Thursday, April 30, 2009

Pesediaan seterusnya...

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah,lafaz syukur tidak terhingga dirafa'kan kepada Allah SWT yang menciptakan sekalian alam ini.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat tabi' tabi'in.

Masa yang begitu singkat yang telah berlalu.Maka tiba saatnya kuliah pengajian Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mansurah yang ku duduki sekarang berakhir semalam,dan memberi ruangan yang seluasnya kepada kami untuk membuat pesediaan bagi menghadapi imtihan kelak.doakan daku agar dapat memberi tumpuan yang sebaiknya dalam imtihan kali ni.

Walaubagaimanapun,tidak tersangka disaat gentir menghambat waktu imtihan ini blog kepunyaanku terpaksa bertukar templete baru dek kerana ada beberapa masalah.tak pasti apa masalahnya ...

Tapi apa-apa pun buat masa sekarang projek menumpukan imtihan kena diteruskan.ok...doakan imtihan akan bemula pada 17 Mei 2009 berakhir pada 18 Jun 2009...ok Semoga diberi kejayaan dengan penuh keberkatan "BITTAUFIQ WANNAJAH"

Sekian wassalam...

Wednesday, April 22, 2009

Dimana posisi kita?

Adakah kita penyokong atau pendokong?

-Penyokong hanya menyokong jika kalah atau menang,jatuh atau naik dia tak berapa nk kisah sbb dia hanya penyokong..walaubagaimanapun tetap ia mengambil berat tetang apa yang disokong itu dan sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada sesebuah petubuhan.Pun begitu kemungkinan posisi ini akan mengambil langkah melarikan dirinya jika berlaku kekalahan atau bebanan terhadapnya jika tidak difahamkan islam sedalamnya.

-Pendokong : Posisi ini boleh dikatakan dialah penyokong dan pendokong terhadap apa yang disokong olehnya.Dan boleh dikatakan pendokong ini akan berterusan dengan apa yang didokongnya sehinggakan sesebuah petubuhan itu kalah atau menang,senang ataupun susah selagimana mengikut syari'at Allah swt.

Friday, April 17, 2009

Festival joget...


Saya terkejut besar bila Festival Asian 2009 yang disokong dan didokong oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang dikelolai dan dibantu oleh persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah KBMK seperti ISMA, Kelab UMNO dan lain-lain telah mengejutkan mahasiswa Islam di Mesir apabila penutup festival tersebut telah dihidangkan dengan tarian wanita Indonesia.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Mengapa perkara ini boleh berlaku dan sanggup dihidangkan di hadapan para mahasiswa Malaysia di Mesir yang majoritinya adalah mahasiswa al-Azhar yang diajar untuk memahami dan mendalami Islam?

Mengapa para hadirin tidak bangkit lalu meninggalkan majlis tersebut sebagai tanda tidak redha terhadap maksiat yang ditonjokan di hadapan mereka?

Mengapa pihak-pihak yang menjayakan program ini seperti ISMA dan Kelab UMNO tidak menyatakan secara rasmi kekesalan mereka terhadap upacara maksiat ini.

Adakah ini satu petanda bahawa mahasiswa Islam di Mesir sedang cuba untuk dilalikan dan dibius dengan pelbagai upacara melalaikan dan lebih malang berbau maksiat agar mereka tidak lagi sensitif dengan kejijikan ini. Astaghfirullah.

Teman-teman semuslim. Ini satu perkara yang cukup tidak patut berlaku di Mesir yang terkenal sebagai ladang subur bagi ilmu Islam dan para ulama. Kita semua perlu sensitif dalam isu-isu seperti ini. Budaya bencikan maksiat yang telah dipupuk di dalam sanubari para mahasiswa Islam di Mesir semenjak sekian lama perlu untuk dipergagahkan.

Wah. Mengapa joget itu perlu ditonton dan dihidang? Apa sudah redha seluruh kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, JPMK, ISMA, Kelab UMNO dan persatuan-persatuan berdaftar di bawah KBMK sehingga ke saat tangan ini mencoret karya masih tetap utuh bisu tanpa berbicara dengan bahasa kekesalan terhadap insiden ini.

Demi tuhan Ka'bah. Kita wajib untuk mencantas dan membenteras segala anasir maksiat dan kejijikan yang seakan-akan cuba dibiasakan dalam atma mahasiswa Islam Malaysia di Mesir.

Saya sangat kesal dengan insiden ini.

Sumber : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/


Thursday, April 16, 2009

Filem sang murabbi

Assalamualaikum...wbth..


Pejalanan hidup sang murabbi Ustaz rahmat yang dilakonkan semula oleh beberapa pelakon yang saya rasakan dari pendokong Partai Keadilan Sejahtera (PKS) memang seronok ditontoni dikala kita kepenatan dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.

Tontonlah...best...

Walaupun filem ini sudahpun melebihi setahun lamanya ditayangkan.Namun sukar untuk saya gambarkan betapa filem ini penting untuk ditontoni berbanding dengan filem-filem lain kemungkin ada yang masih belum menontonya.Dan saya syorkan kepada kawan-kawan untuk menontonya agar sama-sama kita sedari bahawa kerja dakwah ini betapa memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Ikhwanku yang dikasihi,

Sungguhpun saya mempromosikan filem yang tepu dengan langkah-langkah penggerakkan dakwah,pengorbanan,kesukaran dalam dakwah yang begitu tenang dihadapi oleh Us Rahmat.Namun terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah seorang yang sehebat itu malah sedikit pun tidak.Ya Allah jauhnya kita..

Manakah kita selaku muslim yang diberi amanah tulang empat kerat yang dianugerah free of charge tanpa apa-apa bayaran?.Semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak..



Tuesday, April 14, 2009

Imtihan dah dekat...


Assalamualaikum wbth...

Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Allah swt atas kurnianya serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,para sahabat,tabi' tabi'in,muhajidin,alim ulama',seluruh kaum muslim.

Semoga sihat dan sentiasa dibawah naungan Allah swt.

Sahabat-sohabiat yang dikasihi,

Imtihan semester kedua universiti Al Azhar sudah pun semakin hampir begitu juga dengan pelajar perubatan.

Jadi,bersempena dengan imtihan yang bakal tiba ni.saya selaku insan yang lemah lagi kerdil memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali kalau2 ada salah dan silap yang menguris hati sahabat semua.

Juga,harapan doa dari sahabat semua semoga sama-sama diberi kejayaan menempuh imtihan dunia dan akhirat.

"Bittaufiq wannajah"

Salam ukhuwah dari,
akhi abd kadir

Saturday, April 11, 2009

Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan

KOTA BHARU, April 11, 2009. MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. “Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. “Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

“Tidak…saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo… Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Syabas kepada Renggo dan Amy. Semoga akan diiringi oleh artis-artis lain lagi.(AK)

http://www.ibnuhasyim.com

Wednesday, April 8, 2009

Positif dan negatif penggunaan tekonologi Maklumat


Pertama perlu kita ingat bahawa pesanan ayat Allah swt : "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan mentaati kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-asr ayat 1-3)

"Khusus tempat yang ku jejaki"

Kita sedari bahawa hari ini rata-rata boleh dikatakan sudah memiliki sekurang-kurang satu rumah satu komputer.bahkan lebih dari itu setiap bilik memeliki satu komputer dan laptop.Yang menjadi persoalan dalam diri saya adalah adakah kita menggunakan kearah kebaikan iaitu positif ataupun sebaliknya?Dan adakah ianya menjadi punca kita semakin kurang sikap ziarah menzirahi dan tidak bermasyarakat bah lagi teruk ianya disalahgunakan?

Positif

Secara positifnya sudah pasti ianya banyak faedahnya sekiranya kita menggunakan dengan betul.Sebagai contoh komputer yang kita miliki digunakan untuk mendengar ceramah agama,menonton cerita yang bermanfaat,dan untuk tujuan kesedaran diri.Sedikit sebanyak kelebihan yang positif bagi yang memiliki komputer,leptop dan handpone yang masih belum diaktifkan dengan "Internet".

Bagi yang memiliki Komputer dan lain-lain yang diaktifkan dengan internet sudah pasti banyak lagi perkara dan masa yang akan dikorbankan ke arah ini.Namun cuba kita gunakan dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh menjalinkan silaturrahim dan menyampaikan dakwah melalui YM,skpy,email,friednster,bloggers dan banyak lagi.Tidak kurang dari itu kita juga akan menerima maklumat melalui internet secara khususnya.sebagai contoh kita akan mendapatkan maklumat dari akhbar-akhbar antaranya harakah,utusan,web PMRAM dan web kawan-kawan lain seperti ikhlaske.blogspot.com sebagai contohnya.

Sememangnya banyak input yang kita dapat ambil dari kelebihan tersebut.Akan tetapi pembahagian masa yang cukup baik perlu dirangka agar kita tidak hanya melebihkan masa yang luas dengan hanya melayari internet semata-mata.Dan yang pastinya separuh masa lagi kita akan bersama kitab-kitab dan bahan bacaan lain.Alhamdulillah jika kita berbuat demikian.

Beberapa kelebihan lain diantara juga jika di Malaysia jika kita memiliki internet maka terselamatlah kita dengan tidak terpengaruh dengan adeologi TV3 terutama berita semasa yang disampaikan diterima bulat-bulat.Bahkan boleh diimbangi dengan rancangan tv-tv lain antara tvPas,Tv8,tv antara.com dan sebagainya.Begitu juga akhbar.Jadi secara khusus yang berada di sini mugkin jauh sekali terpengaruh sudah dengan adeologi tv3 sahaja ini semata-mata.

Ini mungkin terjawab bagi persoalan adakah kita telah menggunakan ke arah positif.Selesai.ok jika kita perhatikan bahawa masa yang kita telah gunakan mengikut jadual yang baik
mungkin kita dikira sebagai "Pengguna internet terbaik.DPM kena buat anugerah ni.

Negatif

Setiap pekembangan yang ada sudah pasti ada positif dan negatifnya.Barangkali boleh dikatakan negatifnya kita akan lalai!Sudah semakin berkurangan kita mengamalkan konsep ziarah menziarahi antara kita!kasarnya bahasa jika saya berkata sedemikian.Tapi benar hakikatnya kita banyak dibawa arus kelelaian yang cukup merugikan berbanding dengan masa yang telah diperuntukkan.Ini sebagai kesedaran kepada semua.

Sebagai contohnya apa yang kita dapat lihat hari ini selaku golongan mahasiwa yang sanggup menggadaikan masa berjam-jam bersama laptopnya dengan hanya berchating kosong,menonton cerita yang tidak berfaedah, game,dan banyak lagi perkara yang melalaikan.Mungkin kebanyakkan mengambil alasan bahawa kita menjalinkan hubungan silaturrahim dengan hanya melalui Chatting.ya benar.tapi hakikatnya tidak sama dan tidak seerat dengan kita bersua muka.

Dulu dalam era 2003 dan sebelumnya sewaktu saya baru tiba.Mugkin boleh dikatakan mereka suka ziarah-menziarahi dan saya rasa gelombang itu sudah semakin pupus hilang.Pada ketika itu mereka akan merasakan betapa pentinya semangat silaturrahim.Dan juga kemungkinan kurangan hiburan dirumah masing.Jadinya sudah pasti mereka akan mengambil langkah untuk kekuliah sewajibnya dan mereka akan ziarah menziarahi kawan-kawan .Malah bagi yang berkaki baku juga turut ke padang.Tidak pandai bersukan bukan menjadi punca pemasalahan untuk tidak ke padang.Bahkan,yang terutamanya adalah kita bersemuka dipandang menjalinkan hubungan ukhuwah.Malah ianya menjadi medan penyampaian maklumat.

Negatifnya lagi"apa yang menyedihkan lagi.ianya boleh menyebabkan kita "Malas".sebagai contohnya ada sesetengahnya tidak mampu meninggalkan PC kesayanganya untuk menghadiri Program kolokium Ilmuan Q,kelas tafakuh,Usrah (MB) dan lain-lain.Saya tidak mengatakan bahawa kesemuanya.Yang tidak kelihatan dimajlis ini saya boleh buat adaian bahawa mereka bersama dengan majlis-majlis ilmu lain atau sibuk dengan urusan yang perlu diutamakan.Jika begitu saya kira alhamdulillah..

Akhirnya..Mudah-mudahan kita dapat menggunakan kelebihan teknologi maklumat yang ada ini sepositif mungkin.Coretan ini adalah untuk nasihatkan diri dan kita semua..Jalinkanlah ukhuwah dengan sebaiknya...insyaAllah.Masa yang disediakan cukup banyak ini jika kita gunakan dengan baik kita akan dapat melakukannya dengan sesempurna mugkin dan merasa puas kehidupan seharian.Ingat "Kewajipan lebih banyak daripada waktu-waktu yang ada".

sekian
Akhi abd kadir
10.34 mlm
mesir

Sunday, April 5, 2009

Moga dimenangkan

Assalamualaikum wbth..

Suasana sambutan pilihanraya yang semakin hari semakin rancak di bukit gantang,bukit selambau,batang air yang akan berlansungnya pada 07/04/2009 bersamaan 11 Rabiulakhir 1431 ini.Ianya diharapkan dipenuhi ruangan sebelum tibanya dengan pengisian kesedaran yang baik kepada seluruh rakyat.

Cukup dirasai saya yang masih lagi berada diluar negera dengan perkembangan yang baik yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan dan rakyat seluruhnya demi memenangkan parti yang membela kebajikan rakyat dan keadilan ini.

Saya yakin bahawa rata-rata anak muda,golongan separa tua,dan tua seluruh negara kesemunya turun bersama bekerjasama demi dimenangkan parti ini hanya atas dasar kefahaman yang sangat jelas.Berbanding dengan beberapa dekat dahulu kala "Rakyat mudah dipujuk dengan kebendaan".Namun semuanya berubah kerana rakyat hari ini sudah ramai yang berpelajaran.

Dulunya mereka takut kerana mereka tidak mempunya ilmu tentang ini.Seperti bak kata Dato' Hassan Ali "Dulu rakyat dalam proses pembodohan"jadi kita selaku rakyat jangan sekali-kali terjerumus lagi dalam proses sebagini.

Semua rakyat sudah pasti akan mengundikan kepimpinan yang akan membela mereka dan memberi kebajikan kepada mereka semaksima mungkin.Bagi saya kebajikan yang saya amat hargai adalah kebajikan menyedarkan rakyat hakikat kesedaran diri.Yang dimaksudkan ini adalah memberi kesedaran kepada seluruh rakyatnya dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan.

Melihat dari sudut permasalahan sosial anak muda hari ini begitu kritikal yang memerlukan kepada kepimpinan yang berjiwa ingin mengubah suasana dan memberi kesedaran yang baik.Sepertimana terlaksanya di Negeri Kelantan yang perlu di contohi dengan majlis-majlis yang begitu harmoni.

Selamat mengundi

Friday, April 3, 2009

tell me why



In my dream,children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green:
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need
Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand Tell me why?
Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?
chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?
chorus:
chorus chant:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP