Sunday, June 14, 2009

Pergi Meninggalkan kita...Al-Fatihah..

Mujahid Agung Ustaz Dr Fathi Yakan kini secara tepatnya telah kembali ke rahmatullah.Hari demi hari seorang demi seorang para pejuang agama Allah Pergi meninggalkan kita semua.

Ini menunjukkan bahawa petanda akhir zaman yang semakin hampir.Ilmu agama semakin hilang atas muka bumi ini.Hilangnya ilmu agama bukannya hilang dengan cara hilang sepeti hilangnya maklumat ilmuan dan sebagainya.Tetapi dengan cara Allah s.w.t mematikan para ulama'.

Seperti disebut dalam hadis.Daripada Abdullah bin umar bin 'ash r.a.berkata :Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda ; " Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan cara sekaligus dari dada manusia.Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan cara mematikan alim ulama'.Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama',orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan,mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadis Riwayat Muslim )

Ustaz Dr fathi yakan yang banyak mengorbakan masanya untuk menyampaikan risalah Islam,mentarbiyah dan sebagainya.Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna ala toriqi Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan banyak lagi.

Kitab-kitabnya banyak memberi roh semangat kepada para pejuang agama Allah.Kitab yang banyak memberi penghayatan kepada pejuang secara amali bukan secara teori semata.memberi ingatan pada kita agar tidak leka dengan kesenangan dunia.Membangkitkan kefuturan para da'i.Menyedarkan ulama' agar sentiasa beramal dengan ilmunya.

Sememangnya... kehilangan seorang mujahid ini amat dirasai semua.Semoga hayat pentarbiyahannya sentiasa beterusan dan ilmunya sentiasa dimanfaatkan oleh kita semua hingga akhir hayat.

sekian al faqir :
Akhi Abd Kadir

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP