Ulama' Meninggal : Syeikh Abu Bakar Awang Al Baghdadi
Semalam 23 November 2009 seorang lagi ulama' kabir iaitu Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi, Penasihat Pesatuan Ulama' Kedah telah pergi meninggalkan kita semua.
Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.
Beliau sebelumnya belajar di sebuah Universiti di Baghdad, Iraq. Dan kepulangannya dari Iraq terus berkhidmat di dalam PAS iaitu diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.
Banyak lagi kisah pejalanan hidupnya, tidak ternukil panjangnya. Cuma, ingatilah sahabat sekalian. Dunia akhir zaman sudah ditunjukkan petandanya. Seperti disebut di dalam hadis Nabi s.a.w : " Bahawasanya Allah s.w.t tidak menghilangkan ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Ulama'".
Hayati dan ingatilah.
Pemergian tokoh Ulama' ini amat mengejutkan dan sebagai peringatan buat kita semua. Semoga beliau digolongkan bersama para solihin. Ameen.
3 comments:
..terasa hiba dgn pemergian para ulama'..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau...Al-Fatihah.
Ameen..ya rob
Semoga Allah menjadikan kita diantara mereka2 yang menegakkan agama Islam ini.
Post a Comment