pengalaman dan banyak perkara dikongsi. Tidak lain, banyak mengingatkan kepada kami supaya bertanggungjawab terhadap ilmu yang dipelajari dan balik bantu Islam.

Sekadar itu-bersama Ulama' Ummah.

Thursday, October 8, 2009

BarokaLLahufikuma

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Tahniah diucapkan kepada akhi Labib yang baru saja menamatkan zaman bujangnya awal syawal baru ini. Mungkin agak kelewatan saya mengucapkan selamat pengantin baru buat mereka berdua. Namun ala kulli hal sempat jua.

Harapan saya pada mereka berdua, semoga perkahwinan ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan misi perjuangan dan menambahkan lagi keimanan serta mendapat redho dan rahmataNya.

Saya bangga kerana mereka berdua berkahwin lebih awal dan dalam usia yang muda.. Antara lain Dr Izzat Kamal, Dr Ikram, Ustazh Athirah dan ramai lagi. Saya ternanti bila pula Us Adham, Us Asri dan Abang-abang yang lain..?huhu...

ok sekadar tu saja.

Mabruk Labib & Nurul Asyikin

Wednesday, October 7, 2009

Ahlan Wasahlan Ke bumi Anbiya'

1- Salam buat semua dan mohoh maaf buat teman-teman kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Alasannya sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu di aulakan.

2- Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum buat semua Mahasiswa yang baru saja tiba di bumi Mesir ini. Kehadiran kalian semua tentunya menyerikan lagi bumi anbiya' ini dengan harapan menggunung tinggi iaitu menuntu ilmu Allah.

3- Mansurah sesi ini telah menerima Mahasiswa baru pengajian Islam dan Perubatan sehingga kini rasanya sudah hampir ratusan pelajar termasuk Perubatan. Suatu perkembangan yang menarik dan membimbangkan. Menarik jika mereka semua sentiasa berakhlak baik. Bimbang jika mereka mengundang masalah.

4- Pun begitu, ini adalah tanggunjawab buat mereka yang memahami Islam dan menyelesaikan amanah bagi membentuk jiwa kepada mengenal apa itu Islam. Jika tidak! jawab dengan Allah swt kenapa aku tidak melaksanakan dakwah. Sedang aku diberi tenaga free. Nyawa free. Segalanya free.

5- Bila menyebut tentang pembetukan jiwa, saya sempat mengikuti beberapa perkembangan yang agak kecoh iaitu isu penculikan dan paksaan siswa dan siswi baru supaya mengikuti pihak-pihak yang mengaku kononnya ingin membawa tarbiah Islam. Namun telah mempamerkan akhlak buruk dan sikap tidak beradab dalam berurusan. Saya Kesal.

6- Ya tentunya akan merasa kesal. Sudahlah tidak relevan diwujudkan. Tidak bincang pula nak wujud. Tiba-tiba main tarik-tarik dalam senyap.

7- Namun saya menyakini bahawa, Mahasiswa yang memahami ilmu agamanya dan takutkan Allah serta benar-benar beriman akan diberi hidayah jalan yang tebaik.

8- Walaubagaimanapun, Kuliah seluruh Universiti di Mesir sudah di buka. Semoga kita dikurniakan istiqomah dan sentiasa gigih dalam menuntut ilmu.

9- Akhirnya, selaku Pengarah USMB '09 saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah banyak membantu Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru Mansurah ( USMB'09) . Secara khusus dan terutamanya buat Urusetia USMB serta AJK perlaksana yang tidak pernah berkata penat dalam melaksanakan tugasan. Semoga Allah membalas jasa kalian berlipat ganda di akhirat kelak.

Monday, September 28, 2009

Mari puasa 6

Memang rasa seakan sebulan beraya di bulan syawwal, asyik jemputan jamuan tidak berhenti-henti. Namun bukanlah menjadi alasan untuk kita tidak berpuasa enam hari di bulan syawwal ini. Masa masih ada. Sesungguhnya menjadi kerugian buat kita jika tidak meluangkan masa untuk berpuasa hanya dengan masa yang singkat tapi pahala berganda.

Ingatan buat diri dan pembaca.

Selamat berpuasa.

Tuesday, September 22, 2009

Dalam kita bergembira

Perlu diingatkan dalam kita bergembira menyambut hari lebaran, sahabat kita Nazir Abdul Wahid pastinya bersedihan keluarganya ditimpa kemalangan pada hari raya pertama di Malaysia, sedang beliau di perantauan. Mudahan-mudahan beliau tabah menghadapi ujian ini.

Saya dan beberapa rakan termasuk Pengerusi DPMM sempat bertemu beliau di rumahnya sebelum pulang ke tanah air kemarin. Sempat juga saya buat rakam video untuk sama-sama kita kongsi di Majlis raya ke 5 DPMM dua hari akan datang. Datang jangan tak datang.

Segala maklumat secara terperinci masih belum dikenal pasti. Us Amirul Hasim Pengerusi DPMM akan terus mengikuti perkembangan terkini tentang keluarga beliau, dan mungkin kita akan berkongsi segala maklumat pada ucapan beliau di Majlis raya ke 5 ini di Dewan DPJA utubis Jadid.

Sekadar itu saja, marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau tabah menghadapi ujian ini dan semoga kelurga belaiau selamat hendaknya.

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilftri




Teringat ayah dan bonda

Selamat merayakan Aidilfri mulia mohon maaf zahir dan batin

Sunday, September 20, 2009

Kullu am wa antum bikhair

Mansoura : Wajah-wajah pagi raya di perantaun

Solat raya Istad ( Stadium)

Berhimpun bergambar selepas solat

Menjamu selera

Kunjung rakan taulan

Senyum pagi raya

Selamat Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Tuesday, September 15, 2009

Dibebaskan dari ISA

Cuba kita bayangkan lebih tujuh tahun merengkuk di dalam penjara. Maknanya hampir tujuh tahun tidak bersama keluarga. Kini dibebaskan dan boleh balik beraya bersama keluarga. Kita yang hanya bepisah berada di perantauan hanya seketika, itupun untuk tujuan menuntut ilmu. Pun sedih pilu dan sebagainya. Inikan lebih tujuh tahun, tambahan di dalam tahanan yang tercekup tidak dapat menikmati keindahan alam.

Sebelum ini saya ada terbaca blog yang mengisahkan tahanan ini. Aduh. Sedih sebenarnya. Seiring pula dengan lagu yang di pasang khas pada blog tersebut.."apalah salah kuuu.."? sedih bukan. Anak, isteri, keluarga semuanya merintih ayahnya ditahan begitu lama.

Hari ini. Alhamdulillah bebas.

Namun, kena ingat. ISA memang tidak relevan.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP