Wednesday, December 8, 2010

Ziyad Semakin Membesar!


Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa'ku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari qiamat)." (40-41 : Ibrahim)

Ameen Ya Robbal'alamin..

Tersenyum indah si Umie (Ummu Ziyad) melihat anaknya kian membesar. Bebanan sembilan bulan seakan tiada dalam benak fikiranya. Detik cemas dikala bersalin seakan tersimpan untuk kelahiran anak ke dua pula (time habis belajar erk). Begitulah tenangnya sikap seorang wanita.

Tanda kasih dan sayang kepada anak perlulah dididik dengan mengenali Allah agar setiap perkara yang ingin dilakukakan semuanya kerana Allah. Sentiasa takutkan Allah untuk melakukan perkara mungkar. Sentiasa mentaati Allah tatkala senang mahupun sukar.

Syeikh Al- Hafiz Jamaluddin Abi Al Farraj Al-Jauziey mengingatkan kita di dalam kitabnya risalah li waladiy. Perkara pertama adalah didiklah anak dengan ilmu dan beramal denganya. didiklah anak bahawa kunci ilmu adalah taqwa.

"Ya bunayya! ketahuilah kamu sesungguhnya tiadalah perbezaan antara anak adam dengan aqal kecuali bagi mereka yang mengamalkan apa yang telah ditetapkan olehNya."

Ziyad jadilah anak abi yang soleh.

5 comments:

Muslimah Optimis December 8, 2010 at 3:19 PM  

salam..


comeinya Ziyad.. macam muka tok arab lah..adakah sebab ziyad dibesarkan di tanah arab???

semoga ziyad membesar sebagai pewira di hati umi dan abinya.. amin

Akhi Abdul Kadir. December 9, 2010 at 2:24 AM  

Wa'alaikumsalam.

Mungkin kot..terikut2 muka anak2 arab.

Ameen ya rob..

Ta'aruf December 9, 2010 at 5:39 AM  

Sama comel macam rizal =)

Akhi Abdul Kadir. December 9, 2010 at 6:13 AM  

Imran : A;aa..sama comel cam ammu angkat die la..hehhe..

'ammar ziyadi December 9, 2010 at 6:29 AM  

saya setuju dengan imran , comel macam rizal !

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP