Thursday, February 4, 2010

Terima kasih dan Terima kasih

1- Syukur tidak terhingga buat Rabbul Jalil Tuhan semesta Alam senantiasa memberi nikmat kekuatan kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Serta selawat dan salam buat junjungan besat Nabi Muhammad.

2- Saya sedang bersibuk dengan pengurusan walimah yang bakal menjelang. Tinggal hanya dua hari lagi untuk saya bertukar satatus. Status yang menenangkan dan dipenuhi tanggungjawab.

3- Namun, Saya ingin ambil sedikit masa untuk ucapkan terima kasih buat semua yang sangat banyak membantu. Telah membantu, sedang dan akan membantu. Terima kasih yang tersangat.

4- Sedikit makluman, semalam sewaktu bahagian pengedaran kad Walimah diedarkan mungkin ramai yang tertanya berkaitan dengan alamat DARUL RAHMAH. Darul Rahman mungkin masih belum dikenali namanya. Walaupun rasanya antum dan antunna sentiasa ke kelas pengajian di Darul Rahmah yang sebelumnya diberi nama sebagai BUJANG SENANG. Maknaya tempat yang sama.

5- Jika diperlukan saya akan masukkan peta untuk ke sana.

5- Sekadar itu saja. Mohon didoakan majlis yang bakal berlangsung ini berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keberkataNya. Serta kami abadi hingga ke syurga

Allahumma Ameen...

1 comments:

Aizat Sofian February 4, 2010 at 11:05 PM  

selamat2 ust kadir]

semoga sihat selalu

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP