Monday, December 29, 2008

Terkini Serangan Rejim Zionis di Gaza. 360 kematian dicatatkan.

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

http://www.palestinkini.info/

Saturday, December 27, 2008

Peperiksaan semester 1

Saya akan menghadapi imtihan semester pertama Universiti Al-Azhar cawangan Mansoura bermula pada 10 januari 2009 dan akan berakhir pada 21 Januari 2009.

Sama-sama doakan moga kita semua berjaya dan diberkati Allah....

Wednesday, December 24, 2008

Kejahilan yang masih wujud

Seolah-olah memperjuangkan Hudud ni kerja PAS sahaja! sedangkan Hudud wajib diperjuangkan oleh semua ummat islam.Tidak kira samada Parti UMNO mahupun PAS.Setiap kerajaan yang memerintah wajib laksanakan.

Terasa melenting juga hati yang kerdil ni mendengar herdikan si kambing dua ekor ni.Bukan perkara main-main hukum Allah ni.

Sedarlah buat siapa yang cuba menulis sedikit dialog kartun yang mengherdik pihak yang memperjuangkan hak islam.Dan ingat semuanya akan kembali bertemu Allah di suatu masa nanti. sekian wassalam.

Sunday, November 16, 2008

Menuju Taqwa( Pejuang ) Versi ke 2

Apakah jalan yang menyampaikan kepada kerohanian?

Al-Quranul karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada nirwana semesta ini,manusia dan kehidupanya ini,telah menerangkan kepada kita satu manhaj amali dalam mempersiapkan manusia dari segi roh,pembetukan keimanannya dan pentarbiahan kejiwaanya.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal :

" Wahai orang-orang yang beriman!jika kamu bertakwa kepada Allah,nescaya ia akan mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah,dan menghapuskan kesalaha-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu.Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."

(Surah Al-Anfal : 29)

Firman Allah dalam surah Al Hadid :

Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasulnya (Muhammaad)supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dari rahmatnya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan denganya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat pengasihani.

(Surah Al Hadid :28)

Dan Firman Allah dalam surah Al Talak :

" Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhan dan meniggalkan laranganya)nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.

(surah At Tolak :2-3)

Renungi dan perhatikanlah dalam dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi,apakah yang kita dapati?

Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah swt adalah merupakan asas gelombang kekuatan,serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan)

Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah swt sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin dapat membezakan antara yang "Kurus" dengan yang "Gemuk" ,iaitu dapat membezakan antara yang hak dan batil .

Begitulah dengan ketakwaan kepadanya,Allah menjadikan bagi mereka yang bertakwa satu Nur.Lantaran dengan cahaya tersebut mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah ( yang mereka bawa) dan bersinar dengan nur tersebut.

Dengan ketakwaan kepadanya,mereka ( yang bertakwa) mendapat jalan keluar ( dari kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan.Sekalipun mereka di ketika berhadapan dengan maut serta dengan seksaan-seksaan.

sayyid Qutub pernah menyatakan : " Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di pejalanan.Bekalan ketakwaan yang menghidupkan ,membagkitkan dan menyedakan hati ,membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran,kewaspadaan dan berhati-hati.Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyinkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh memandang.Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang shubahat (kesamaran)serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar.Kemudiannya,ia adalah yang merupakan bekalan megampun dan memaafkan sebarang kesalahan,bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan,bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia,tidak mempunyai sebarang nilaian.Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan :Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati,satu petunjuk yang membezakan antara benar dan yang batil yang seterusnya menyigkapkan rintangan dan halangan di pejalanan.begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (aqidah)ini tidak akan dirasai,difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali."

Dengan hanya megambarkan sifat-sifat di atas ,seseorang yang menikmati kelazatan hakikat ini tidak dapat memindahkanya kepada orang yang tidak menikamatinya.


Tuesday, November 11, 2008

Hati bersih mudah hafaz Al Quran....

Wednesday, October 29, 2008

Menuju Taqwa (Pejuang)-Versi Pertama

Sedikit santapan rohani buat diri saya dan para pejuang sekalian,

Setelah engkau maklumi wahai saudaraku pejuang -bahawa keimanan,keikhlasan,keberanian,kesabaran dan bersikap optimis adalah merupakan perkara yang paling asasi dalam pembetukan psikologi pejuang dan dalam pesediaan berjuang.Begitu juga setelah engkau ketahui bahawa kesemua sifat ini tidak mugkin terkumpul melainkan di dalam di dalam jiwa mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk islam .Ia tetap dan terus bergerak ke arah ke arah matlamatnya sehingga Allah mengizinkan baginya kemenangan,atau ia kembali menemui Allah dan ia tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan,ujian,pertarungan dan penderitaan.

Setelah engkau maklumi bahawa sekiranya keseluruhan sifat-sifat ini sentiasa menyusuli dan mendampingi liku-liku pejalananmu,nescaya ianya akan memindahkan engkau ke suatu titik mula perjalanan yang mana apabila engkau melangkahi jalan tersebut,engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan,membekali,membekali engkau dengan bekalan ketakwaan,menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh,mukmin yang bertakwa,muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.Bahkan apabila engkau berjalan maka dalam pejalanan itu engkau akan menepati kemudahan,apabila engkau bercakap,maka kata-katamu mempengaruhi,apabila engkau beramal maka amalan engkau menjadi contoh teladan(Qudwah),apabila engkau muncul di khlayak ramai,maka di dalam pandangan air mukamu ada suatu tarikan dan apabila engkau memberikan pandangan maka di dalamnya terdapat suatu yang terang bersinar.

Sekiranya tahap yang disebutkan tadi ditentukan pengambilanya(bentuk),daripada tarbiah kepada mujahadah maka ianya akan menjadi sumber kekuatan yang utama untuk para pejuang.

Seterusnya ianya akan menjadi perangsang kepada ketinggian kerohanian serta sebagai pusat arah tujuan matlamat pentarbiahanya.Bahkan ianya merupakan penggerak yang pertama bagi kesedarannya dalam memikul tanggungjawab .Ia juga merupakan matlamat yang paling utama dalam perjalannya di jalan (Istiqomah)dan juga pemberi ingatan yang paling besar kepada segala kesalahan dan menyimpangnya daripada kebenaran.

Lantaran itu apabila jiwa para pejuang kekosongan daripada petunjuk-petunjuk kerohanian yang sempurna ini maka sesungguhnya kehidupan mereka adalah merupakan kehidupan yang kosong.

Ia tidak menghasilkan sebarang keberkesanan dan sumbangan kepada dakwah.Lantaran membawanya kepada kebinasaan dan kesiaan di dalam kegelapan sifat-sifat ujub,munafiq serta riak lalu tersungkur ia ke dalam kemelut yang dipenuhi lumpur-lumpur(perkara) yang melalaikan.Lantas terjerumus ke dalam sifat-sifat mementingkan diri sendiri(keakuan).keangkuhan serta takabur.Ia hanya berusaha dengan segala kemampuanya untuk menarik manusia kepada peribadinya bukan kepada Allah S.w.t,membina seluruh kemuliaan hanya untuk dirinya bukan untuk islam,dan hanya berkerja untuk kepentingan duniaya bukan untuk akhirat.

Natijah dari semuanya ini berlakulah kegelinciran dan kejatuhan serta berlakulah kebinasaan.Apabila sejauh ini kepentingan kerohanian :-

Apakan jalan ke arahnya?

Apakah sokongan-sokongan yang mengukuhkanya?

Apakah kesanya dalam pembinaan,pemulihan dan perubahan?

Setiap persoalan di atas akan engkau dapati wahai saudaraku pejuang penyelesaianya.Bahkan engkau akan dapati InsyaAllah suatu yang akan menyinari dan menyuluhi jalan yang akan menyampaikan engkau kepadanya.Allah jualah menerangkan jalan yang lurus dan kepadanya pegantungan dan petolongan.


karangan Abdullah Nasih 'Ulwan.

Ikuti sambunganya selepas ini...

Thursday, October 23, 2008

Dunia hanya sementara...

Sekadar gambar hiasan : program Praktikal Pengurusan Jenazah (Unit Madarasah Du'at) sesi lepas...

Firman Allah swt : "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian." (Al-Imran 185)

Rasullah s.a.w bersabda :" Apalah aku ini dengan dunia!Sesungguhnya perumpaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir,tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkanya."

Mukmin yang bijak ialah mereka yang tidak terpedaya dengan kemewahan duniawi,tidak merasa tenang hati dengannya,tidak menganggap dunia ini adalah segala-galanya,bahkan dia memendekkan agan-agannya dan menjadikan dunia sebagai tempat menabur benih ' amal soleh' yang akan dipetik hasilnya di akhirat nanti serta penyelamat ketika berada di atas titian 'as siraat' yang terbentang di atas neraka jahanam.

Firman Allah s.w.t : " Dan (ingatlah bawaha) kehidupan dunia ini (Meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al Imran":185)

Renung-renungkanlah.......

Wednesday, October 15, 2008

Kenangan Liga Lebaran DPM Mansurah 2008

Bergambar bersama Pengerusi DPMM 2008/2009...

Us Adnan UKKS ..sibuk menyusun pasukan...
Berakhir dengan penyampaian hadiah...

Sunday, October 12, 2008

Muzakarah berkelompok (Usrah) AJKT 2008/2009

Bergambar setelah selesai Muzakarah Berkelompok(Usrah) bersama-sama pada hari jumaat 10/10/2008 di Pejabat baru DPMM sesi ini.

Thursday, October 9, 2008

Terima kasih atas kunjungan...

Walaupun hanya sepetang cuma bersama Mantan presiden PMRAM Us Hairul Nizam dan akhi saya Us Amal (Syoubra) serta deligasi lain berkunjung ke rumah yang serba kekurangan ini.Namun, semuanya bermakna bagi saya.

Apa yang termampu hanya ucapan terima kasih. bak kata pepatah "terima kasih daun keladi kalau sudi datanglah lagi".

Semoga ikatan ukhuwah sesama kita terus terjalin hingga ke akhir hayat dan sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain.

Seperti Sabda Nabi SAW : "Engkau mengasihi untuk manusia sesuatu yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau membenci untuk mereka sesuatu yang engkau benci untuk dirimu sendiri."

Saturday, October 4, 2008

Sekitar Aidilfitri di perantauan Mansurah 2008

Destinasi pertama kami di rumah adik2 perubatan ...jemputan khutbah raye....

Pejalanan demi pejalanan...ke rumah pak dam & mak dam...

Bukan sekadar mengisi perut..apa yang penting konsep ziarah menziarahi itu penting...
Beraya bersama-sama adik2 perubatan...semoga ikatan ukhuwah sesama kita terjalin..

Thursday, October 2, 2008

Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 01, 08 | 8:57:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.

Iklan

"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.

Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.

Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.

Thursday, September 25, 2008

kenangan MAT DPM Mansurah kali ke 16

Lewat posting ..baru dapat gambar ni..bergambar bersama BP angkat Mansurah us Syafiq..(Berbaju rasmi hijau PMRAM)

Selamat Hari raya Dari Perantauan...


Get Hari Raya Graphics Here

Buat keluarga ..sahabat-sahabat..dan seluruhnya..

Thursday, September 18, 2008

YM Dari Sahabat Seperjuangan

(Jemputan walimah Dari Khairul Nizam Hadari (Mantan setiusaha Agung DPMM) : salam,kepada sahabat2 dan sahabiah sekelian, JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI / WALIMATUL U'RUS saya pada 5/10/08 di alamat No.742,Lrg Kuda Kepang 2/1,Tmn Ria Jaya, 08000 Sg. Petani,Kedah,Malaysia 019-4241207,Semua kawan2 di jemput hadir,semoga dengan kehadiran kalian akan bertambah menyerikan lagi majlis ini,sekian wassalam...dijemput anak beranak n family2 ok..wslm..pada tarikh 5/10/2008 bersamaan hari ahad.)

Sahabat dari Mansurah : walaupun kami tidak dapat menghadirkan diri oleh kerana masih berada jauh di perantaun,apa yang termampu kami ucapkan tahniah kepada "hang zam" semoga berbahagia....kekal abadi...sekian wassalam.

Sunday, September 14, 2008

Mantan Pengerusi sesi 07/08

Alhamdulillah selesai sudah menjawat jawatan selaku Pengerusi DPMM sesi 2007/2008 pada 13 september 2008 (tarikh lahir 15 september 1984)hehhe.Namun..bukan bermakna berakhirnya perjuangan ana untuk membantu kerja-kerja islam ini.doakan moga ana thabat dalam pejuangan ..Takbir!!

Dan ucapan sekalung tahniah dan takziah kepada pimpinan AJKT dan AJKH DPMM sesi 2008/2009 yang telah dipilih oleh ahli melalui Suruhanjaya Pilihan Raya PMRAM.

Diharapkan semoga kalian dapat menjalankan tugasan dengan amanahnya seiring kita selaku Mahasiswa Al Azhar yang mempunyai tanggunghjawab sebagai penuntut ilmu.

Mantan Pengerusi DPMM 07/08
Syari' azbatil aql murur
12:43 malam
15 september 2008

Thursday, September 4, 2008

palestin..

Rabu, 03/09/2008 -Kumpulan-kumpulan penentang dari Palestin menolak sekeras-kerasnya sebarang penghantaran askar-askar Arab ke Semenanjung Gaza sambil menegaskan wilayah itu lebih aman berbanding sesetengah bandaraya di negara Arab.

Ulasan kumpulan itu dibuat sebagai tindak balas daripada seruan Menteri Luar Mesir, Ahmad Abu Ghait yang melontarkan idea itu dan menggambarkannya sebagai satu "idea menarik yang perlu diambil kira.

Hamas selaku kumpulan terbesar dalam arena penduduk Palestin yang juga mengawal parlimen PA berkeras atas penolakan bagi menghantar mana-mana askar-askar asing atau Arab ke dalam Semenanjung Gaza serta menjelaskan Gaza diperintah oleh kerajaan nasional yang dilantik penduduk Palestin, dan mereka menikmati ketenangan yang belum pernah berlaku sejak Hamas mentadbir setahun yang lalu.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Friday, August 29, 2008

Nasyid Mansurah ke Ekspo Gempak 2008 PMRAM

Tahniah2 kepada Usrah Al-wehdah...Naib johan tu ....


Menunggu keputusan ...sompat lagi nk posing..

Friday, August 22, 2008

Kefahaman untuk berkahwin

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Sumber : copy

Monday, August 11, 2008

Sensitivi Umat islam Terhadap Program Forum Memeluk Islam

Dengar dan taat arahan pimpinan

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat.

Sabda Rasulullah saw :

اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة

[1] (البخاري )

“ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ”

عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ .

( رواه مسلم )
[2]

“ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .”

Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhambaan tetapi lambang keutuhan gerakkerja berorganisasi . Ia menjadi suatu arahan rasmi dari Allah swt . dengan firmanNya :


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا


( النساء 59 )


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Setiap anggota parti / jamaah mesti bersedia untuk membasmi keegoan akademik dan keegoan senioriti demi memastikan prinsip “ dengar dan taat ” dapat dilaksanakan dengan baik , seterusnya memulangkan kesan yang sangat positif untuk memastikan kelancaran gerakkerja .
Tanpa dengar dan taat terhadap arahan pimpinan , bukan sahaja ia bercanggah dengan prinsip amal Islami malah ia melambatkan perjalanan parti / jamaah . Sedang musuh bergerak laju ke hadapan untuk merencana dan memerangkap pergerakkan kita . Benarlah apa yang disebut oleh Saiyidina Omar Al Khattab rha.


لا اِسْلامَ إلا بِجَمَاعَةٍ وَ لا جَمَاعَةَ إلا بِإِمَارَةٍ وَ لا إِمَارَةَ إلا بِطَاعَةٍ


“ Tiada Islam tanpa jamaah , tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan ”


Dengar dan taat menjadi ujian besar kepada anggota parti / jamaah untuk membuktikan wala’ ( kesetiaannya kepada perjuangan ) serta intima’ ( keterikatannya dengan prinsip dan agenda perjuangan ) . Ujian sebegini pernah dilihat dalam rakaman peristiwa Tholut dan tenteranya .


فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلا قَلِيلا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ


( البقرة 249 )


Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka ( yang taat ).


Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


Peristiwa ini jelas membawa mesej bahawa dengar serta taat kepada peraturan dan arahan pimpinan adalah syarat turunnya pertolongan atau kemenangan daripada Allah swt. Justeru itu Baginda saw. berwasiat kepada seluruh ummatnya dengan ‘ dengar dan taat ’ kepada pemimpin yang dilantik dikalangan orang yang beriman.


أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .


( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )


“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”
[3]


Tegas dengan prinsip “ dengar dan taat ” ini tidak bermaksud menghalang anggota parti / jamaah mengemukakan pandangan yang berbeza dengan pendapat pimpinan dan juga tidak bermaksud menyempitkan ruang anggota menegur atau mengkritik pimpinan dengan kritikan yang membina .


Hanya suatu sikap yang mesti dijelaskan , bahawa pandangan yang berbeza dan teguran yang diberi , tidak sampai melucutkan ketaatan anggota kepada pemimpin yang dilantik , begitu jua kepada parti / jamaah yang didokong.


Bagaimana menegur pimpinan


Menjadi hak dan tanggungjawab anggota mengemukakan pandangan yang membawa kebaikan kepada parti / jamaah , demikian juga teguran atau kritikan yang membina . Namun wajar diinsafi bahawa parti / jamaah mempunyai tatacara atau adab yang luhur dan saluran yang tepat untuk merealisasikan kritikan yang membina dan mengemukakan pandangan yang bernas .


Jangan menjadikan ‘ kedai kopi ’ sebagai pentas menegur pimpinan kerana fenomena ini tidak memberi keuntungan kepada sesiapa melainkan musuh.


Berbincang atau bersemuka ( muzakarah dan muqabalah ) dengan suasana ukhuwwah yang harmoni dan mengemukakan pandangan melalui mesyuarat yang diadakan , adalah merupakan saluran yang sangat tepat , malah ia mengurangkan kadar masaalah dalaman seperti salah faham dan syak wasangka .


Pemimpin yang ditaati


Demi meraih ketaatan anggota kepada pimpinan, sewajarnya pula pihak pimpinan memelihara thiqah (kepercayaan anggota parti / jamaah kepadanya .) Pemimpin selayaknya pula mengelak diri daripada persekitaran yang merosakkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin .


Akhlak , disiplin dan karisma kepimpinan mesti dipelihara dan dikawal , lantaran hilang salah satu daripadanya mengakibatkan lunturnya ketaatan anggota kepada pimpinan .


Pemimpin sayugianya bijak menyusun arahan dan mengatur titah , sesuai dengan tahap keupayaan anggota yang diarah . Arahan yang tidak bijak akan menyulitkan anggota untuk mentaatinya dan ini menyumbang kepada penghakisan prinsip ‘ dengar dan taat ’ dalam parti / jamaah.


Sementara qudwah yang dipamerkan oleh pimpinan pula mampu meningkatkan kualiti ketaatan anggota kepada arahan pimpinan.Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang ‘ cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap ’ . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini :


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون


( البقرة 55 )


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?َ


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ


( الصف 2 - 3 )


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”


Tiada taat dalam perkara bathil/maksiat .


Ketaatan kepada pimpinan bukan bersifat taat membuta tuli . Namun wajib dipastikan ketaatan yang diberi hanyalah untuk urusan taat kepada Allah atau perkara yang makruf sahaja.


حَدِيثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَنًا وَقَالَ لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ *


( البخاري و مسلم )


Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan*
[4]


Taat dalam semua keadaan.


Ketaatan terhadap pimpinan bukan suatu pilihan (ikhtiari) sebaliknya suatu kewajipan yang wajib ( ijbari ) ditunai dalam semua situasi .


عن أبي هريرة رضي الله عنه . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : عَلَيْكَ السَّمْعَُ وَ الطَّاعَةَ في عُسْرِكَ وَ يُسْرِكَ وَ مَنْشَطِكَ وَ مَكْرَهِكَ وَ أَثَرَةٍ عَلَيْكَ .


( رواه مسلم )


Dari Abi Hurairah rha. Ia berkata :” Rasulullah saw bersabda : Kamu wajib mendengar dan taat dalam keadaan sulit , senang , suka dan dukamu malah dalam hal yang kamu tidak berkenan sekalipun .
[5]


[1]Riwayat Al Bukhari dari Anas rha.
[2] النووى على مسلم ج 12 ص 226
[3] رواه أبو داود في السنة باب لزوم السنة و الترمذي في العلم باب ما جاء في الأخذ بالسنة و اجتناب البدع
[4] Shohih bukhari dan Muslim . Kitabul Imarah Bab Wajib mentaati pemimpin dalam perkara yang tidak maksiat dan haram mentaati pemimpin dalam perkara maksiat.
[5] Shohih Muslim dalam kitab dan bab yang sama .

Sumber : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Saturday, August 9, 2008

Alfu mabruk kepada semua Skuad Pasukan Bola mewakili Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah ke Pelawanan bola kejohanan Piala Malaysia di kaherah Mesir anjuran PMRAM sesi 2008.Walaubagaimanapun, skuad pasukan kuda merah yang lebih dikenali sebelum ini sebagai skuad kuda putih memberi laluan kepada pasukan lain untuk menerima kemenangan.

Menyaksikan Pelawanan Mansurah VS Perak"..bertubi-tubi ..penat,luka ,berdarah dan segala2nya ..kenangan kekal abadi..

Kepulangan membawa seribu kenangan..''''jumpa lagi ...

Friday, August 8, 2008

Sinar Jumaat: Carilah ketenangan di masjid, surau

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 25, 08 | 11:35:23 am MYT

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Iklan

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam. - lanh _

Sunday, August 3, 2008

Khatam Al Quran

Saturday, August 2, 2008

Tahniah

Gambar ketika merasmikan Kempen biah solehah DPM Mansurah

Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2008 Selamat diijab kabulkan pada 31 Julai 2008 di Asrama Melayu Abbasia.sekian terima kasih....

Thursday, July 31, 2008

Sekitar pejalanan Unit Dakwah DPMM

Sewaktu selesainya majlis bacaan yasin dan tazkirah di DPJA utubis Jadid.Alhamdulillah dengan adanya majlis sebegini dapat kita merapatkan lagi ukhuwah sesama kita,setiap minggu sudah pasti kita akan bersemuka,berjumpa.Jadi,bagi yang masih belum hadir,minta sama-samalah cuba mengahadirkan diri.

Selesainya bacaan yasin,Unit dakwah turut menyediakan makanan dan minuman kepada hadirin yang hadir,

Program Kolokium ilmuan bejalan Lancar,Para perserta memberi tumpuan yang sebaiknya.

Wednesday, July 30, 2008

Isra' mi'raj

Oleh : Ustaz Khairul Ikhwan


Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj, peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.



Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala…
Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.


Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak. Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta. Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.
Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi. Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya. Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha. Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakan sehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas. Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN

Pertama: penjelasan tentang Rasul dan Mukjizat
Ramai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa. Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia. Fiman Allah Taala:


قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw. Peristiwa ini di riwayatkan oleh Bukhari di dalam bab wudhuk, muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya. Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.
Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw. Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.
Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini. Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya. Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini? Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini. Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!
Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat. Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini. Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat. Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung. Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu, namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu. Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.
Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf, semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini, dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.
Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR)

Http://abupas.blogspot.com/

Seputar kenangan di DPM Mansurah 2008

Kenangan-kenangan ini yang cukup berharga buat saya,terima kasih kepada semua ahli yang memberi kerjasama,dan kemitmen anda demi menegakkan kalimatullah.Kami barisan pimpinan 2007/2008 bakal turun pada pertengahan bulan september ini.Mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kami menjalankan tugasan.
Barisan pimpinan DPM Mansoura sesi 2007/2008 mengembara ke Program Genggam Bara PMRAM .

Kenangan ucapan alu-aluan sebelum memulakan Daurah dan pebentangan kitab

Penuntut ilmu memberi tumpuan yang sebaiknya dalam kelas pengajian ..Alhamdulillah..

Begitu juga golongan akhwatnya..sama tidak mahu melepaskan peluang yang ada..

Kenangan Perasmian Nadi UKKAZ 2008 di DPJA DPM Mansurah.Pengarahnya al Fadil us Ihsan b. Kamaruzzaman,Pengerusi Majlis ketika itu al fadil Us saiful bahry (SB).Apa yang penting pada perasmian majlis tersebut,gimitnya cukup "hebat"!hingga kini saya tidak dapat melupakanya..

Kenangan memberi kalam nasihat buat peserta yang akan betolak ke Jabal Musa (Tursina) Mesir bersama dengan rombongan DPM Tanta.
Pelancaran SKUAD waja diri Cawangan Mansurah ,Pengarahnya al fadil us Firdaus b. Puzi.Alhamdulillah hingga kini mereka mampu mematahkan tebu dengan menggunakan betis..

Nantikan entry seterusnya..Bersama unit Dakwah DPMM..

Friday, July 25, 2008

Renungan

Penyakit Umat-umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda," Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu '.Sahabat bertanya ,"Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"nabi saw menajawab,"penyakit-penyakit itu ialah : (1) terlalu banyak seronok,(2) Terlalu Mewah (3) Menghimpun harta sebanyak mugkin ,(4)Tipu menipu dalam merebut harta dunia,(5)saling memarahi ,(6)Hasud menghasud sehingga zalim mezalimi".(H.R Hakim)

Monday, July 21, 2008

Hati Yang Bersih





Sunday, July 20, 2008

Bacaan

sekadar gambar hiasan

Mengundi babitkan dosa, pahala - Dr Haron Din
Dato' Dr Haron Din
Fri | Jul 11, 08 | 4:10:01 pm MYT

SOALAN: Memilih atau mengundi mana-mana calon pada pilihan raya, adalah salah satu proses demokrasi. Seseorang itu boleh dan bebas memilih sesiapa yang dia suka. Ini adalah perkara dunia yang tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala. Hal sebegini pernah disebut oleh banyak orang, terutamanya orang politik. Apakah benar ia tiada kaitan dengan akhirat? Apa pandangan Dato'? � JEMAAH TABLIGH, Seri Petaling

JAWAPAN: Tanggapan sedemikian merupakan sesuatu yang sering dimomok-momokkan sebilangan orang, terutamanya mereka yang mengasaskan dasar politik mereka di atas dasar sekular.

Tambahan pula, media massa di negara kita, sememangnya memihak kepada apa yang saudara dakwakan.

Rakyat disajikan terus-menerus mengenai gagasan yang memisahkan antara politik dengan agama daripada penghidupan.

Kebetulan di negara kita, parti politik yang memperolehi kuasa atas nama demokrasi, tidak berteraskan Islam. Malah kadang kala semacam memusuhi politik Islam.

Oleh kerana itu ia mencetuskan persepsi sebagaimana yang saudara sebutkan, iaitu menafikan kerja-kerja pilihan raya dengan belanja dan tenaga yang besar, dinafikan ia mendatangkan apa-apa pahala.

Islam pada hakikatnya, tidak terpisah dan tidak akan sesekali berpisah dengan penghidupan secara total.

Islam itu adalah segala-galanya dalam kehidupan Muslim. Mahu tidak mahu sebagai umat Islam, kita mesti menerima hakikat bahawa Islam itu adalah cara hidup yang lengkap.

Inilah maksud sebenar daripada firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini (hari Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakan haji wada'), Aku (Allah) telah sumpurnakan bagi kamu agama kamu (Islam), dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku, dan aku reda Islam itu menjadi agama (anutan) kamu..." (Surah al-Maidah, ayat 3)

Inilah ayat yang menyimpulkan kesempurnaan Islam itu sebagai suatu cara hidup.

Jika politik terpisah daripada Islam dan Islam tidak boleh dipolitikkan, bagaimana kita hendak memahami kesempurnaan Islam?

Rasulullah s.a.w. sendiri menghayati erti kesempurnaan Islam itu dengan baginda sendiri menjadi pemerintah negara dengan melaksanakan semua perintah Allah.

Bagaimana mungkin segala perintah Allah boleh dilaksanakan jika kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda. Dan bagaimana mungkin umat Islam hari ini hendak melaksanakan perintah-perintah Allah, jika kuasa pemerintahan tidak berada ditangan orang-orang Islam.

Memerintah negara seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di Madinah, adalah suatu realiti yang wajib diimani bahawa itulah Islam yang sempurna.

Islam yang syumul disandarkan kepada kuasa politik untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Sebaik sahaja Rasulullah dipanggil pulang oleh Allah, dan belum pun disempurnakan jenazah baginda, sahabat-sahabat besar berkumpul dan berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah besar ummah iaitu mencari pemimpin untuk meneruskan pemerintahan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Sahabat-sahabat berijmak atau bermuafakat untuk mencari pengganti. Ini adalah urusan politik yang mesti dibereskan terlebih dahulu.

Sahabat berpendapat urusan politik untuk meneruskan pemerintahan untuk kepentingan ummah lebih penting dari menyegerakan pengkebumian Rasulullah s.a.w.

Akhirnya mereka memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai ketua negara, memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Politik Islam asasnya suci murni, memegang kuasa untuk memimpin ummah bagi menuju keredaan Allah.

Islam menjadi juara politik di zaman-zaman silam. Pemerintahan Islam, terus menerus menerajui ummah, seluruh penduduk dalam masyarakat majmuk, silih berganti berada dalam pemerintahan Islam dalam keadaan aman damai sepanjang hayat.

Sehinggalah ke awal kurun ke-20, atau lebih khusus sehingga kejatuhan pemerintahan Othmaniyyah Turki pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk mengubah pemerintahan kepada dasar sekular.

Bagi orang yang faham ilmu politik dan memahami hukum Islam, tentulah akan mengetahui kaitannya dengan dosa pahala.

Dalam amalan kehidupan, Allah memerintah manusia melakukan kebaikan (makruf) akan diberikan pahala, manakala yang melakukan kejahatan (mungkar) akan memperolehi dosa.

Membuat kebaikan walaupun seperti membuang seketul batu dijalan yang menghalang laluan orang ramai, nampaknya enteng tidak ada apa-apa, namun jika ia dibuat kerana Allah, ia adalah salah satu cabang iman yang akan diberikan pahala yang besar.

Begitu juga menegur atau menasihati orang supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengalakkannya berbuat baik, sudah mendapat pahala yang besar.

Inikan pula kerja mengundi dan bekerja dalam pilihan raya dengan tenaga dan wang yang banyak. Mengundi adalah kerja besar.

Dengan mengundi, kita boleh menukar kerajaan yang melakukan kemungkaran kepada sebuah kerajaan yang baru.

Sekiranya yang dijatuhkan itu adalah sebuah kerajaan yang tidak Islam, ditukar kepada kerajaan yang mendaulatkan Islam, bayangkan betapa banyaknya ganjaran yang akan diperolehi.

Bagaimana hendak dinafikan mengundi tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala, sedangkan ianya tidak terkeluar daripada 'irradatul insan' (tindakan manusia).

Amal manusia sekecil mana pun akan diberi balasan. Insan yang berniat melakukan sesuatu kebaikan, sudahpun dianugerahkan satu pahala. Melaksanakan niat itu, dibalas Allah dengan 10 pahala.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab (mafhumnya): "Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung dengan niat, seseorang itu akan dianugerahkan pahala mengikut niatnya."

Apakah niat saudara ketika mengundi? Tidak masuk akal jika saudara tidak ada niat.

Jika niat saudara mengundi seseorang calon bagi mendapat habuan di dunia, saudara akan memperolehi habuan tersebut.

Jika saudara berniat untuk mendapat habuan di akhirat, saudara akan mendapat habuan di akhirat.

Allah berfirman (mafhumnya): "Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah pada akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikannya kebaikan di dunia, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Surah as-Syura, ayat 20)

Ayat ini, dan banyak lagi ayat yang seumpama dengannya, meletakkan suatu gagasan yang nyata bahawa amal-amal manusia akan dibalas Allah di atas kebaikan atau keburukannya.

Allah SWT memerintah kita, dalam suatu ayat yang mahsyur (mafhumnya); "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara menegakkan yang makruf dan jangan bertolong tolongan dalam menegakkan kemungkaran."

Menegakkan yang baik akan diberi pahala, menolong melakukan sesuatu yang jahat akan dibalas dengan dosa.

Atas itulah maka, apa yang kita lihat dalam kerja-kerja mengundi, adalah suatu pekerjaan yang besar, pasti akan diberi Allah SWT ganjaran, setimpal dengan apa yang kita niatkan. Wallahu a'lam. - lanh _


Sumber : harakahdaily.net

Monday, July 14, 2008

Lawatan Matruh & Siwa 07/08



Seribu kenangan yang diperolehi sepanjang pejalanan ke Matruh Siwa pada 8,9 dan 10 Julai 2008.Kenangan pahit,manis,masam,masin kita rasai' bersama.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah EMAS '08 Berserta seluruh Ed- hoc Pelaksananya,juga tidak dilupakan Unit Sambutan dan Rehlah DPMM sesi 2007/2008.



Moga jasa kalian dikira sebagai amal islami.Hari ini kalian memberi pengorbanan kepada mereka,Namun insyaAllah mereka juga diantara yang bersedia memberi pengorbanan kepada generasi seterusnya.amin...sekian wassalam.

Tuesday, June 24, 2008

Peringatan!!


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua

Saturday, June 14, 2008

Pesanan buat kita yang lelaki..


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari).



Firman Allah dalam surah An-nuur:32-33 yang bermaksud:


"dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-0rang yang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

Saturday, June 7, 2008

Renungan

sahabat..


Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."


sahabat..


"walau diri letih..walau jiwa merana..walau kesakitan melanda..tiada noktah dalam berjuang.teruskan perjuangan sahabat2 kerana pintu peperangan semakin hampir untuk kita rempuh.kejayaan atau kegagalan terletak pada yang Esa hasil dari titik peluh perjuangan awal kita.."


semoga sabar dan tabah dalam mjalani kehidupan harian dan moga kejayaan milik kita..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP