Monday, May 18, 2009

Pengorbanan

Berkaitan dengan "Pengorbanan" yang akan dikogsi bersama ini.Mudah-mudahan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada jiwa kita semua tentang erti pengorbanan yang sebenar.

"Pengorbanan yang di maksudkan ialah mengorbankan ,harta,masa,kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat.Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya.Sebarang pengorbanan untuk memperjuangkan fikrah yang syumul ini tidak akan sia-sia.Malah,mendapat ganjaran yang besar dan pahala yang baik dari Allah SWT.Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama maka dia telah melakukan kesilapan yang besar.Firman Allah swt :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta benda mereka..

Fimanya lagi :

"Katakanlah jika sekiranya bapa-bapa kami,anak-anak kamu.."

Fimannya lagi :

"Yang demikin itu mereka tidak pernah ditimpa dahaga dan keletihan.."

KETERANGAN

Allah telah memikulkan ke atas umat islam sebesar-besar dan seberat-berat amanah.Firman Allah SWT :

" Demikianlah kami jadikan umat kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia ,dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu." (Al-Baqarah : 143 )

Agar mereka menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab .Allah telah menfardhukan jihad pada jalanya,jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.

Kita dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah dengan tujuan menolong agamanya.Rasulullah SAW telah mentarbiah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah dan mengorbankan setiap yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini.Rasululullah SAW adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan.Dengan sebab itu,Al Imam Asy syahid Hassan Al Banna menyeru kepada jihad yang berterusan dan pengorbanan yang berharga bagi menolong agama Allah.Sesunguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik,dan tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.

Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah,keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan,maka beliah bermimpi di siang hari.

Sepotong Syair Arab ada menyebut :

"Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil."

PENGORBANAN YANG DITUNTUT

Setiap orang meredhoi Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul,maka dituntut darinya melakukan pengorbanan.Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhanya untuk berkerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga.Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya di hadapan seudara Muslim.Menjadi kewajipan keatasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut.Jadi apa pengorbanan yang dituntut itu?

Al-Imam Asy-syahid menjelaskan dengan katanya :

Mengorbankan harta,masa,kehidupan,dan semua perkara untuk mencapai matlamat".

Ya,inilah pengorbanan yang dituntut dari kita semua.Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh RasulullahSAW.Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarkan dengan syurga.Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh.Itulah janji yang benar disebut di dalam kita Taurat,Injil dan Al Quran.Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah,maka bergembiralah dengan janji yang kamu materikan itu.Yang demikian adalah kemenangan yang besar". (Attaubah :111)

Firman Allah lagi :

"Siapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) ,maka Allah akan melipatgandankan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak". (Al.baqoroh : 245)

Apabila Abu darda' mendengar ayat ini,dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.

Begitulah kita lihat tarbiah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sabahat secara praktikal.

Abu Bakar Radhiallahu; Anhu telah mengorbankan dan mebelanjakan seluruh hartanya.Rasulullah SAW bertanya kepadanya .Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluargamu?Lalu beliau menjawab : "Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul."

Suhaib telah mengorbankan seluruh apa yg beliau miliki demi untuk menolong agama Allah.lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang berbunyi ...

Firman Allah SWT :
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah,dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya." (Al Baqoroh : 207)
.......

Rujukan: risalah ta,lim

Monday, May 11, 2009

Alhamdulillah Syukur...


Setelah menunggu keputusan dengan penuh debaran.Semalam akhirnya terbukti bahawa pengumuman pihak Mahkamah,Menteri besar perak adalah Datuk Seri Nizar Jamaaluddin bukan Datuk seri' Zambry.

Jadi setelah pengumuman kemenangan itu,antara pesanan Tok Guru Nik Aziz yang saya petik dari blog Us Idham Lim adalah :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Alhamdulillah syukur...Takbir!!

Sunday, May 10, 2009

Amaran TGHA terhadap UMNO


Baru-baru ini berlaku kes pencerobohan kuasa pihak UM-NO di Negeri Perak yang sangat hodoh abad ini.Dan kalau diikut sejarahnya memang pertama kali berlaku kes seperti ini.

saya mengikuti pekembangan ini melalui TV kelantan dan beberapa TV pakatan rakyat yang lain.Dan ianya memperlihatkan suasana kekecohan dalam Dewan Negeri Perak.

Selepas pada itu,beberapa hari kemudiannya. Perkara mengejutkan,pertama kali saya melihat TGHA memberi amaran keras dan agak marah kelihatan dalam ucapan ceramahnya.khusus terhadap UM-NO berikutan kes Negeri Perak.

"Sabar PAS ada batasanya!!Tunggulah"ujarnya dalam ceramah di Rusila.

Kalau inilah amaran beliau.Saya ingat UM-NO perlu sedarkan diri dan fikirkan cara yang lebih baik untuk memegang dan memerintah sesebuah Negeri.

Malu generasi mendatang melihat lakaran sejarah yang begitu mencelarukan ini.

Dan PAS sudah pasti bersedia menyerahkan Negeri itu mengikut jalan landasan yang baik sekiranya UM-NO menang ler!kalau kalah!!itulah cara yang terbaik.

Ini tidak,habis PUNOH ore klate kata".Melihat video-video rakaman melalui media.menunjukkan bahawa bukan setakat wakil Rakyat dilenyekk..,habis harta benda Dewan yang mulia dicabul kehormatanya.tak patut betul!!...

Sunday, May 3, 2009

Nasihat Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP