Saturday, November 28, 2009

Cintakan Ulama'

habib umar Pictures, Images and Photos



“ Mengasihi orang - orang soleh , menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah . Para Auliya' ialah mereka yang disebut dalam firmannya :(yang bermaksud ) orang - orang yang beriman dan mereka bertaqwa . Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat - syaratnya yang bertepatan dengan syariat . Serentak itu kita beri'tiqad bahawa mereka tidak berupaya memberi manafaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat mereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu terhadap orang lain ”

Friday, November 27, 2009

Salam eidul Adha 1430 H

Hari ini kita seluruh ummat Islam seluruh dunia menyambut Eidul Adha 1430H. Masing-masing tentunya tidak hanya menyambut dengan sambutan seronoknya semata-mata, tersedia barangkali di hati masing-masing penghayatan yang sangat mendalam dalam diri

Saya sekarang masih menyambut Eidul Adha di bumi anbiya' iaitu di bumi Mesir. Meriahnya sambutan Eidul Adha berbanding Eidul Firti jauh berbeza. Tatkala mereka sangat memahami kelebihan dalam pelaksanaanya.

Dilaksanakan ibadah korban dan penghayatanya sepertimana Firman Allah S.w.t ini ;

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠٠) فَبَشَّرۡنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍ۬ (١٠١) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (
١٠٢
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101) Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) [ Surah : As-Saaffat]

Penghayatan ayat ini barangkali mudah jika hanya kita melaksanakan ibadah sembelihan binatang sahaja. Namun jika Kita lihat kembali bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim AS di dalam menerima perintahNya dengan penuh keyakinan lalu anaknya sendiri perlu
dikorbankan!.

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣) وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥) إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬ (١٠٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (١٠٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (١٠٩) كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١١٠) إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (
١١١

"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (111) [ Surah : As-Saaffat]

Disambut Eidul Adha seiring meraikan kemenangan ummat Islam pergi mengerjakan ibadah haji
di bumi Makkan Al Mukarramah. Ibadah haji dikerjakan bagi mereka yang berkemampuan.

Seperti Firman Allah S.w.t :

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالاً۬ وَعَلَىٰ ڪُلِّ ضَامِرٍ۬ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ۬ (٢٧) لِّيَشۡهَدُواْ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَيَذۡڪُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِىٓ أَيَّامٍ۬ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ فَكُلُواْ مِنۡہَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡبَآٮِٕسَ ٱلۡفَقِيرَ (٢٨)

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28) [ Surah Al-Hajj]

Sesungguhnya sangat besar ganjaranya mereka yang berpeluang mengerjakan haji. Sentiasalah kita doakan agar dipilih ke sana suatu hari nanti.

Monday, November 23, 2009

Ulama' Meninggal : Syeikh Abu Bakar Awang Al Baghdadi

Semalam 23 November 2009 seorang lagi ulama' kabir iaitu Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi, Penasihat Pesatuan Ulama' Kedah telah pergi meninggalkan kita semua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Beliau sebelumnya belajar di sebuah Universiti di Baghdad, Iraq. Dan kepulangannya dari Iraq terus berkhidmat di dalam PAS iaitu diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Banyak lagi kisah pejalanan hidupnya, tidak ternukil panjangnya. Cuma, ingatilah sahabat sekalian. Dunia akhir zaman sudah ditunjukkan petandanya. Seperti disebut di dalam hadis Nabi s.a.w : " Bahawasanya Allah s.w.t tidak menghilangkan ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Ulama'".

Hayati dan ingatilah.

Pemergian tokoh Ulama' ini amat mengejutkan dan sebagai peringatan buat kita semua. Semoga beliau digolongkan bersama para solihin. Ameen.

Buat Keluargaku Tercinta..

Abang sentiasa mendoakan adik-adik abang berjaya. Walaupun berjauhan abang sentiasa mengingati kalian semua penuh kerinduan. Abang sebenarnya malas nak tulis kat blog ni sebenarnya pasal keluarga. Lagipun memang keluarga tak baca. huhuhu

Bila baru ni, abang hubungi mak. Katanya, khairi ada baca dan copy gambar-gambar dalam blog ni dan tunjuk pada keluarga semua. Alamak!. Apa pun maaf juga sudah lama abang tak kirim gambar-gambar. Dulu ingat lagi abang selalu juga hantar ( Pos) gambar nak hilangkan rindu keluarga kat abang yang berjauhan dengan mak, baba, kakak, dan adik-adik semua. Mak juga kerap balas.

Kali ni maaf la abang tulis kat sini saja. Mudah-mudahan khairi bacakan dan sampaikan kat kuarga semua. Abang tersangatlah merindui. Masih teringat lagi dulu-dulu kalau abang rindukan keluarga selalu saja abang tuliskan surat. Mungkinlah dulu mahal kalau nak hubungi Malaysia. Sekarang sudah terlalu mudah dan murah saja. Walaupun murah dan mudah namun, ianya sangat berlainan menulis surat berbanding call serta sms semata. tak sama sangat-sangat.

Tinggal sekejap cerita kenangan lama-lama tu. Usah dikenang. hehe..

Semalam abang dengar cerita yang khairi sedang menempuh imtihan semester pertama di Kolej Universiti Islam Negeri Kedah (KUIN). Abang doakan moga berjaya mumtaz dunia akhirat. Juga buat kak cik yang baru saja selesai Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR) pun abang doakan moga berjaya mendapat 9A InsyaAllah dengan berkat. Ameen.

Kak cik yang sorang ni selalu merepek kalau abangnya tak call, tak hantar surat, tak sms..dan lain-lain. katanya, abang dah tak ingat kami ka.."?kami rindu..".

Alamak! lepaskan rasa rindu di sini pula ye. sudah-sudah. Mohon maaf la pada pembaca budiman sekalian. bak kata pepatah mak saya.

Sekali sekala,
dua kali, dua kala,
tiga kali tiga kala, hehe

Sunday, November 22, 2009

Doakan aku..salam Zulhijjah

Tak ada apa pun yang nak ditulis sebenarnya. Al maklumlah ilmu pun kurang, idea pun terlebih terkurang saja.

Cuma, bila saya menjengah blog -blog yang perlu saya baca untuk mengambil semangat membuatkan hati merasakan "wah nikmatnya dan manisnya".

Ini antaranya yang saya sentiasa menjenguk dan mengambil istifadah, lihatlah suasanya : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/mukhayyam-tarbawi-dpp-pusat.html

Jadi, kesimpulanya memang best jika kita bersibuk-sibuk untuk Islam. Walaupun pahit, letih, sakit, bertubi-tubi dengan permasalahan. Akhir ada manisnya!. Tidak terkira manisnya ketika di Syurga nanti. Kita mohon agar dikurniakan.

Untuk sekiannya, saya ingin mengajak diri dan teman sekalian agar kita sentiasa mentajdidkan niat dan berazam mudah-mudahan di bulan Zulhijjah ini kita dikurniakan berkat redho dan rahmat dariNya. Ameen.

Thursday, November 19, 2009

KCB Ketenangan kepada Penonton

Dua hari lepas saya berpeluang menonton filem yang agak menarik dan kemungkinan mendapat perhatian kalangan penuntut yang belajar di pelembahan Nil ini dan juga tempat lain. Di dalam cerita tersebut banyak kisah-kisah menarik yang telah menambat hati untuk terus menonton, ditambah lagi mengisahkan suasana dan keadaan belajar di bumi Mesir.

Filem sebegini rasanya agak patut saya beri komen sokongan, termasuk filem-filem sebelumnya seperti sang murabbi, ayat-aya cinta dan lain-lain yang telah mencerminkan kehidupan cara hidup islamic dan memberi suatu ketenangan kepada penonton.

Realiti masyarakat hari ini ramai mengisi masa rehat mereka dengan menonton bahkan kebanyakkan pula mudah terpengaruh dengan suasana sesebuah filem. Sehinggakan mereka terikut-terikut dengan gaya hidup si pelakon. Maknanya pengaruh filem sangat besar.

Jadi, dalam perkara ini alangkah bagusnya di Malaysia dikembang luaskan filem-filem seperti keluaran Indonesia ini seperti yang telah wujud di Malaysia drama bersiri nurkasih yang telah memenangi hati rakyat Malaysia. Sehinggakan ada penonton yang minta mengulangi drama tersebut tanpa iklan. Sudah tentu drama tersebut sesuai dan lebih tenang untuk ditonton.

Sebab itulah saya ingin cadangkan kepada mana-mana pengarah filem di Malaysia tidak perlu shooting filem-filem yang mengarut-ngarut, seksi-seksa dan lain-lain. tinggal niat buruk tersebut.

Monday, November 16, 2009

Pertahan Kutub Sittah

keperihatinan dan kesungguhan yang dilakukan pihak kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin memastikan hak rakyat Malaysia diberi pembelaan. Baru ini juga secara jelasnya disampaikan isu Pembatalan Program Kutub Sittah ini di dalam Parlimen Oleh YB. Zulkiflie Nordin. Turut dijelaskan pula oleh Dewan Pemuda PAS Pusat Us Nasaruddin Haji Hasan At-Tantawi melalui kenyataanya.

Di Mesir, Desak ditubuhkan bagi menjelaskan dan mempertahankan khususnya pembatalan pihak JPMK terhadap majlis ilmu yang amat berharga ini.

Isunya, kenapa pihak JPMK membatalkan program Kutub Sittah yang diminati ramai itu? hatta puak-puak Nadi UMNo sendiri punn!!! minat dan marah dengan pembatalan tersebut.


KENYATAAN MEDIA
16 NOVEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)


PENGARAH JABATAN PENUNTUT MALAYSIA [MSD] KAHERAH MESIR TIDAK PROFESIONAL


1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah. Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim.

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ACC] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta.


3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir.


4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia.


5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.



6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir.


7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan.


8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan.


9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional.


10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka.


11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr.. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu.


12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa.


13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang.


14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu.


15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .


HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP