Thursday, January 28, 2010

Menghitung Hari Dan Masa

Assalamualaikum wbth


Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita menerusi kehidupan sebagai hamba PadaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Para Tabi' Tabi'in, Alim Ulama', Mujahid perjuang agama Allah, serta seluruh ummat Islam.

Sekali lagi, sudah lama saya tidak meletakkan apa-apa posting buat sementara waktu. Masa yang sangat menghambat keperluan lain terpaksa saya abaikan ini untuk seketika. Tanpa sedar banyak masa sebenarnya yang perlu kita berekejaran untuk mendapat sebuat kenikmatan utama yang lebih terutama. Nikmat menyempurnakan separuh lagi iman.

Apa yang pasti masa itu perlu berkat. Doakan semoga saya dapat menggunakan masa yang tersangat berharga ini dan di masa mendatang dengan perkara-perkara yang sangat bermanfaat moga dikurniakan berkatNya.

Allahumma Ameen..!

Wednesday, January 20, 2010

Mari Bermunajat

Himpunan munajat se- Mansurah perlu diadakan? Pertanda amaran untuk mendekatiNya. Setelah meneliti kepada permasalahan berlaku kebelakangan ini yang menimpa warga Mahasiswa yang bermukim di bumi banyak sejarah ini. Mengikut catatan sejarah Islam seketika dahulu betapa kuatnya kubu pertahanan yang diperjuangkan oleh tentera Solahuddin Al- Ayyubi yang mana tentera Israel tidak dapat memasuki bumi El- Mansoura ketika peperangan solbiah.

Maka hingga sekarang, dinamakanya bumi Mansurah asal dari kalimah nasoro. Namanya yang sangat indah. Tidak perlu kita mencemari nama seindah bumi para anbiya' ini. Ingatilah bahawa kita berada di akhir zaman yang bakal bertemu hari Qiamah pada bila-bila masa saja.

Maka, tidak kiralah siapa kita. Segala tanggungjawab terpundak atas kepala kita sendiri. Kita tidak mengetahui siapakah yang terbaik yang akan mendapat Redho dan Rahmat dariNya di akhirat kelak. Baiknya mereka tidak semestinya terus baik dan yang jahatnya mereka tidak semestinya terus dalam kejahatan.

Kunjungan bala tidak memilih sesiapa. Samada yang sedang bersitirehat di bilik tanpa mahu menggauli masyarakat disebabkan keserabukan. Mereka yang berilmu yang tidak mengamalinya. Mereka yang mementingkan dirinya sendiri. Mereka yang sangat soleh tanpa mahu berdakwah mereka yang masih belum soleh. Sesungguhnya bala itu tidak memilih sesiapa.

Tidak termampu dengan usaha daya kita semata-mata menangani segala permasalah. Tanpa kita mengadu dan bermunjat padaNya. Jadi, marilah kita sama-sama bermunajat.

Suara munajat perlu bergema di MANSURAH!!

Friday, January 15, 2010

Sayyidul Ayyam

Sobahal Khair!


Hari ini adalah hari jumaat yang sangat mulia. Hari yang menuntut kita agar menambahkan amal ibadat. Melaksanakan perkara kebaikan meninggalkan perkara keburukan. Penghulu segala hari. Ditambah pula semenjak semalam hingga pagi tadi makluman yang disampaikan oleh imam masjid Syari' Munawarah sesudah sahaja solat subuh.

"Dijemput kepada semua untuk sama-sama kita menunaikan solat kusuf tepat jam 7.00 pagi". Dengan nada yang agak sedih."Gernaha juga diantara tanda-tanda (Alaamat) Qiamah. Sambil kalam tambahan sebagai mengingatkan kepada ahli jemaah." kita akan solat kusuf bersempena dengan gerhana matahari. Sepertimana yang dilakukan oleh baginda Nabi S.A.W. Tazkirah tersebut dikuatkan dengan beberapa hadis.

Imam Muslim : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada
tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Jadi, bila dah dijemput saya pun segeralah pergi untuk sama-sama menunaikannya bersama jemaah yang lain. Namun, apa yang peliknya. Apakah penelitian yang dilakukan oleh Syeikh imam tersebut? Tidak kelihatan pula gerhana yang berlaku. Erm, bertambah menyakinkan aku lagi. Ramai juga jemaah yang hadir. Dan ditambah pula beberapa masjid lain juga turut menunaikanya.

Hairan tidak hairan. Sudah tertunai solatnya 2 rakaat serta 4 kali rukuk. Dengan dibacakan surah Al-Qiamah. Menangis-nangis jemaah dibuatnya. Suaranya pula ala-ala syeikh jibrail.

Tetap tertanya dibenak fikiran. Apa syaratnya arab ni tahu ketetapan solat kusuf ni? Aku pun tanya la pada sorang Ustaz ni. Beliau menjawab."Segala maklumat melalui media Mesir tiada dikhabarkan pun". Cuba juga membelek-belek sohih bukhari. Ternyata dinyatakan perlu berlaku gerhana matahari.

Adakah imam tu ijtihad sendiri?

Erm...tinggalkan persoalan tersebut. Lusanya aku akan menduduk imtihan madah Tarikh Al-Adab Al-Abbasi.

Doakan....

Tuesday, January 12, 2010

Hayatilah



Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

Saturday, January 2, 2010

Selamat Hari Lahir

Semalam tersambut hari kelahiran seorang Ulama' Kabir di Mansurah Al Fadil Us Salman Maskuri yang banyak menyumbangkan tenaga menyampaikan ilmu bermanfaat buat warga Malaysia di Mansurah khususnya dan umumnya di Mesir ini.

Peningkatan umurnya ke angka 29 yang sentiasa diisi dengan majlis-majlis ilmu semoga dihisab Allah dengan keredhaan dan rahmatNya.

Sebagai ukhuwah seaqidah dan juga merupakan jiran rumah yang sentiasa berinteraksi mungkin di sana ada salah dan silap kami pohon jutaan kemaafan. Kira kosong-kosong hehe :-).

Akhirnya, harapan semoga dipanjangkan umur dengan berkatnya, dimurahkan rezeki, ditambah ilmu dan amal, dan juga semoga dikurniakan Zaujah yang solehah. Ameen!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP