Idea Kerajaan Perpaduan (Unity goverment)
Kita selaku ahli PAS dan pendokong sebuah gerakan Islam tidak perlu melatah dan terus mengambil tindakan kelam-kabut diatas beberapa isu yang semakin panas sesudah senyap.Antaranya isu berkaitan dengan cadangan Tuan Guru Presiden untuk
membentuk kerajaan Perpaduan.
PAS adalah sebuah parti yang sekarang sudah pun menjangkau
usia yang benar matang dan banyak pengalaman jatuh bangun.Jadi kita selaku anggota yang menggerakkan juga perlu berfikiran matang dalam apa jua tindakan kita.Dan perlu memahami "Faham" adab kita selaku anggota dan pimpinan (Boleh baca kitab UsulDakwah) karangan Dr Abdul Karim Zaidan.
Hari ini rata-rata sudah pun banyak mempunyai ruangan untuk menyatakan pandangan
masing-masing berkaitan apa-apa isu.Tidak perlu berpenat lelah untuk menghadiri mana-mana
sesi perbincangan atau mesyuarat cukup dengan hanya memasukkan tulisan masing-masing dalam blog peribadi.
Tetapi adakah cukup memadai sekadar itu?Kita selaku orang yang mengaku sayang
kepada perjuangan yang suci ini.Benar adakala kita marah dan kurang setuju dengan beberapa
pandangan yang dikeluarkan dari pimpinan yang kita sayangi.
Namun,kita perlu fahami bahawa hakikat itu adalah lontaran pandangan oleh Tuan Presiden
yang baru sahaja dilantik selaku Presiden bagi sesi baru.Adapun bagi sesi lepas sudahpun disebut oleh Tuan guru berkaitan dengan perkara ini.kemudian
ditarik semula.
Walaubagaimanapun,Ianya sudah pasti akan dibincangkan secara lumat idea ini.Idea ini
saya kira satu sebutan baru bagi sesi yang baru.kini ianya menjadi cadangan yang baru.
Idea ini adalah satu lontaran yang sangat tepat.Dan Ianya perlu difahami oleh semua rakyat.membentuk kerajaan Perpaduan.

Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan oleh tuan guru presiden bukanlah Pas masuk UMNO.ianya adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk untuk kepentingan ummah secagat.Dan pas akan memegang jawatan yang penting.dan juga bukan hanya mengikut telunjuk UMNO.Dalam masa yang sama PAS tetap dengan Dasar Parti.
Jadi kita tidak perlu mengelabah kerana ditambah lagi dengan kenyataan yang disebut
oleh Tuan Guru Presiden ini.katanya, “Gagasan ini perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat”.
Ditambah lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Us Nasaruddin "Isu berkenaan sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit" "Ia umum sahaja dan ia mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat,"katanya.
Ok..Soal kenapa tuan Guru menyebutnya diperingkat umum tanpa perbincangan?bagi pandangan saya ianya adalah satu pandangan dari pimpinan kita! kita perlu menghormatinya dan tidak perlu pandai-pandai membuat kenyataan mencerca tidak tentu hala.
Pertama perlu meletakkan thiqoh kepada kepimpinan kerana ianya dipilih atas dasar
Islam.Kedua ianya akan melalui proses perbincangan (Mesyuarat) dan menyuarat juga
dipelihara oleh Allah swt selagi tidak melanggari syariat.ketiga Tuan Guru presiden adalah
ulama' dan sangat memahami selok belok syariat.keempat ketua atau presiden boleh membuat
keputusan (Ijitihad),namun lebih terbaik melalui keputusan mesyuarat.Kelima Tuan Guru sudah pasti mengamati dan mendalami benar samada difikirkan secara lumat dan juga beristiharah.
jadi,sama2lah kita membuat perbincangan idea ini dengan baik dan sentiasa beristiharah bagi meleraikan kebuntuan ini...
sekian akhi Abd Kadir..
0 comments:
Post a Comment