Thursday, December 31, 2009

Nasihat Dan Ucapan Tertangguh

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ( Al-Anfaal : 2)

Lama benar rasanya tidak mengupdate blog yang serba banyak kekurangan ini. Rasa juga kadang-kadang ingin berkongsi. Tidak sikit banyak, tidak banyaknya maka sikit-sikit lah. Namun, terkongsi juga. Mengajak diri agar sentiasa menggeruni apabila disebut nama Allah, dan sentiasa bertambah-tambah iman apabila dibacakan ayatNya. Hayatilah segala isi kandungannya.

Sabda Nabi S.a.w : " Agama adalah nasihat. Mereka bertanya: " Bagi siapa wahai RasuluLLah? " Baginda menjawab : " Bagi Allah, RasulNya, Para Imam Muslimin dan rakyat umumnya".

Sekadar menasihati diri dan semua teman semuslim agar sentiasa kita tidak lari dari apa yang kita laksanakan sehari-hari " Kulluha liLLah". Segala penggerakkan anggota kurniaan Allah S.w.t yang kita laksanakan dengan penat lelah itu, tidak lain hanyalah menuntut ketaqwaan kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa.

Ucapan (Mesir)

Hari ini jika para teman termasuk saya di perantauan Mesir ini, boleh dikatakan kesemuanya harianya telah dan sedang menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi perperiksaan semester pertama "Faslul Awwal". Selamat menempuh imtihan. doakan agar kita diberi kejayaan serta berkat segala ilmu yang dituntut.

Ucapan (Malaysia)

Di Malaysia, khusus dari keluargaku sendiri. Seperti mereka atau adik-adik mereka yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR) Dan beberapa peperiksaan di peringkat Universiti di Tanah Air. Kesemuanya menerima keputusan masing-masing. Ala kullihal ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kali ini anugerah kejayaan adik perempuanku, AlhamduliLLah telah mendapat 7A 2B. Dan seorang lagi adik lelaki yang sedang menyambung pengajian di Universiti Insaniah (KUIN) Pun dianugerahkan kejayaan dengan mendapat A lavel pointer. AlhamduliLLah Mabruk abang ucapkan.

Namun kejayaan tersebut tidak perlulah nak dibanggakan. Barangkali menuntut agar kita lebih mendekatkan kepada Allah s.w.t, dibimbangi ianya adalah istidraj dari Allah s.w.t ingin melihat tahap keimanan. Maka dianugerahkan ujian kejayaan yang mengalpakan.Ingat tu.

Akhirnya,

Buat diri dan teman-teman sekalian. Bulan Muharam 1431H sedang kita duduki. Bulan pertama di bulan Islam. Kita kan lalui bulan seterusnya sehinggalah ke tahun lain. Jadi, tanyalah pada diri! Apa yang kita akan isikan sepanjang setahun ini?

Saya tinggal soalan ini. Tepuk dada tanya iman. Sekian wassalam.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP