Tuesday, August 3, 2010

Susah Senang Kami Cuba Beri Komitmen

Indahnya sebuah ukhuwah yang dijalinkan kerana Allah. Bersama-sama dikala senang mahupun susah penentu keikhlasan sebuah ukhuwah tercipta kerana Allah. Dalam kita menerusi sisa kehidupan yang berbaki entah esok atau lusa pasti kita sering mengharap redho daripadaNya. Kita juga sering melakukan kesilapan tatkala mengharap teguran dari sahabat yang boleh mengingatkan kita untuk menerusi jalan yang lurus.

Ibnu Ato'illah Assakandari juga mengingatkan kita agar memilih sahabat yang boleh memandu kita beriman dan beraqwa kepada Allah.

Iltizam kita dengan pimpinan. Iltizam kita dengan Gerakan Islam. Iltizam kita dengan pejuang-pejuang Islam. InsyaAllah pastinya tanpa putus kita sentiasa dipandu dengan sebuah kehidupan yang tidak melalaikan. Tidak melalaikan tatkala diberi kesenangan. Tidak berputus asa tatkala diberi ujian.

Hidup kita sementara. Akhirat sana kekal selamanya.


1 comments:

محمد حذوان بن حميدان August 21, 2010 at 12:09 AM  

aiwah..sahabat yg baik akn mmandu kita kpd jln kbnaran juga sebaliknya..kpntngan mmilih shbt yg baik amt2 dituntut dan ditekankan dlm AQ dan sunnah.. (^_^)

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP