"Firman Allah SWT : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)
Tuesday, June 23, 2009
Thursday, June 18, 2009
Selamat Bercuti
Siiru ala barokatillah...
Akhi Abd kadir
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 8:38 PM 0 comments
Sunday, June 14, 2009
Pergi Meninggalkan kita...Al-Fatihah..
Ini menunjukkan bahawa petanda akhir zaman yang semakin hampir.Ilmu agama semakin hilang atas muka bumi ini.Hilangnya ilmu agama bukannya hilang dengan cara hilang sepeti hilangnya maklumat ilmuan dan sebagainya.Tetapi dengan cara Allah s.w.t mematikan para ulama'.
Seperti disebut dalam hadis.Daripada Abdullah bin umar bin 'ash r.a.berkata :Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda ; " Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan cara sekaligus dari dada manusia.Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan cara mematikan alim ulama'.Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama',orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan,mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadis Riwayat Muslim )
Ustaz Dr fathi yakan yang banyak mengorbakan masanya untuk menyampaikan risalah Islam,mentarbiyah dan sebagainya.Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna ala toriqi Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan banyak lagi.
Kitab-kitabnya banyak memberi roh semangat kepada para pejuang agama Allah.Kitab yang banyak memberi penghayatan kepada pejuang secara amali bukan secara teori semata.memberi ingatan pada kita agar tidak leka dengan kesenangan dunia.Membangkitkan kefuturan para da'i.Menyedarkan ulama' agar sentiasa beramal dengan ilmunya.
Sememangnya... kehilangan seorang mujahid ini amat dirasai semua.Semoga hayat pentarbiyahannya sentiasa beterusan dan ilmunya sentiasa dimanfaatkan oleh kita semua hingga akhir hayat.
sekian al faqir :
Akhi Abd Kadir
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 9:20 PM 1 comments
Thursday, June 11, 2009
Al-Fatihah...
Kiriman dari emak kepada saudara Ammar untuk renungan kita bersama :-
Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik..
Ketika saya mendapat khabaran yang mengejutkan ini,saya dan ahli bait baru saja pulang dari menziarahi ayah kepada sahabat saya akhi Yasir yang baru tiba dari Malaysia ke bumi Mesir ni.Dalam percaya dan tidak maklumat yang saya dapat melalui talian yahoo mesengger,sudah pasti memerlukan kepada penilaian.
Akhirnya,Azizan jiran serumah kami dapat mengesan kepulangan kami,lantas dengan pantasnya beliau turun kebawah untuk menceritakan hal tersebut.Walaupun keesokan hari beliau akan menduduki imtihan.Kemudian beliau menceritakan dengan nada yang sedih.Allahuakbar... hanya Allah yang tahu ...rupanya sahabat kenalan rapatnya yang meninggal tersebut.
diungkapkan".Di tambah lagi bila mendengar berita bahawa,mereka dalam pejalanan melaksankan kerja-kerja Islam.MasyaAllah....Alhamdulillah beliau tidak sempat pulang bantu di Malaysia,tapi di sini beliau telah laksanakannya....
Firman Allah swt :
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat melewatkanya dan sesaatpun tidak dicepatkanya". (Al-A'arof 34).
Mudah-mudahan kita yang masih diberi ruangan oleh Allah swt...hendaklah sentiasa bersegera dalam melaksanakan amal soleh.......
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 6:05 AM 0 comments
Monday, June 8, 2009
Idea Kerajaan Perpaduan (Unity goverment)
membentuk kerajaan Perpaduan.
PAS adalah sebuah parti yang sekarang sudah pun menjangkau
usia yang benar matang dan banyak pengalaman jatuh bangun.Jadi kita selaku anggota yang menggerakkan juga perlu berfikiran matang dalam apa jua tindakan kita.Dan perlu memahami "Faham" adab kita selaku anggota dan pimpinan (Boleh baca kitab UsulDakwah) karangan Dr Abdul Karim Zaidan.
Hari ini rata-rata sudah pun banyak mempunyai ruangan untuk menyatakan pandangan
masing-masing berkaitan apa-apa isu.Tidak perlu berpenat lelah untuk menghadiri mana-mana
sesi perbincangan atau mesyuarat cukup dengan hanya memasukkan tulisan masing-masing dalam blog peribadi.
Tetapi adakah cukup memadai sekadar itu?Kita selaku orang yang mengaku sayang
kepada perjuangan yang suci ini.Benar adakala kita marah dan kurang setuju dengan beberapa
pandangan yang dikeluarkan dari pimpinan yang kita sayangi.
Namun,kita perlu fahami bahawa hakikat itu adalah lontaran pandangan oleh Tuan Presiden
yang baru sahaja dilantik selaku Presiden bagi sesi baru.Adapun bagi sesi lepas sudahpun disebut oleh Tuan guru berkaitan dengan perkara ini.kemudian
ditarik semula.
Walaubagaimanapun,Ianya sudah pasti akan dibincangkan secara lumat idea ini.Idea ini
saya kira satu sebutan baru bagi sesi yang baru.kini ianya menjadi cadangan yang baru.
Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan oleh tuan guru presiden bukanlah Pas masuk UMNO.ianya adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk untuk kepentingan ummah secagat.Dan pas akan memegang jawatan yang penting.dan juga bukan hanya mengikut telunjuk UMNO.Dalam masa yang sama PAS tetap dengan Dasar Parti.
Jadi kita tidak perlu mengelabah kerana ditambah lagi dengan kenyataan yang disebut
oleh Tuan Guru Presiden ini.katanya, “Gagasan ini perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat”.
Ditambah lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Us Nasaruddin "Isu berkenaan sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit" "Ia umum sahaja dan ia mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat,"katanya.
Ok..Soal kenapa tuan Guru menyebutnya diperingkat umum tanpa perbincangan?bagi pandangan saya ianya adalah satu pandangan dari pimpinan kita! kita perlu menghormatinya dan tidak perlu pandai-pandai membuat kenyataan mencerca tidak tentu hala.
Pertama perlu meletakkan thiqoh kepada kepimpinan kerana ianya dipilih atas dasar
Islam.Kedua ianya akan melalui proses perbincangan (Mesyuarat) dan menyuarat juga
dipelihara oleh Allah swt selagi tidak melanggari syariat.ketiga Tuan Guru presiden adalah
ulama' dan sangat memahami selok belok syariat.keempat ketua atau presiden boleh membuat
keputusan (Ijitihad),namun lebih terbaik melalui keputusan mesyuarat.Kelima Tuan Guru sudah pasti mengamati dan mendalami benar samada difikirkan secara lumat dan juga beristiharah.
jadi,sama2lah kita membuat perbincangan idea ini dengan baik dan sentiasa beristiharah bagi meleraikan kebuntuan ini...
sekian akhi Abd Kadir..
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 2:59 AM 0 comments
Thursday, June 4, 2009
Kesedaran jiwa
Muktamar PAS yang sedang berlangsung di tanah air Malaysia banyak memberi pendidikan (tarbiah) kepada jiwa kita seluruh rakyat Malaysia.Tidak seperti muktamar UMNO yang banyak membelenggu keserabutan jiwa.
PAS yang bukan hanya sekadar parti politik,bahkan sebuah gerakan dakwah yang terus konsisten dalam merealisasikan perjuangan yang suci murni ini.Lihat saja kepada seluruh perwakilan yang hadir dengan kesungguhan ingin melihat Islam dapat ditegakkan dalam diri dan seteruskan negara tercinta.
Suka saya mendengar para perwakilan sering menyedarkan kerisauan dan peringatan saat ketika PAS diberi banyak kemenangan kini.Bukannya keseronokkan hingga melupakan perjuangan sebenar.Ini menunjukkan perkara yang sangat ditekankan ialah "Tarbiah".Bukan semangat yang tidak berpunca.
Apabila jiwa pendokong itu telah bersinar dengan kekuatan rohani,berhubung dengan Allah dan berdetik dengan perasaan taqwa,pengertian-pengertian dan rahsia-rahsia yang tidak dirasai kecuali oleh golongan yang bertaqwa akan terbuka dan terdedah padanya.
Allahu rabbi.....
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 11:31 PM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
Tuan Guru Haji Hadi Menjelaskan Masalah Pemikiran Salafi Wahabi
Siri-2
Selamat mendengar dan mengambil penghayatan dari banyak lagi siri pengkuliahanya dan kupasan ilmu yg sangat meluas..
sekian dimaklumkan..wssalm...
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 3:04 PM 0 comments
About Me
- Akhi Abdul Kadir.
- Pelajar Fakulti Bahasa Arab Syu'bah Ammah Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,Mesir.Berasal dari Baling,Kedah DA.Telah berkahwin dengan seorang permaisuri Solehah, Syaidatul Syakila Bt Aini,Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mesir. Telah dikurniakan seorang cahayamata yang comel dan soleh, Muhammad Thoriq Ziyad Bin Abd. Kadir.
My Blog List
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...2 months ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...10 years ago
-
Salam Imtihan Dari Barisan Kepimpinan DPM Mansurah - SALAM IMTIHANDewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah sesi 2013/2014 mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 kepada seluruh ahli DPMM yang akan bermula pa...10 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis - Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap lepas ni sa...12 years ago
-
PERKAHWINANKU - Syukur *Alhamdulillah* dengan limpah kurnianya, saya dapat beristerikan Sakinah binti Suhaimi pada 18 September 2011. *Ya Allah*, campakkan kebahagian pad...13 years ago
-
-
Qobiltu Nikahaha
Jiwang
Kita PMRAM
Save palestin
Kalendar
My Blog List
Ukhuwah Fillah
Facebook Badge
Laman Ulama'
Link Pilihan
Pesatuan Mahasiswa
Universiti
Link Sahabat Mesir
- Mujahid Fadzil
- Faizudin
- Hanif Jamaluddin
- Abdul Hadi
- Mohd Yasir Razi
- Farhan Azhar
- Mohd Fairus Soied At-Tantawi
- Ikram
- Aizat Sofian
- Nuzul Hakimi Ibrahim
- Hanafi Zulkapli
- Norlatifah Othman
- Fadhilah Esa
- Mohd Adlan Mokhtarudin
- Syakilah
- Ainu Mardhiah
- Zaim
- Rasul Amat
- Fadzli UPP
- Alifuddin
- Izzat Kamal
- Najhie Syubra
- Abu Bakar Razak
- Syafiq Zulakiflie
- Farizul Apandi
- Saiful Bahri
- Muhammad Khairil
- Asri Zulkafli
- Azizan
- Farid Mohd Arbi
- Wan Mohd Talha
- Rashidi Abd Wahab
- Zulkiflie Muhammad
- Suhaimi Ardzi
- Saiful Islam
- Norhafizah Ghazali
- Zulkarami
- Alif Junaidi
- Ihsan Al-Jauhari
- Zuhdi Yahya
- Amirul Hasim
- Athirah Ajos
- Lailati Mahat
- Mohd Noor Fathi
- Al-Amin Daud
- Fahmi Yusuf
- Hakimi Mutalib
- Tuan Azman
- Labib Abd Jalil
- Adham Hadori
- Amin Taufiq
Ex Mesir
Archives
-
►
2008
(48)
- February (2)
- March (1)
- April (3)
- May (6)
- June (3)
- July (7)
- August (8)
- September (5)
- October (7)
- November (3)
- December (3)
-
▼
2009
(80)
- January (4)
- February (6)
- March (6)
- April (9)
- May (4)
- June (7)
- July (3)
- August (4)
- September (9)
- October (7)
- November (16)
- December (5)
-
►
2010
(54)
- January (5)
- February (5)
- March (6)
- April (4)
- May (6)
- June (3)
- July (8)
- August (4)
- September (5)
- October (1)
- November (1)
- December (6)