Friday, April 29, 2011

Balasan Si Pemfitnah!

1- Sila tonton video pertama ini dahulu : Klik sini

2- Kemudian video kedua di bawah.




Thursday, April 21, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Di Jeddah

Lama agaknya saya tidak mengupdate blog. Sudah naik usang. Mungkin pengunjung tidak bertandang lagi rasanya. Ye lah, mana tidaknya. Kalau kedai dah tak da jual barang, sapa nak datang. Asif semua.

Nota tersimpan.

Ulang tahun perkahwinan kali pertama kami sambut di Jeddah. Saudi Arabia. Persinggahan kami di Jeddah disebabkan daripada revolusi Mesir. Kami bertolak dari Alexandria pada 6 Februari 2011 dan tiba di Jeddah pada 7 Februari 2011. Manakala 7 Februari adalah tarikh perkahwinan kami.

Makna Sebuah Perkahwinan

Meneliti satu buku Maza ya'ni intima'i lil Islam yang ditulis oleh Syeikh Fathi Yakan. Saya telah menghayatinya semenjak saya bertahap 'Fardu muslim' dan saya akan sentiasa menghayatinya setelah saya membina tahap ke dua iaitu 'baitul muslim' . Saya membacanya berkali-kali untuk saya sentiasa istiqomah dan mengingati kembali matlamat asal saya.

Saya mestilah menjadikan rumahtangga saya sebagai sebuah rumahtangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli -ahli keluarga saya, isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kaum kerabat saya yang dekat dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya :

"Oleh itu jangan kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu termasuk golongan orang-orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang beriman". [ As-Syu'ara' 213-215]


Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab keatas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumahtangganya dan anak pinaknya. Berdasarkan Firman Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan kelurgamua dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan." [Al-Tahrim : 6]



Perkahwinan untuk tujuan pengabdian kepada Allah. Isteri solehah merupakan pembantu memudahkan pencapaian matlamat pembinaan rumah tangga. Tempat berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan.

Fiman Allah Ta'la :

" Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain."


Sabda Nabi s.a.w :
" Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertaqwalah ia pada yang separuh lagi." [Hadis diriwayatkan oleh Al-Tabrani Fil-Al Ausath]


Sabda Nabi s.a.w :
Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam riwayat lain dikatakan : Keturunan itu mejadi desas-desus". Dalam satu riwayat lain disebut : "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekufu dan kahwinlahkanlah (anak-anakmu ) dengan sekufu".



Isteri yang baik akhlak dan kuat pegangan agamanya sekalipun tidak punya harta kekayaan dan kecantikan sangat menenangkan jiwa untuk menerusi jalan juang yang penuh onak dan duri.

"
Janganlah kami mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya itu merosakannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". [Hadis riwayat ibu Majah]



Berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan siksaan Allah kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambahkan apa-apa kepada melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahkannya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahkan kecuali kerendahan tetapi siapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluan (dari perkara yang haram) atau menghubungkan silaturrahim, Allah memberkatinya dan isterinya".


Selaku insan kerdil saya berdoa bermunajat agar Allah sentiasa memberkati keluarga kami agar ianya tidak tersasar matlamat untuk pengabdian terhadapNya. Saya mensyukuri kepadaMu yaRabbi kerana telah mengurniakan kepadaku isteri yang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan dan amalan kehidupan. Memahami. Berkorban apa sahaja untuk menenangkan hati suami. Tidak lain adalah untuk mendapat anugerah Rehdo dan Rahmat disisi Allah Ta'ala.

Hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua kekal selamanya.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP