Positif dan negatif penggunaan tekonologi Maklumat
Pertama perlu kita ingat bahawa pesanan ayat Allah swt : "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan mentaati kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-asr ayat 1-3)
"Khusus tempat yang ku jejaki"
Kita sedari bahawa hari ini rata-rata boleh dikatakan sudah memiliki sekurang-kurang satu rumah satu komputer.bahkan lebih dari itu setiap bilik memeliki satu komputer dan laptop.Yang menjadi persoalan dalam diri saya adalah adakah kita menggunakan kearah kebaikan iaitu positif ataupun sebaliknya?Dan adakah ianya menjadi punca kita semakin kurang sikap ziarah menzirahi dan tidak bermasyarakat bah lagi teruk ianya disalahgunakan?
Positif
Secara positifnya sudah pasti ianya banyak faedahnya sekiranya kita menggunakan dengan betul.Sebagai contoh komputer yang kita miliki digunakan untuk mendengar ceramah agama,menonton cerita yang bermanfaat,dan untuk tujuan kesedaran diri.Sedikit sebanyak kelebihan yang positif bagi yang memiliki komputer,leptop dan handpone yang masih belum diaktifkan dengan "Internet".
Bagi yang memiliki Komputer dan lain-lain yang diaktifkan dengan internet sudah pasti banyak lagi perkara dan masa yang akan dikorbankan ke arah ini.Namun cuba kita gunakan dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh menjalinkan silaturrahim dan menyampaikan dakwah melalui YM,skpy,email,friednster,bloggers dan banyak lagi.Tidak kurang dari itu kita juga akan menerima maklumat melalui internet secara khususnya.sebagai contoh kita akan mendapatkan maklumat dari akhbar-akhbar antaranya harakah,utusan,web PMRAM dan web kawan-kawan lain seperti ikhlaske.blogspot.com sebagai contohnya.
Sememangnya banyak input yang kita dapat ambil dari kelebihan tersebut.Akan tetapi pembahagian masa yang cukup baik perlu dirangka agar kita tidak hanya melebihkan masa yang luas dengan hanya melayari internet semata-mata.Dan yang pastinya separuh masa lagi kita akan bersama kitab-kitab dan bahan bacaan lain.Alhamdulillah jika kita berbuat demikian.
Beberapa kelebihan lain diantara juga jika di Malaysia jika kita memiliki internet maka terselamatlah kita dengan tidak terpengaruh dengan adeologi TV3 terutama berita semasa yang disampaikan diterima bulat-bulat.Bahkan boleh diimbangi dengan rancangan tv-tv lain antara tvPas,Tv8,tv antara.com dan sebagainya.Begitu juga akhbar.Jadi secara khusus yang berada di sini mugkin jauh sekali terpengaruh sudah dengan adeologi tv3 sahaja ini semata-mata.
Ini mungkin terjawab bagi persoalan adakah kita telah menggunakan ke arah positif.Selesai.ok jika kita perhatikan bahawa masa yang kita telah gunakan mengikut jadual yang baik
mungkin kita dikira sebagai "Pengguna internet terbaik.DPM kena buat anugerah ni.
Negatif
Setiap pekembangan yang ada sudah pasti ada positif dan negatifnya.Barangkali boleh dikatakan negatifnya kita akan lalai!Sudah semakin berkurangan kita mengamalkan konsep ziarah menziarahi antara kita!kasarnya bahasa jika saya berkata sedemikian.Tapi benar hakikatnya kita banyak dibawa arus kelelaian yang cukup merugikan berbanding dengan masa yang telah diperuntukkan.Ini sebagai kesedaran kepada semua.
Sebagai contohnya apa yang kita dapat lihat hari ini selaku golongan mahasiwa yang sanggup menggadaikan masa berjam-jam bersama laptopnya dengan hanya berchating kosong,menonton cerita yang tidak berfaedah, game,dan banyak lagi perkara yang melalaikan.Mungkin kebanyakkan mengambil alasan bahawa kita menjalinkan hubungan silaturrahim dengan hanya melalui Chatting.ya benar.tapi hakikatnya tidak sama dan tidak seerat dengan kita bersua muka.
Dulu dalam era 2003 dan sebelumnya sewaktu saya baru tiba.Mugkin boleh dikatakan mereka suka ziarah-menziarahi dan saya rasa gelombang itu sudah semakin pupus hilang.Pada ketika itu mereka akan merasakan betapa pentinya semangat silaturrahim.Dan juga kemungkinan kurangan hiburan dirumah masing.Jadinya sudah pasti mereka akan mengambil langkah untuk kekuliah sewajibnya dan mereka akan ziarah menziarahi kawan-kawan .Malah bagi yang berkaki baku juga turut ke padang.Tidak pandai bersukan bukan menjadi punca pemasalahan untuk tidak ke padang.Bahkan,yang terutamanya adalah kita bersemuka dipandang menjalinkan hubungan ukhuwah.Malah ianya menjadi medan penyampaian maklumat.
Negatifnya lagi"apa yang menyedihkan lagi.ianya boleh menyebabkan kita "Malas".sebagai contohnya ada sesetengahnya tidak mampu meninggalkan PC kesayanganya untuk menghadiri Program kolokium Ilmuan Q,kelas tafakuh,Usrah (MB) dan lain-lain.Saya tidak mengatakan bahawa kesemuanya.Yang tidak kelihatan dimajlis ini saya boleh buat adaian bahawa mereka bersama dengan majlis-majlis ilmu lain atau sibuk dengan urusan yang perlu diutamakan.Jika begitu saya kira alhamdulillah..
Akhirnya..Mudah-mudahan kita dapat menggunakan kelebihan teknologi maklumat yang ada ini sepositif mungkin.Coretan ini adalah untuk nasihatkan diri dan kita semua..Jalinkanlah ukhuwah dengan sebaiknya...insyaAllah.Masa yang disediakan cukup banyak ini jika kita gunakan dengan baik kita akan dapat melakukannya dengan sesempurna mugkin dan merasa puas kehidupan seharian.Ingat "Kewajipan lebih banyak daripada waktu-waktu yang ada".
sekian
Akhi abd kadir
10.34 mlm
mesir
0 comments:
Post a Comment