Saturday, April 17, 2010

Hentikan Kontrak APCO


Wednesday, April 14, 2010

Kempen Selamatkan Mansurah : Taati Kepimpinan

Assalamualaikum.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM yang baru saja memegang tapuk kepimpinan bagi sesi 201o. Mereka yang terpilih menjadi kepimpinan pada tahun ini adalah melalui proses pilihanraya secara pengundian. Bukan seperti tahun kebiasaan, menang tanpa bertanding.

Keduanya, tahniah juga diucapkan kepada barisan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2009 kerana dapat melunaskan tanggunjawab dengan sebaiknya. Semoga segala amalan ibadah mulia ini dikurniakan redho dan rahmat dariNya.

Selaku ahli kita juga tidak terlepas dari tanggungjawab bagi memperkuat dan memperkukuhkan kesatuan PMRAM. Tugasan yang perlu kita laksanakan terlalu banyak dan memerlukan kesepaduan kerjasama. Jadi, marilah sama-sama kita berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar. Seterusnya sentiasa taati kepimpinan di dalam setiap agenda yang dirancang.

Sabda Nabi S.A.W : "Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan yang Allah akan menyiksa mereka semua".

Terakhirnya, kita ketahui bahawa melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar juga adalah amalan soleh. Ianya memperlihatkan ditahap manakah iman kita. Jadi, demi untuk mempertingkatkan keimanan dan dikurniakan mati dalam keadaan husnul khatimah maka bersegeralah kita laksanakan. Tidak lagi bertangguh-tangguh kerana antara ciri-ciri untuk mati dalam keadaan husnul khatimah adalah tidaklah menangguh-nangguh untuk melakukan amalan soleh.

Ayuh!

Monday, April 12, 2010

Selamat Bersidang PMRAM 2009

Selamat maju jaya! Takbir!!

Kempen Selamatkan Mansurah : Barisan Neraka

Assalamualaikum wbth

Mari kita merafa'kan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih lagi memberi peluang untuk kita membuat persediaan sebelum kembali ke alam akhirat.

Di bawah ini saya ada mengopy satu artikel dari blog Us YUSSAINE YAHYA untuk santapan diri saya dan seluruh pengunjung blog ini. Semoga dengan pembacaan ini memberi kesan kepada hati kita dan bertambah-tambah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah swt. Baca san hayatilah..

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

sumber : Santapan Minda Pejuang

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP