Sunday, November 1, 2009

Ingat Mengigati

Tekenang kembali masa yang berlalu di bulan Ramadan yang amat mulia. Tentunya hati ini amat merindui tambahan Ramadhan di Mesir jauh berbeza sambutanya berbanding di tanah air Malaysia.

Kini Ramadan jauh telah meninggalkan dan barangkali kita telah melupakanya. Sedang kita sedia memahami dan seolah berjanji bahawa bulan Ramadhan adalah bulan madrasah iaitu mendidik bagi kita menerusi berbaki bulan lain.

Bulan itu, hakikatnya setiap insan cuba mencari azam tekad untuk menghiasi dengan amalan-amalan menyucikan diri. Benar, amat molek kita telah melakukan demikian. Namun tidakah kita geruni dan bimbangi terutamanya aku untuk berhadapan 11 bulan yang amat mencabar gangguan syaitanya, sentiasa memperdaya agar kita lalai dan leka dibuai mimpi menghambat keduniaan yang seketika dan akan meninggalkan kita.

Takut rasanya...!!

Pernahkan kita terfikir, berkali-kali pesanan Allah hadir mengingatkan kita. Tatkala berlaku sonami di Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa negara yang asia lain seketika dulu. Baru ini berlaku pula gempa bumi di Padang Indonesia. Masih degilkah kita??



Kita akan merasa degil kerana kita lupa. Sebab itu kita diingatkan agar sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sayang kita sesama teman saudara mu'min bukan membiarkan mereka alpa. Bahkan, mengambil sikap memperingati tatkala teman kita melakukan kesilapan.

Ahli Syair berkata : ".. Siapa bergaul dengan orang-orang yang baik, maka hidupnya akan menjadi mulia. Dan sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, pasti tidak menjadi mulia...".

Sedarilah bahawa seseorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itulah perlu diambil perhatian untuk kita memerhati siapakan yang harus dikawaninya.

Dengan itu, saya mengigati diri dan sahabat pembaca sekalian. Marilah kita sama-sama memperingati antara kita agar kita tidak kealpaan. Jika diadakan majlis-majlis mendekatkan diri kepada Allah seperti diajurkan oleh DPMM mari kita sama-sama sertai. Hidup ini hanya sementara. Akhirat kekal selamanya.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP