Tahniah dan Sedikit Peringatan
Tahniah Us Tuan Azman & Isteri
Ambil berkat sket...
Setelah beberapa hari bercadang untuk posting ucapan tahniah buat akhi Tuan Azman atas kelahiran cahaya mata pertama beliau Tuan Mohammad Uwais Al-Qonain (sedap nama ni). Akhirnya terucap juga. Apapun Cahaya mata yang bakal mengisi Dewan Ulama' PAS di masa mendatang ini sentiasa soleh InsyaAllah.
Anak merupakan amanah Allah buat si ibu dan ayah. Ayah dan ibulah yang akan mendidik anak-anak samada yahudi, nasrani, ataupun majusi. Mudahan Islam terpahat dihati si anak dengan iman dan taqwa.
Tazkirah ( Gejala Sosial berleluasa)
Saya berkesempatan sedikit masa untuk membaca ruangan akhbar dan berita-berita yang memaparkan pelbagai kes masa kini yang amat membimbangkan. Juga tidak kurang blog-blog dakwah yang bertanggunjawab menyampaikan risalah dakwah turut memberi pandangan. Antaranya kes anak muda yang sentiasa bergelumang dengan perkara maksiat.
Sebenarnya mereka cuba mencari jalan untuk merosakkan diri mereka sendiri. Keseronokkan yang seketika. Namun merananya buat selamanya. Gunalah akal yang dikurnia Allah untuk berfikir lebih jauh.
Ingatlah. Allah sentiasa maha melihat setiap apa yang dilakukan hambaNya. Samada tersembunyi mahupun dikhalayak. Tidakkah kita bimbang bala Allah akan turun bila-bila masa? Lupakah kita Sonami yang telah melanda dengan dahsyatnya di beberapa negara termasuk Malaysia?
Berjaga!. Mansurah Mesir juga perlu antara yang perlu diambil perhatian dengan penyakit maksiat yang menyakitkan mata ini. Walaupun kita telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan misi dakwah melalui medium HISBAH DPMM, JAKSI PCM, turut serta HISBAH DUMYAT dengan mengedarkan risalah dan teguran di setiap pelusuk Mansurah yang disyaki lokasi utama pengumpulan pemaksiat. Namun cukupkah itu yang akan kita jawab dihadapan Allah?
Apapun nafas lega tetap dirasai apabila melihat rata-ratanya menunjukkan kekuatan dan semangat bersama-sama dalam menangani permasalah ini. Namun pendekatan lain juga perlu diteruskan dengan kebersamaan untuk terus memahami secara lebih dekat. sebagai contoh boleh juga dibuat kempen "Orang muda geng kita"( Pengarah HISBAH cadang) . Sepertimana terlaksananya di Malaysia.
Segala apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama. Memperbaiki diri dan memperbaiki teman yang lain. Membuktikan tanda rasa kasih dan sayang kita sesama muslim. Seterusnya memurnikan keadaan dengan lebih harmoni. Perlu diingatkan! Bala Allah bukan turun kepada mereka yang melakukan maksiat sahaja. Bahkan turut terkena bersama penduduk sekelilingnya. Jadi..Beringatlah!!

Kes-kes anak muda yang melakukan perkara-perkara cintan-cintun yang tak kemana. Couple seakan tidak takut api neraka. Merempit merempat dan segalanya . Pembunuhan di merata tempat. Kecurian habis-habisan. Serta banyak lagi tidak kira dari rakyat jelata sehinggalah pemimpin negara. Mengejutkan.
Sebenarnya mereka cuba mencari jalan untuk merosakkan diri mereka sendiri. Keseronokkan yang seketika. Namun merananya buat selamanya. Gunalah akal yang dikurnia Allah untuk berfikir lebih jauh.
Ingatlah. Allah sentiasa maha melihat setiap apa yang dilakukan hambaNya. Samada tersembunyi mahupun dikhalayak. Tidakkah kita bimbang bala Allah akan turun bila-bila masa? Lupakah kita Sonami yang telah melanda dengan dahsyatnya di beberapa negara termasuk Malaysia?
Berjaga!. Mansurah Mesir juga perlu antara yang perlu diambil perhatian dengan penyakit maksiat yang menyakitkan mata ini. Walaupun kita telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan misi dakwah melalui medium HISBAH DPMM, JAKSI PCM, turut serta HISBAH DUMYAT dengan mengedarkan risalah dan teguran di setiap pelusuk Mansurah yang disyaki lokasi utama pengumpulan pemaksiat. Namun cukupkah itu yang akan kita jawab dihadapan Allah?
Apapun nafas lega tetap dirasai apabila melihat rata-ratanya menunjukkan kekuatan dan semangat bersama-sama dalam menangani permasalah ini. Namun pendekatan lain juga perlu diteruskan dengan kebersamaan untuk terus memahami secara lebih dekat. sebagai contoh boleh juga dibuat kempen "Orang muda geng kita"( Pengarah HISBAH cadang) . Sepertimana terlaksananya di Malaysia.
Segala apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama. Memperbaiki diri dan memperbaiki teman yang lain. Membuktikan tanda rasa kasih dan sayang kita sesama muslim. Seterusnya memurnikan keadaan dengan lebih harmoni. Perlu diingatkan! Bala Allah bukan turun kepada mereka yang melakukan maksiat sahaja. Bahkan turut terkena bersama penduduk sekelilingnya. Jadi..Beringatlah!!
5 comments:
salam, terima kasih byk kepada shbt2 dirasat kerana turun padang bagi memastikan tugas khalifah terlaksana di mansurah.jzzk..
gmbr ustaz bertiga dah ,ustaz adham bile lagi??
hehe ustaz terima kasih atas segalanya...
Muhammad Hanif Mahmud :wslm. sama2..InsyaAllah kita berganding bahu. ramai2 akan bertambah semangat kerjasama...
Us Adham suh enta carikan...huhuhhu
Post a Comment