Thursday, December 30, 2010

Hari Jumaat Hari MB


1- Seperti semua Mahasiswa seluruh Mesir memahami bahawa hari jumaat adalah hari keramat yang perlu dikosongkan waktunya bagi memberi peluang kepada Muzakarah Berkelompok atau seertinya denganya. Jika tidak dikosongkan maka pening jadinya. Pening dalam erti kata memang Muzakarah Berkelompok tak berjalan.

2- Tawaquf Muzakarah Berkelompok telah diumumkan sebelum ini. Saya telah maklumkan melalui Fesi masing-masing. Terima kasih atas kerjasama Fesi yang telah menjalankan tugasan seawal sesi permulaan sesi memegang amanah berat selaku fesi bagi sesi ini. Bakinya InsyaAllah akan diteruskan selepas ini.

3- Tawaquf Muzakarah Berkelompok bukan bererti terus terhenti langsung. Bahkan ianya sentiasa berjalan. Sepertimana yang kita sendiri fahami bahawa, berakhirnya Muzakarah Berkelompok (Usrah) maka barulah bermulanya Muzakarah Berkelompok.

4- Saya yakin dan percaya. Mansurah adalah kalangan Mahasiswa yang sangat merindui Muzakarah Berkelompok jika tidak dilaksanakan pada setiap minggu. Mungkin ini berlaku, jika Fesinya tidak menghubungi maka anak buah akan menghubungi Fesi untuk melaksanakan Muzakarah Berkelompok.

5- Terima kasih semua... atas kerjasama terbaik dari kalian. Semoga dengan kesungguhan menghidupkan sunnah rasul ini kita dikurniakan redhoNya. Hidup Usrah mantap persatuan!

Wednesday, December 29, 2010

Pembentukan Fikrah

n

Ayuh Hijrah

Pertama ; bukan mudah untuk membentuk fikrah dan cara berfikir manusia supaya selari dengan kehendak Al Quran & As Sunnah lebih-lebih lagi di zaman ini yang mana manusia kebanyakannya bertuhankan aqal dan bangga dengan pendapat masing-masing. Rasulullah SAW berjuang tanpa jemu dan tanpa mengenal erti penat dan kecewa selama 23 tahun untuk mengubah cara berfikir manusia daripada berfikir dan memahami sesuatu di atas dasar kufur dan syirik kepada pemikiran yang asasnya adalah Islam dan Iman. Meruntuhkan JAHILIYYAH adalah satu pekerjaan yang payah melainkan dengan kemudahan dari Allah SWT. Rasulullah SAW & para da'ie sepanjang zaman bertungkus lumus membina Islam di atas runtuhan Jahiliyyah. Setelah pemikiran Islam terbina,memelihara kerangka pemikiran Islam agar sentiasa suci dan terpelihara dari penyelewengan adalah satu kerja lain yang sama payahnya. Para ulama' berjaga malam dan bersengkang mata menulis serta mengarang kitab hasil penelitian dan kajian mereka terhadap nas-nas syara' demi memelihara kesucian Islam. Kerana jihad merekalah Islam terpelihara sehingga hari ini dengan izin Allah SWT.

AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL

Yang telah Islam dan beriman pun masih terpesona dengan tipu daya kenikmatan dunia apatah lagi yang belum Islam dan tidak beriman. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh kita supaya senantiasa memperbaharui Iman siang dan malam,pagi dan petang bahkan setiap nafas ditarik dan dilepas Rasulullah berpesan jangan sekali lupakan Tuhan yang menciptakan.

Ajaran sekular yang sudah sebati dalam masyarakat telah menambah parah penyakit gila dunia ini. Ubatnya tiada lain ialah mesti mantapkan ilmu dan selalu ingatkan mati serta akhirat. Untuk ingat mati pula perlukan mujahadah yang sungguh-sungguh kerana apa yang ada di sekeliling kita semuanya mengajak kita ingatkan dunia berbanding akhirat.

Perjuangan sekular ialah untk memisahkan agama dari kehidupan dunia. Bila agama dipisahkan dari kehidupan maka bermulalah kehancuran dan kebinasaan. Kemuncaknya, lupa dosa pahala, tak peduli halal dan haram dan akhir sekali lupakan hidup bertuhan.

Mengembalikan manusia kepada kehidupan beragama dan rasa bertuhan adalah jihad besar di zaman ini. Mulakan dengan diri dan keluarga kemudian sebar luas kepada ummah.

Institusi pendidikan adalah medan penting dalam dakwah dan seruan ini. Medan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Sebab itulah para da'ie dan ulama' bersusah payah membuka madrasah. Para Ahlullah membuka suluk. Para Habaaib membuka rubath. Semuanya kerana pentingnya medan tarbiyyah dan pendidikan dalam mengembalikan ummah kepada kebenaran serta kecintaan kepada akhirat.

http://jihadtegakislam.blogspot.com/

Tahniah Harimau Malaya

Malaysia juara piala Suzuki AFF kali pertama

JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.

Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.

Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.

Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.

Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.

Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.

Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Oleh SURYATI MOHD NOR
http://mstar.com.my

Thursday, December 23, 2010

Book Fair 2011

Seperti saban tahunnya Pesta buku (Ma'rod Kutub) akan berlansung pada tahun ini di Kaherah Mesir pada 26 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011. Pelbagai buku menarik dari seluruh negara akan dijual di sana. Pembeli sudah pasti bersedia dengan ribuan pound Mesir untuk membeli segala jenis buku di Book Fair ini.

Saya juga seperti setiap tahun juga telah merancang pada tahun ini untuk ke sana bertujuan membeli buku yang banyaknya tersusun di setiap solah ( Hall) yang pastinya memerlukan kekuatan tenaga untuk memusing dengan bebanan kitab yang berat. Cadang nak beli banyak kitab tahun ni. Doakan murah rezeki.

Macam-macam saranan orang sebelum ini, yang mengatakan buat apa beli apa kitab banyak tapi tidak sempat nak membaca ke semuanya!. Saya kadang-kadang terMOtivasi juga. Tapi apabila difikirkan balik jika tidak dibeli langsung lagi-lagilah memang tidak dibaca. Andai dibelinya terkadang ada juga masanya untuk kita cuba merujuk membelek membaca dan bertalaqqi.

Kesimpulannya kena beli kitab selagi duit masih ada! Jangan rasa rugi beli kitab.

Jom ke Ma'rod!

Saturday, December 18, 2010

Perbahasan Hukum Wanita Keluar Malam


Muqaddimah

Agama Islam menitilkberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.

Perbahasan Isu

Dewasa kini, kita mendengar banyak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kaum wanita seperti rogol, cabul, ragut dan sebagainya. Bukan sahaja berlaku di Malaysia malah ia juga membarah di negara-negara membangun lain. Tambahan pula, keselamatan kaum wanita ini sangat terjejas apabila mereka berada di waktu malam, kawasan merbahaya dan tidak selamat.

Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan mengambil sandaran ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Di dalam keduanya banyak menyebutkan tentang etika dan peraturan khusus yang ditujukan kepada kaum wanita. Perbincangan ini akan membawa perhatian kita kepada dua perkara :

• Hukum wanita keluar daripada rumah
• Perlunya mengikut saranan pemimpin dalam suatu kawasan

Pertama : Hukum Wanita Keluar Daripada Rumah
Firman Allah S.W.T. :



33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T memerintahkan kepada para isteri Rasulullah S.A.W. supaya sentiasa tetap berada di dalam rumah. Arahan yang ditujukan ini merupakan saranan umum yang bersifat wajib ke atas keseluruhan kaum muslimat sehingga hari kiamat seperti yang disebutkan oleh mufassirin seperti Imam Ibnu Kathir, Imam Al-Qurthubi dan lain-lain. Ini jelas kelihatan pada potongan ayat :



Ertinya : dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu..

Imam Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat ini : (Iaitu lazimilah rumah-rumah kamu dan janganlah keluar elainkan kerana adanya hajat. Antara hajat yang dibenarkan di sisi syara' ialah solat di masjid dengan beberapa syarat, seperti sabda Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'i telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian menghalangi kaum wanita itu pergi ke masjid masjid Allah, akan tetapi hendaklah mereka itu pergi tanpa memakai wangi-wangian." (Hadith ke-478 Riwayat Imam Abu Daud)

; dan di dalam riwayat lain dengan tambahan lafaz : وبيوتهن خير لهن )

Jika diperhatikan dalam hadith di atas, antara syarat atau ikatan yang dikenakan kepada kaum wanita yang pergi ke masjid menunaikan solat ialah tidak memakai wangi-wangian, dan dalam sebahagian riwayat pula menyebutkan bahawa solat di rumah mereka adalah lebih baik daripada mengerjakannya di masjid. Sabda Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَاصِمٍ حَدَّثَهُمْ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ibnu Al-Mutsanna bahwasanya Amru bin 'Ashim telah menceritakan kepada mereka, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Muwarriq dari Abu Al-Ahwash dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Shalat seorang wanita di rumahnya lebih utama baginya daripada shalatnya di kamarnya, dan shalat seorang wanita di rumahnya yang kecil lebih utama baginya daripada dirumahnya." (Hadith ke-483 riwayat Imam Abu Daud)

Walaupun perihal hadith menceritakan keadaan wanita yang ingin bersolat di masjid namun bagaimana pula dengan keperluan lain yang mendesak untuk keluar daripada rumah dengan keperluan tersebut rendah keutamaanya berbanding solat. Hal ini kerana keluarnya seorang wanita itu daripada rumahnya merupakan salah satu peluang kepada syaitan untuk menghasut manusia. Sabda nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar, telah menceritakan kepada kami 'Amr bin 'Ashim telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Muwarriq dari Abu Al Ahwash dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata laki-laki." Abu Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan gharib." (Hadith ke-1093 riwayat Imam At-Tirmidzi)

Jika seorang wanita itu memang berhajat untuk keluar kerana suatu keperluan, maka Islam menetapkan syarat supaya tidak memperhiaskan diri mereka dengan perkara yang akan menimbulkan fitnah seperti yang telah dilakukan oleh masyarakat jahiliyah terdahulu. Firman Allah S.W.T. :

Ertinya : janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu…

Maksud perhiasan orang-orang jahiliyah ialah : mendedahkan aurat atau memakai perhiasana yang boleh menarik perhatian lelaki kepadanya walaupun dalam keadaan dia menutup aurat.

Kesimpulan : Berdasarkan kepada nas Al-Quran dan hadith di atas, para wanita muslimah tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah mereka, sehinggakan Islam menetapkan peraturan kepada mereka yang ingin keluar walaupun menunaikan solat di masjid. Suruhan supaya sentiasa berada di rumah ini tidak menetapkan waktu samada siang atau malam, apatah lagi jika berada di tempat yang berbahaya walaupun pada waktu siang. Tetapi mereka dibolehkan untuk keluar daripada rumah dengan suatu keperluan (hajat) seperti ke tempat pengajian, ke masjid dan sebagainya dengan mengikut ketetapan Islam dan peraturan daripada pimpinan suatu tempat. Selain itu, mereka juga digalakkan agar tidak keluar bersendirian demi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kedua : Perlunya Mengikut Saranan Pemimpin Dalam Suatu Kawasan

Firman Allah S.W.T. :


59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisaa' ayat 59).

Sabda Nabi S.A.W. :

و حَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ حُصَيْنٍ عَنْ جَدَّتِهِ أُمِّ الْحُصَيْنِ قَالَ سَمِعْتُهَا تَقُولُ حَجَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَّةَ الْوَدَاعِ قَالَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْلًا كَثِيرًا ثُمَّ سَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ مُجَدَّعٌ حَسِبْتُهَا قَالَتْ أَسْوَدُ يَقُودُكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ فَاسْمَعُوا لَهُ وَأَطِيعُوا

Maksudnya : Dan telah menceritakan kepadakuu Salamah bin Syabib telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin A'yan yta Ma'qil dari Zaid bin Abi Unaisah dari Yahya bin Hushain dari neneknya Ummu Al Hushain dia (Yahya bin Hushain) berkata, "Saya mendengarnya (nenek) berkata, "Saya pernah melaksanakan haji Wada' bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Ummu Hushain berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat dengan wasiat yang banyak sekali, kemudian saya mendengar beliau bersabda: "Seandainya kalian dipimpin oleh seorang hamba (budak) yang pesek -namun saya mengira dia (nenek) berkata; hitam- dengan kitabullah, maka dengarkan dan taatilah dia." (Hadith ke- 3422 riwayat Imam Muslim).

Sejak dahulu lagi, kita melihat bahawa kaum wanita merupakan sasaran kaum lelaki yang merupakan punca kepada berlakunya gejala sosial. Semua ini berlaku kerana mereka tidak mengamalkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T., rasulNya, dan para pemimpin di suatu kawasan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum. Suruhan mentaati pemimpin ini jelas kelihatan pada ayat Al-Quran dan hadith di atas, maka perkara ini akan mejadi wajib kepada orang bawahan pimpinan ini.

Melihat kepada berlakunya situasi berleluasanya kaum wanita keluar daripada rumah kerana ingin menunaikan keperluan masing-masing, Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. Antaranya ialah :

1. Menutup aurat, firman Allah S.W.T. :


59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzaab ayat 59)

2. Tidak berhias-hias kerana ia boleh menarik perhatian dan mengundang dosa, sabda Nabi S.A.W. :


حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَمْ أَرَ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِنْ قَوْلِ أَبِي هُرَيْرَةَ ح حَدَّثَنِي مَحْمُودٌ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma dia berkata; "Saya tidak berpendapat dengan sesuatu yang menyerupai makna lamam (dosa kecil) selain perkataan Abu Hurairah. Dan di riwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepadaku Mahmud telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas dia berkata; "Saya tidak berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al lamam (dosa-dosa kecil) selain dari apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari, maka zinanya mata adalah melihat sedangkan zinanya lisan adalah ucapan, zinanya nafsu keinginan dan berangan-angan, dan kemaluanlah sebagai pembenar semuanya atau tidak." (Hadith ke-5774 riwayat Imam Bukhari).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنِي بُكَيْرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْأَشَجِّ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَتْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلَا تَمَسَّ طِيبًا


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id al-Qaththan dari Muhammad bin 'Ajlan telah menceritakan kepadaku Bukair bin Abdullah bin al-Asyajj dari Busr bin Sa'id dari Zainab, istri Abdullah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada kami, 'Apabila salah seorang dari kalian kaum wanita hendak menghadiri shalat di masjid maka janganlah kalian memakai wangi-wangian'." (Hadith ke-674 riwayat Imam Muslim)

Jika memakai wangian ketika hendak keluar ke masijid pun tidak dibenarkan, apatah lagi keluar kerana keperluan selain solat.

3. Menjaga pandangan, firman Allah S.W.T. :


31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka… (Surah An-Nisaa' ayat 31)

Selain itu, peranan ini juga perlu diletakkan di bawah tanggungjawab pemimpin dalam suatu kawasan. Berdasarkan kepada keaadaan pelajar wanita yang berada di Mesir dan tempat-tempat lain, mereka tidak dibenarkan keluar sesuka hati pada waktu malam kecuali dalam keadaan mendesak seperti sakit, kelas tutorial, kecemasan dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat bahawa kebenaran tersebut adalah mengikut ketetapan pemimpin kawasan berkenaan :

1. Mestilah ditemani oleh musyrif / mahram / suami (orang yang bertanggungjawab menjamin keselamatan mahasiswi pergi dan pulang dari tempat yang dituju) di bawah makluman pemimpin.
2. Musyrif / mahram / suami hendaklah memastikan keselamatan wanita terbabit dalam keadaan terjamin.
3. Memastikan agar tidak timbul fitnah ketika keluar bersama bukan mahramnya.
4. Mengikut ketetapan hisbah dan keselamatan yang telah digariskan pimpinan.

Kesimpulan : Islam menggariskan ketetapan dalam menjaga kehormatan wanita dengan berpandukan Al-Quran, As-Sunnah dan arahan pimpinan yang bukan pada perkara maksiat. Maka, segala peraturan yang telah ditetapkan berdasarkan sumber di atas perlulah diikuti dan diambil perhatian. Hal ini kerana kesemua peraturan dan etika yang telah disusun ini akan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-Kariim.
2. Shahih Al-Bukhari karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Jami' At-Tirmidzi karangan Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmidzi.
5. Sunan Abu Daud karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Tafsir Al-Quran Al-'Adzhim karangan Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir.
7. Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran karangan Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Al-Ansori Al-Qurthubi.


Disediakan oleh,

Wednesday, December 8, 2010

Ziyad Semakin Membesar!


Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa'ku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari qiamat)." (40-41 : Ibrahim)

Ameen Ya Robbal'alamin..

Tersenyum indah si Umie (Ummu Ziyad) melihat anaknya kian membesar. Bebanan sembilan bulan seakan tiada dalam benak fikiranya. Detik cemas dikala bersalin seakan tersimpan untuk kelahiran anak ke dua pula (time habis belajar erk). Begitulah tenangnya sikap seorang wanita.

Tanda kasih dan sayang kepada anak perlulah dididik dengan mengenali Allah agar setiap perkara yang ingin dilakukakan semuanya kerana Allah. Sentiasa takutkan Allah untuk melakukan perkara mungkar. Sentiasa mentaati Allah tatkala senang mahupun sukar.

Syeikh Al- Hafiz Jamaluddin Abi Al Farraj Al-Jauziey mengingatkan kita di dalam kitabnya risalah li waladiy. Perkara pertama adalah didiklah anak dengan ilmu dan beramal denganya. didiklah anak bahawa kunci ilmu adalah taqwa.

"Ya bunayya! ketahuilah kamu sesungguhnya tiadalah perbezaan antara anak adam dengan aqal kecuali bagi mereka yang mengamalkan apa yang telah ditetapkan olehNya."

Ziyad jadilah anak abi yang soleh.

Friday, November 26, 2010

Mengisi Kemenangan


SHAH ALAM, 13 Nov: PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.

Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Umno berundur secara terhormat

Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.

"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".

Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".

Presiden PAS

Saturday, October 30, 2010

Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Kelahiran Mohammad Thoriq Ziyad Bin Abd Kadir pada hari ahad 16 Zulkaedah 1431H bersamaan 24 Oktober 2010

Azan..setelah beberapa minit dilahirkan di Hospital Az-Ziraie Mansurah Mesir...

Mohammad Thoriq Ziyad dikunjungi tetamu..

Hari ke tujuh : Tahnik oleh Syeikh Hafiz Sonie' El-Mansuri

Semoga menjadi anak yang soleh...

Thursday, September 30, 2010

Tuan Guru Pak Teh Kroh Kembali Ke RahmatuLLah


21 Syawal 1431H.

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Sumber : Ulama' Ummah

Friday, September 24, 2010

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan- Nik Abduh


Salam Palestin,

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan program Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS peringkat kebangsaan 2010 bermula 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Program tarbawi perdana yang julung kali diadakan sejak sekian lama ini dijangka akan dapat menghimpunkan ribuan jentera pemuda PAS dan pendukung gerakan Islam dari seluruh negara.

Program ijtima’ perdana ini adalah bermatlamat menggerakkan pemuda untuk memahami tanggung jawab membina kekuatan PAS melalui tarbiyah dan sistemnya yang jitu. Ia juga bersempena dengan pindaan perlembagaan PAS terbaru yang telah memberi ruang dan melibatkan jentera pemuda di peringkat kawasan ke dalam program kemuncak parti iaitu muktamar tahunan. Program ijtima’ akan membantu jentera kawasan di seluruh negara untuk memahami dan menilai peranan dan tanggung jawab masing – masing.

Melalui program 3 hari 2 malam ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan kehadiran sekurang – kurangnya 20 orang jentera pemuda setiap kawasan selain jenteranya di peringkat pusat dan negeri. Jangkaan kehadiran lebih 3000 orang jentera pemuda ini pula akan dihangatkan lagi dengan jemputan umum, terutamanya kepada seluruh pemuda PAS seluruh negara yang berminat untuk menyertainya.

Jemputan khas juga disasarkan kepada seluruh pelajar daripada universiti dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, kehadiran peserta daripada Dewan Muslimat, terutama daripada unit NISA’nya dijangka akan memperkasakan lagi program besar ini.

Justeru adalah dijangkakan, program yang akan melibatkan penyertaan hampir keseluruhan kepimpinan utama PAS ini mampu menghimpunkan lebih 5 ribu orang peserta dari seluruh negara.

Sehingga kini, hampir 20 orang pimpinan PAS telah menyatakan kesanggupan untuk bersama pemuda dalam program ijtima’ tersebut. Di antara kehadiran utama yang akan turun menyampaikan amanat dan wasiat tarbawiyah tersebut adalah al Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib – Naib Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS selain kepimpinan tarbiyah utama PAS seperti al fadhil Dato Dr Haron Din dan al fadhil Ustaz Dato Haji Yahya Othman.

Lebih memeriahkan, ijtima tarbawi ini dijangka menerima kunjungan tetamu daripada gerakan Islam daripada timur tengah.

Di antara agenda menarik yang telah disusun untuk memeriahkan dan mengoptimumkan hasil tarbawi melalui program ijtima’ ini adalah siri kuliah talaqqi kitab Tafsir al Tibyan syarah surah al Hujuraat oleh pengarangnya sendiri iaitu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Kitab tersebut yang kini dalam proses ulang cetak sempena program ijtima tersebut telah diberi kata pengantar oleh al fadhil Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.

Selain itu, program forum, pembentangan, ceramah tarbawi perdana, solat dan bacaan al ma’thurat berjamaah dan lain – lain lagi dijangka akan memeriahkan lagi isi perhimpunan ala mukhayyam perdana tersebut.

Baca Seterusnya..

Wednesday, September 22, 2010

Nabi Rindukan Kita. Kita Bagaimana?

Salah satu rancangan yang sangat baik dan perlu diteruskan di Malaysia.

Rancangan seperti ini salah satu cara membentuk kembali sakit masyarakat Malaysia yang rindukan pendidikan rohani sebegini.

Sebelum ini kebanyakkan rancangan yang dibekalkan di television yang sangat merosakkan hati kecil yang menghitamkan. Hiburan yang berpanjangan.


Hanya Allah yang tahu sekarang ini minda manusia masing-masing inginkan kesedaran Islam yang sangat menenangkan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Besar pahala mereka yang benar ikhlas menyediakan rancangan ini. Bukan saja mengharap habuan dunia. Malah saham akhirat.

Saksikan keratan video di bawah, sungguh menarik.

Terima kasih tv9.

Monday, September 20, 2010

Ayah Us Adham di IJN

Semalam menjengah saja di laman Facebook sahabat saya Adham Bin Hodari yang sekarang sedang bercuti di Malaysia, bertujuan asal adalah memenuhi permintaan ayahnya supaya pulang kerana ayahnya sedang sakit.

Meseg ringkas yang beliau tuliskan facebook, memohon doa dan solat hajat semua. Ayah saya sekarang sedang di IJN mengalami sakit jantung dan hari ini sedang dimasukkan darah kuning dalam badan sebab darah ayahnya terlalu cair. insya Allah hari rabu ni masuk belon jantung dan dijangkakan khamis ini baru pulang rumah. Kemudian emak saya pula terlantar di rumah.

Ya Allah sembuhkanlah ayah dan emak sahabat seperjuanganku ini...

Saturday, September 4, 2010

Mari Sahut Cabaran Kempen Membaca PMRAM


Bulan September permulaan kempen membaca peringkat PMRAM

Alhamdulillah, Segala puji bagi allah s.w.t tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut baginda yang tidak jemu-jemu menyampaikan risalah islam ke seluruh dunia hingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan ramadhan yang merupakan bulan yang paling istimewa di sisi allah s.aw adalah anugerah yang sungguh berharga buat ummat nabi Muhammad s.a.w. Bulan yang terkenal dengan gandaan amalan yang berlipat kali ganda ini menjadi rebutan bagi mereka yang benar-benar mengimpikn syurga Allah s.w.t.

Bulan ini juga dihidangkan oleh allah s.w.t dengan pelbagai peristiwa sejarah ini sudah lebih daripada mencukupi untuk ditimba segala pengajaran dan kepada seluruh manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia. Peristiwa Badar Kubra, Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran antara peristiwa bersejarah yang menghiasi keistimewaan bulan Ramadhan ini.

Tanggal 17 ramadhan umat islam seluruh pelusuk dunia mengenang kembali peristiwa penurunan al-quran yang menjadi perlembagaan utama bagi umat islam. Pelbagai bentuk pengisian diadakan sempena menyambut hari nuzul al-quran tersebut antaranya forum, ceramah, diskusi kitab dan sebagainya.

Semua itu bertujuan untuk mengembalikan semula kefahaman masyarakat terhadap peranan al-Quran itu sendiri dalam mengatur system kehidupan manusia. Peristiwa agung ini yang berlaku ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w ketika mana baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t ternyata menjadi faktor utama kebangkitan umat Islam pada hari ini untuk terus mempertahankan kesucian islam di atas muka bumi ini.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Berdasarkan peristiwa nuzul al-quran itu dapat difahami bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada nabi kita adalah ayat berkenaan kepentingan ilmu itu sendiri yang menjadikan membaca itu sebagai wasilah untuk mencapainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 :

Maksudnya ;

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,.Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Membaca merupakan satu agenda penting yang perlu disemai dan disemarakkan dalam setiap jiwa mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa berstatus agama. Kebanyakkan mahasiswa kita pada hari ini lebih cenderung ke arah pembacaan yang berunsur picisan berbanding bacaan ilmiah. Inilah antara kelemahan yang perlu dikikis dari diri mahasiwa.

Purata pembacaan rakyat Malaysia adalah antara lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu seperti yang diberitahu oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika melancarkan Kempen Mari Membaca 1Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada bulan Mac yang lalu.

Walaupun begitu nisbah pembacaan rakyat Malaysia masih lagi jauh ketnggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Situasi ini juga hampir sama keadaan dengan mahsiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini. Kekurangan tenaga untuk memberi pengisian dalam program-program PMRAM pusat mahupun PMRAM Cawangan BKAN dan DPM semakin sukar untuk diperolehi walaupun bumi Mesir ini penuh dengan pelbagai jenis kitab-kitab, bahan bacaan ilmiah dan sebagainya yang agak sukar untuk ditemui di tempat lain.

Inilah bukti mahasiswa kita pada hari kurang membaca dan lebih suka untuk menerima tanpa ada semangat untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berbentuk pengkajian yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Masalah tersebut pastinya membimbangkan semua pihak lebih-lebih lagi PMRAM yang merupakan persatuan induk yang menaungi hampir keseluruhan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir ini.

Tugas untuk mengembalikan semula keizzahan dan kredibiliti mahasiswa islam dari sudut penguasaan ilmu hari ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan peristiwa nuzul al-quran pada tahun ini PMRAM secara rasminya mengisytiharkan bulan September ini sebagai bulan permulaan kepada kempen membaca PMRAM sesi kepimpinan 2010.

PMRAM Pusat mengharapkan agar seluruh PMRAM Cawangan BKAN dan DPM mengembeleng tenaga untuk memastikan kempen membaca ini dilaksanakan dengan jayanya diseluruh peringkat dan mengisi kempen tersebut dengan program-program yang menjurus ke arah itu.

Mudah-mudahan Nuzul al-Quran itu benar-benar memberi inspirasi buat seluruh umat islam untuk terus bangkit dan memperkuatkan penguasaan ilmu dipelbagai bidang dengan menjadikan membaca itu sebagai satu jalan untuk mencapainya.

“ BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA “

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKSIAH “

ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
PMRAM 2010

Tuesday, August 31, 2010

Pesanan Kepada Lelaki Yang Nak Cari Jodoh

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~

Friday, August 27, 2010

Akhlak Nabi S.A.W.


Penampilan diri dan gaya hidup Nabi S.a.w.

Wajah berseri-seri, gerak langkah berjalan bersungguh-sungguh seakan menuruni tempat tinggi, pandangan lebih banyak menunduk ke bumi daripada meninggi ke langit, lebih suka berjalan di belakang sahabat-sahabatnya mendahului orang lain dalam memberi ucapan salamlebih banyak bersedih dan senyap serta diam, dikurniakan kelebihan percakapan yang sedikit tetapi membawa erti yang pelbagai, menghargai sesuatu nikmat sekalipun sedikit, tidak mudah memarahi sesiapa jua, sentiasa memberi senyuman, dan apabila memberi pilihan antara dua maka akan memilih apa yang lebih mudah daripada kedua-duanya.

Pegangan hidup Nabi S.a.w.

Bersikap merendah diri : sentiasa mendengar pengaduan hamba sehayanya orang yang lemah upaya, janda dan anak yatim. Akan bersalaman dengan sesiapa sahaja yang ditemui dan tidak sesekali melepaskan tangan terlebih dahulu semasa mengakhiri persalaman.

Penyayang : amat menyayangi kanak-kanak, wanita dan orang-orang yang lemah.

Zuhud : menganggap dunia hanyalah seperti tempah persinggahan sementara seorang pengembara bagi melepaskan rehat untuk sebentar cuma.

Adil : tidak membezakan kawan mahupun kaum kerabat dalam mengakkan kebenaran. Semua individu adalah sama dan akan ditanya di hadapan Allah SWT berkenaan amalan masing-masing.

Berani : memimpin bala tentera ketika berperang sehingga kadang-kadang diri menjadi taruhan, tidak pernah kecundang dalam berperangdan pernah tercedera dalam peperangan Uhud.

Pengurusan seharian Nabi S.a.w

Pengurusan peribadi : tidak memberat-beratkan dalam soal berpakaian, tidak memilih dalam urusan makanan, kebiasaaanya hanya tidur di atas tikar, menjaga kebersihan tubuh badan dengan selalu mandi, suka memakai perfume yang wangi hingga dapat dikenal pasti bila melalui sesuatu jalan dan selalu membawa sikat, cermin serta celak di mana sahaja berada.

Pengurusan rumah tangga : biasa bergurau senda bersama isteri, suka minum pada bekas tempat mulut isteri minum, tidak suka menyusahkan isteri dalam perkara yang dapat dilakukan seperti menjahit baju dan selipar, tidak membiasakan keluarga dengan kemewahan yang berlebih-lebihan dan bila tiba waktu solat bersegera menuju masjid.

Pengurusan kemasyarakatan : sentiasa bermesyuarat dalam segenap perkara, tidak menegur secara direct sesiapa yang melakukan kesalahan bahkan menegur secara umum, tidak suka menyusahkan orang lain dalam sesuatu urusan jika mampu melakukanya, dan tidak pernah memarahi pembantu yang berkhidmat.

Aktiviti harian Nabi S.a.w.

Ibadah : selalu bertahajjud hingga seolah-olah kelihatan bengkak pada kaki selalu menitis air mata kerana takutkan Allah S.W.T. hingga kedengaran getaran pada dada sentiasa menyebut nama Allah S.W.T dalam segenap perkara dan hanya bergantung harap pada Allah S.W.T.

Riadah : adakalanya berlumba lari bersama isteri, turut sama menyaksikan permainan Habsyah semasa perayaan mereka dan pernah juga berlawan sendiri bersama seorang jaguh iaitu Rukanah serta memenangi perlawanan tersebut.

Gurau senda : tidak bergurau melainkan apa yang diguraukan adalah perkara yang benar berlaku, pernah menunggangkan Saidina Hassan dan Husin ketika mereka kecil di atas belakang, dan biasa ketawa bilamana melihat ragam seorang sahabat yang lucu iaitu Naa'imah.

Sumbangan amal : banyak membelanjakan harta kepada sesiapa yang memerlukan, memberi apa sahaja seolah-olah tidak risau kepada kefakiran dan tiada apa yang tinggal di sisi sama ada satu dirham mahupun dinar ketika menjelang wafat.

Daripada : Bia'ah solehah PMRAM 2008
Rujukan : " Uzhoomauna fi tarikh- Syeikh Mustafa As-siba'ie
Nurul Yakin "Fi siratil mursalin- Syeikh Muhammad Al-Khadri
Rahiqul Makhtum : " Syeikh Sofiurrahman Al- Mubarakfuri

Thursday, August 26, 2010

Miqdad & Uwais Cookies ! Tolong Promosi

Saya dapat iklan ini melalui faceebook. Saya juga tertarik dengan promosi yang telah di buat di serata Mansurah bagi memudahkan khususnya warga Mansurah untuk membuat tempahan kuih raya secara mudah.

Tadi sambil berbuka puasa bersembang dengan Abu Miqdad, dia cakap : " Promosi skeeet, post lah kat blog kau tuhh..copy ja dari blog aku..". Jadi ana pun save iklan dari facebook dan dapatkan maklumat dari blog Abu miqdad untuk dipromosikan. Segala maklumat tempahan secara lanjut bolehlah add ym dan tempah terus. Us Yasir Mohd Razi cita2_08@yahoo.com " @ Tuan Azman islamic_iman85@yahoo.com

Saya mencadangkan kepada semua kawan-kawan agar menempah lebih awal.

Miqdad dan Uwais promos Kuih raya....! Terima kasih buat ammu dan acik-acik sekalian!!

Tuesday, August 3, 2010

Susah Senang Kami Cuba Beri Komitmen

Indahnya sebuah ukhuwah yang dijalinkan kerana Allah. Bersama-sama dikala senang mahupun susah penentu keikhlasan sebuah ukhuwah tercipta kerana Allah. Dalam kita menerusi sisa kehidupan yang berbaki entah esok atau lusa pasti kita sering mengharap redho daripadaNya. Kita juga sering melakukan kesilapan tatkala mengharap teguran dari sahabat yang boleh mengingatkan kita untuk menerusi jalan yang lurus.

Ibnu Ato'illah Assakandari juga mengingatkan kita agar memilih sahabat yang boleh memandu kita beriman dan beraqwa kepada Allah.

Iltizam kita dengan pimpinan. Iltizam kita dengan Gerakan Islam. Iltizam kita dengan pejuang-pejuang Islam. InsyaAllah pastinya tanpa putus kita sentiasa dipandu dengan sebuah kehidupan yang tidak melalaikan. Tidak melalaikan tatkala diberi kesenangan. Tidak berputus asa tatkala diberi ujian.

Hidup kita sementara. Akhirat sana kekal selamanya.


Friday, July 30, 2010

Masa Untuk Membantu


Perumpamaan bagi orang yang menginfakan hartanya dijalan allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai ,pada setiap tangkai ada seratus biji allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dia kehendaki,dan allah maha luas lagi maha mengetahui”( surah al baqarah 261)

Assalamualaikum… saudara saudari ...yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan walau tidak cukup bulan itu (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator. Pada jam 8.00malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan Kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh Doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:-

1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum.
2. Tidak ada Saluran najis

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas kehospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.

Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan Doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami bersependapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit. Dengan bantuan Dr. Syafiq pelajar perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon Doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, dengan berkat nya, setelah berbincang dengan Doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesai nya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu. Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.

Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.
Pada hari kedua; iaitu pada 17 julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu mamisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil. Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.

Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.
Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, ingin menghulurkan tangan kepada semua memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi. Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun tersebut
Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)
No Akaun : 062025879025
Bank : HSBC
No Tel : +20142252484
emel : maza_blada@yahoo.com.my

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.
Bapa bayi ini Mohd Faizol Bin Endut berasal dari Kuala Terengganu pelajar kuliah usuluddin julusan tafsir tahun empat university Al Azhar cawangan Tanta mesir nombor talifon +20116534573 emel :abangpa_kusza@yahoo.com, dan nama ibu kepada bayi ini Siti Anisah Binti Haji Ahmad pelajar kuliah Bahasa Arab tahun 3 Universiti Al Azhar Cawangan Mansurah Mesir sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau unit kebajikan dan kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.

Ya Allah selamatkanlah anak kecil ini...

Sumber : Face Book Amin Tanta

Wednesday, July 28, 2010

Kurniaan Berharga

Firman Allah : Ya Tuhan ku, jadikanlah anakku dan cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu-bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari qiamat)." (Ibrahim : 40-41)

Menziariahi Sofiyyah anakUs Fadzil yang selamat dilahirkan hari rabu 21 Julai baru-baru ini. Kami baru diberi kesempatan untuk menziarahi walaupun agak keterlewatan. Masih belum berkesempatan menziarahi anak Us Akhi Kamil dan Us Saiful. InsyaAllah berkesempatan kami sampai.

Apa-apa pun ucapan tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pasangan yang dikurniakan cahaya mata yang merupakan amanah yang sangat besar.

Di dalam kutaib ( kitab kecil) Risalatun Li Waladie karangan Al-Hafiz Jamaluddin Al Farj Ibnu Al- Jauzi menyebut saranan yang sangat penting kepada ayah dan ibu adalah mendidik anak-anak dengan ilmu dan amal. Antara lain adalah mendidik anak-anak bertaqwa kepada Allah merupakan pembuka pintu ilmu. Mengenali tentang ilmu agar mereka kenal apa itu Islam dan sentiasa bersedia menyumbang tenaga (amal) untuk Islam.

Sirul ala barokatillah...mabruk! Doakan kami jua yang sedang menanti saat debaran ini.

Friday, July 16, 2010

Esok, PMRAM Sambut Isra' Mi'raj Bersama Tokoh Al Azhar


KAHERAH, 14 Julai - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Muhadharah Ilmiah sempena Isra’ Mi’raj 1431 H bersama Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Majlis tersebut akan berlangsung di Dataran Haiyu ‘Asyir dimulakan dengan solat maghrib dan hajat berjemaah seawal jam 8.00 malam.

Program tersebut adalah berkonsepkan taakhi BKAN Zon A iaitu Terengganu, Perak, dan Perlis yang akan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Usaha ini diharap mampu mengukuhkan lagi kesatuan ahli PMRAM di bumi Mesir ini.

“Saya berharap agar konsep sebegini (taakhi) akan menjadi batu loncatan kepada program-program lain samada ia anjuran PMRAM atau kerjasama antara taakhi masing-masing dalam bidang thaqafah, tarbiah, dan sebagainya”, ujar Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan, Saudara Muhammad Yusuf A Kadir ketika ditemui semalam.

Beliau juga berharap agar majlis ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh mahasiswa/wi di Mesir ke arah memperingati sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tetamu jemputan yang berasal dari Arab Saudi ini pernah memperolehi M.A. dan PhD dalam Jurusan Pengajian Islam di Universiti Karachi, Pakistan selain PhD dalam Jurusan Syariah dan Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar.

*Maklumat lanjut tentang Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil di www.okamel.com

Friday, July 9, 2010

Satu Matlamat Mencari Redho Allah



Hadiah Buat Isteri Di Pagi Jumaat





Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Wednesday, July 7, 2010

Tips Keluarga Bahagia

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K

* Ketaqwaan
* Kasih sayang
* Kesetiaan
* Komunikasi dialogis
* Keterbukaan
* Kejujuran
* Kesabaran

Sumber link

Kenyataan Datuk Syafie Apdal Paling Bengong Abad Ini

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.
"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama. "Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. "Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. "Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. "Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya. Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

Komen Saya : Dulu Umno boleh la dok menipu pak cik makcik kampung. Sekarang zaman rakyat Malaysia masing-masing dah berpelajaran dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan baik. Masing-masing dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Umno sebenarnya yang membawa ajaran sekularisma yang tersangat sesat lagi menyesatkan.

Monday, July 5, 2010

Kahwin! Tahniah Buat Daud dan Fidaus

Perkahwinan adalah salah sunnah Nabi S.A.W yang tersangat mulia. Ianya banyak kelebihan jika niat kita betul. Saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada dua mempelai dari bumi Mansurah Mesir selamat diijab qobulkan kemarin (Us Mohd Daud & Zainab, Firdaus & Fathi Nur) . Semoga menjadi contoh kepada teman-teman lain untuk mengikuti jejak ini. Bagus dan tersangat bagus. Kerana syaitan amat kecewa dengan ikatan yang di bina halal sebegini.

Mereka telah menjaga hubungan, tiada cople ke sana ke mari. Pemulanya baik pengakhiranya pun InsyaAllah terbaik di syurga nanti. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Begitulah peringatan yang sangat jelas untuk kita menjadi seorang yang soleh untuk memiliki isteri soleh sebagai pendamping kita untuk membina taqwa begitu juga perempuan. Pun begitu, para Nabi juga ada diuji dengan isteri yang fahish iaitu jahat. Tidak lain adalah untuk mempertingkatkan keimananya kepada Allah Ta'ala. Insan seperti kita na'uzubillah.

Setelah di bina baitul muslim dengan ikatan yang sah. Maka tanggugjawab pasti bertimbun. Perkahwinan bukanlah melemahkan kita, bahkan menguatkan kita. Isteri dengan tanggungjawabnya dan suami dengan tanggugjawabnya. Bagi suami mestilah bersikap lemah lembut, dan tiadalah sikap lemah lembut pada diri seseorang kecuali akan menambah kemuliaan, dan tidaklah ada sikap lembah-lembut yang hilang dari seseorang kecuali akan menambahkan kehinaan. Gaulilah dengan cara yang terbaik. Tegas dalam perkara yang perlu tegas. Saling melengakapi antara satu sama lain.

Sesungguhnya seorang suami yang berjaya adalah suami yang dapat memiliki hati isterinya pada hari-hari pertama penikahan, dan seorang isteri yang berjaya adalah isteri yang dapat menjadikan suaminya kagum kepadanya dan memperoleh ketulusan cintanya pada hari-hari pertama tersebut. Kemudian dilalui hari-hari seterusnya dengan mawaddah warohmah. Bina rumah tangga yang bahagia dengan mengikuti contoh yang terbaik RasuliLLah s.a.w...Subhanalah...selamat.

Apa pun sekadar ingatan ringkas buat diri dan teman2. InsyaAllah selepas ini kita menanti pula siapa yang akan menyusul...

BarokaLLah...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP