Monday, March 1, 2010

Kehidupan Baru

1- Ini adalah nukilan pertama dari tempat tinggal kami di Syari' Ahmad maher yang sangat aman damai dan permai. Jika diperkecilkan lorongnya lagi, namanya Syari' Makkah.

2- Buat masa sekarang banyak komitmen lain menyebabkan saya dan juga isteri memang sangat tidak berpeluang untuk bersama-sama berkongsi di ruangan maya ini. Malahan kerja-kerja lain juga yang perlu diselesaikan pun masih berkejar-kejaran. Doakan semoga amanah tersebut dapat diselesaikan...

3- Sememangnya berat untuk dilunaskan tanpa bantuan ramai (berjemaah). Namun, peringatan dan kalam semangat mereka sekeliling dan terutama isteri tercinta menambahkan gas pembakar semangat untuk bangkit menerusi jalanan ini. Apa yang menjadi kata kuncinya, biarlah kita bersibuk-sibuk di dunia..mudah-mudahan di akhirat kelak kita diberi kerehatan.

4- Sesungguhnya mati adalah perkara pasti. Siapa jua akan dijemput untuk bertemu Allah yang maha Esa. Syurga atau nerakakah pengakhiran kita? Kita tidak akan pernah mampu untuk menjangkakannya. Jadi, marilah kita sama-sama sentiasa mengingati mati, berilmu dan beramal serta bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa.

5- Doakan agar kami dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan baik dan sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya. InsyaAllah.. Amiinn..

3 comments:

arekeyz_studio March 1, 2010 at 10:45 PM  

Alhamdulillah.......

Muhamad Amirul bin Hasim March 1, 2010 at 10:56 PM  

semoga Allah permudahkan urusan kalian.

شاح اندرني March 2, 2010 at 5:30 AM  

Salamm. Alhamdulillah.. Ahad minggu depan sebulan di ijabqabulkan..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP