Monday, May 31, 2010

Bantah Israel !!


Konvoi Gaza hantar memo esok, demo Jumaat.

Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.

Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.

Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.

Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.

“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.

Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelawan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.

Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.

Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.

"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelawan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.

Friday, May 28, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat . Ini kerana masyarakat terdiri dari unit-unit keluarga .Keluarga laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluaga baik nescaya masyarakat akan menjadi baik dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak .

Fungsi utama institusi kekeluargaan dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa ,diri, dan peribadi ahli keluarga .melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Generasi muda juga dapat dibentuk untuk mendukung aspirasi-aspirasi yang diredhai dan dikehendaki oleh Islam .

Firman Allah Taala :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ” .
( Surah Ar-Rum : 21 )

Muhammad Rashid Redha dalam menafsirkan ayat di atas berkata ada tiga unsur yang harus dicapai oleh rumahtangga muslim :

1. Lahir ketenteraman jiwa suami isteri .
2. Lahir perasaan cinta melalui pergaulan dan tolong menolong .
3. Lahir naluri keibuan dan kebapaan yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak

Rumahtangga muslim perlulah dihiasi dengan ciri-ciri berikut :

1. Hukum-hukum Allah terlaksana di dalamnya .
2. Sentiasa terbuka untuk memberikan tarbiyah bagi semua bentuk amal soleh .
3. Melaksanakan kewajipan berdakwah dalam dirinya atau orang lain disekitarnya melalui lisan, tulisan, penghalangan kefasadan, kesyirikan dan kemaksiatan .
4. Tidak menyimpan patung-patung untuk menjauhi syirik khafi .
5. Mendirikan solat di dalamnya .
6. Memelihara kesucian dan pandangan.
7. Menjahui perkara syubhat dan haram.
8. Menjaga keselesaan dan kebersihan rumahtangga .
9. Menghidupkan suasana riang .

Sumber : Akhi Mohd Yasir

Thursday, May 27, 2010

Jatuh Khilafah, Pemimpin sekular

Firman Allah S.W.T : "Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut ( ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya". (Surah As-Sof : 8)

1- Setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 yang berakhir di Turki. Maka segala strategi musuh untuk menjayakan visi dan misi mereka seakan semakin berjaya. Antaranya memecah-belahkan umat Islam supaya menjadi puak-puak yang kecil. Tidak lagi bersatu atas nama Islam. Bahkan, hanya bersatu kerana sesebuah negara ataupun pertubuhan-pertuhan kecil yang tidak bersifat universal.

2- Mereka juga berjaya mendidik pemimpin-pemimpin yang menganut Islam untuk berfikir sepertimana mereka berfikir. Iaitu menerapkan fahaman sakularisma dan 'ma'.. 'ma'.. yang lain. Antaranya Mohd Ali Basyar dan Mustafa Kamal Attartuk.

3- Setelah itu, dengan mengkambing-hitamkan pemimpin-pemimpin ini. Maka mereka berjaya untuk menerapkan cara berpakaian, cara belajar, cara berorganisasi, dan lain-lain bukan mengikut cara Islam. Setidakpun ambil separuh tinggal separuh.

4- Hingga sekarang fahaman ini masih berlarutan sehinggalah di Tanah air Malaysia sendiri terpengaruh dengan pembawakan ini yang dipimpin oleh UMNO. Mereka tidak lagi meyakini cara Islam akan berjaya untuk memimpin negara. Hanya dengan cara baratlah akan membawa kejayaan. Mereka telah membawa faham jumud sebagai cara pentadbiran Malaysia.

5- Jika kalian menonton video di atas, hingga sekarang pihak penjajah tidak pernah jemu berusaha untuk menguasai seluruh dunia. Melalui pelbagai cara. Samada cara lembut, mahupun dengan cara kezaliman!.

6- Jadi, kita selaku ummat Islam mestilah bersatu, merancang demi melihat Islam kembali bersinar menakluki Dunia. Bukanlah dengan semangat membabi-buta. Bahkan mestilah dengan cara yang terbaik mengikut landasan ilmu dan perancangan terbaik.

Saturday, May 15, 2010

Video : Kesan Kejatuhan Khilafah Uthmaniah

Photobucket

Part- 1


Part - 2


Part - 3


Part -4



Semalam saya, Nabil, Zaim dan Izzat Kamal telah menonton video ini di teratak Nabil...dengan semangatnya!

Selamat menonton...

Sunday, May 2, 2010

Catatan Terlewat : Suara Wafidin!

Isu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabitah Alamiah berkait dengan Mahasiswa Wafidin akan dipindahkan dan dipusatkan di Kaherah adalah suatu isu yang sangat besar. Isu ini menyebabkan seluruh Mahasiswa memikirkan pelbagai cara untuk menanganinya.

Antara yang terutamanya telahpun dilaksanakan oleh kepimpinan DPMM kita yang tersangat perihatin dalam menangani isu ini. Sepakat bersama bantuan seluruh ahli. Bersungguh-sungguh berusaha melalui perbincangan, baik sesama wafidin seluruh negara dan mahupun bersama pihak Universiti Al-Azhar. Sepakat semuanya membantah dan memohon agar tidak dipindahkan!. Semoga keikhlasan mereka dalam membantu InsyaAllah akan menatijah suatu yang terbaik buat kita semua.

Walapun saya tidak bersempatan menulis apa-apa berkaitan isu ini sebelum ini. Namun, hanya sempat saya membaca puluhan blogger yang telah menyatakan pandangan masing-masing agar pihak terbabit mengetahui permasalahan yang sebenar sekiranya berlakunya perpindahan seluruh Mahasiswa dari Cawangan ke Kaherah. Masing-masing tercari-cari, siapakah mereka yang terbabit dalam isu perpindahan ini? Kehairanan semuanya. Pelik bin ajaib.

Disusuli pula dengan isu kelewatan pengurusan kemasukan Mahasiswa dan Mahasiswi tahun 1 Pengajian Islam takhasus Qiraat hampir saban tahun dan tahun ini adalah tahun yang terlambat! menyebabkan para pelajar tidak dapat memasuki Dewan peperiksaan. Kasihan sungguh! Entah apa perasaan mereka. Entah apa yang difikirkan ayah dan ibu di kampung.

Sehingga sekarang segala saranan tekanan diberi kepada pihak berwajib maka baharulah ianya melaksanakanya. Itupun sudah kelambatan.

Walaubagaimanapun, kita selaku Mahasiswa usah merasa lemah dan putus asa dalam kita menerusi permusafiran menuntut ilmu yang dipenuhi dengan liku-liku ujian ini. Usaha, solat hajat serta doa sentiasa perlu diteruskan agar mematahkan segala rancangan busuk mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyusahkan Mahasiswa dalam menuntut ilmu di pelembahan Nil ini.

Saturday, May 1, 2010

Niat Bodoh Pemuda UMNO

Tersangat samsengnya seorang Pemuda UMNO yang telah menyatakan hasratnya Ingin Membunuh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sehinggakan sanggup dihukum gantung. Seolah-olah tidak kena pada tempatnya untuk dia bertentang.

Saya yakin dan percaya ugutan sebegini tidaklah mengugatkan keyakinan seorang Ulama' dan juga pemimpin ummah seperti Tok Guru Nik Aziz untuk berjuang dan menegakkan kalimatuLLah. Bah bertambah-tambah keberanian kerana syahid adalah cita-cita pasti yang diidam-idamkan.

Saya menganggap juga sikap yang dilakukan oleh Mohd Safuan Hilmi ini telah menonjolkan sikap penakutnya kerana hanya menyuarakan melalui ruangan Facebook sahaja. Namun setelah diberi tekanan ramai terhadapnya lalu dengan rasa takut beliau telah menghentikan Facebooknya. Ini sikap Umno semenjak dulu hingga sekarang di mana-mana sahaja. "Baling batu sorok tangan. Boleh juga dianggap seperti pokok kayu yang buruk kering kontang. Nampak kuat tetapi apabila diketuknya reput.

Sepertimana disebut di dalam Firman Allah Swt :

" Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh mereka mengagumkanmu. Dan jika mereka berkata, engkau mendengarkan tuturkatanya. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira setiap teriakan ditujukan kepada mereka. Mereka itulah (musuh yang sebenar), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimana mereka dapat dipalingkan dari kebenaran?. ( Surah Al Munafiqun : 4)

Saya yakin dan percaya juga, tindakan mepersendakan dengan ugutan sedemikian beliau Mohd Safuan Hilmi sedang dalam keadaan ketakutan akibat kemarahan seluruh rakyat Malaysia terhadap perbuatan kejinya. Jiwanya sangat kosong. Hatinya sentiasa bersangatan sakit.

Marilah kita sama-sama mendoakan supaya Allah menyedarkan dia dan kembali ke pangkal jalan yang sebenar. Selain itu tindakan yang setimpal dikenakan terhadap beliau terhadap perbuatnya yang boleh mengancam tersebut. Sepertimana yang dilakukan oleh DPPP dengan membuat laporan pihak polis.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP