Doa Anak Soleh
Memperkatakan soal doa mungkin suatu perkara yang mudah diperkatakan.Namun,hakikatnya memang susah untuk dilaksanakan jika kita tidak di didik dengan kesedaran tarbiah yang sebenarnya.
Kita selaku hamba Allah swt sudah pasti dan sepastinya akan menemui ajal "Mati" pada bila-bila masa mengikut ketetapan Ilahi.Dan sudah pasti harapan kita kehidupan di akhirat kelak adalah yang terbaik.Walaupun hakikatnya amalan kita tidak sebaik apa yang kita impikan.Tidak cukup dengan itu amalan kejahatan juga sentiasa diteruskan dalam kehidupan.
Sabda Nabi saw : Semua anak adam dilahirkan dalam keadaan fitrah (Bersedia dari semulajadinya untuk menerima kebenaran (Islam)."
Firman Allah swt : " Katakanlah (wahai muhammad) : " Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi orang-orang yang bertaqwa (kerana lebih mewah dan kekal selama-lamanya." (An-Nisa' :77)
Ayat di atas sudah cukup untuk kita sama-sama menyedari bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara.dan perlu bagi kita membuat suatu perubahan dalam diri kita selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini.
Sabda Nabi Saw : Apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara ,iaitu sedakah jariah, ilmu yang dimaanfatkan,doa anak yang soleh...
0 comments:
Post a Comment