Friday, May 28, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat . Ini kerana masyarakat terdiri dari unit-unit keluarga .Keluarga laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluaga baik nescaya masyarakat akan menjadi baik dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak .

Fungsi utama institusi kekeluargaan dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa ,diri, dan peribadi ahli keluarga .melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Generasi muda juga dapat dibentuk untuk mendukung aspirasi-aspirasi yang diredhai dan dikehendaki oleh Islam .

Firman Allah Taala :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ” .
( Surah Ar-Rum : 21 )

Muhammad Rashid Redha dalam menafsirkan ayat di atas berkata ada tiga unsur yang harus dicapai oleh rumahtangga muslim :

1. Lahir ketenteraman jiwa suami isteri .
2. Lahir perasaan cinta melalui pergaulan dan tolong menolong .
3. Lahir naluri keibuan dan kebapaan yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak

Rumahtangga muslim perlulah dihiasi dengan ciri-ciri berikut :

1. Hukum-hukum Allah terlaksana di dalamnya .
2. Sentiasa terbuka untuk memberikan tarbiyah bagi semua bentuk amal soleh .
3. Melaksanakan kewajipan berdakwah dalam dirinya atau orang lain disekitarnya melalui lisan, tulisan, penghalangan kefasadan, kesyirikan dan kemaksiatan .
4. Tidak menyimpan patung-patung untuk menjauhi syirik khafi .
5. Mendirikan solat di dalamnya .
6. Memelihara kesucian dan pandangan.
7. Menjahui perkara syubhat dan haram.
8. Menjaga keselesaan dan kebersihan rumahtangga .
9. Menghidupkan suasana riang .

Sumber : Akhi Mohd Yasir

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP