Thursday, December 31, 2009

Nasihat Dan Ucapan Tertangguh

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ( Al-Anfaal : 2)

Lama benar rasanya tidak mengupdate blog yang serba banyak kekurangan ini. Rasa juga kadang-kadang ingin berkongsi. Tidak sikit banyak, tidak banyaknya maka sikit-sikit lah. Namun, terkongsi juga. Mengajak diri agar sentiasa menggeruni apabila disebut nama Allah, dan sentiasa bertambah-tambah iman apabila dibacakan ayatNya. Hayatilah segala isi kandungannya.

Sabda Nabi S.a.w : " Agama adalah nasihat. Mereka bertanya: " Bagi siapa wahai RasuluLLah? " Baginda menjawab : " Bagi Allah, RasulNya, Para Imam Muslimin dan rakyat umumnya".

Sekadar menasihati diri dan semua teman semuslim agar sentiasa kita tidak lari dari apa yang kita laksanakan sehari-hari " Kulluha liLLah". Segala penggerakkan anggota kurniaan Allah S.w.t yang kita laksanakan dengan penat lelah itu, tidak lain hanyalah menuntut ketaqwaan kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa.

Ucapan (Mesir)

Hari ini jika para teman termasuk saya di perantauan Mesir ini, boleh dikatakan kesemuanya harianya telah dan sedang menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi perperiksaan semester pertama "Faslul Awwal". Selamat menempuh imtihan. doakan agar kita diberi kejayaan serta berkat segala ilmu yang dituntut.

Ucapan (Malaysia)

Di Malaysia, khusus dari keluargaku sendiri. Seperti mereka atau adik-adik mereka yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR) Dan beberapa peperiksaan di peringkat Universiti di Tanah Air. Kesemuanya menerima keputusan masing-masing. Ala kullihal ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kali ini anugerah kejayaan adik perempuanku, AlhamduliLLah telah mendapat 7A 2B. Dan seorang lagi adik lelaki yang sedang menyambung pengajian di Universiti Insaniah (KUIN) Pun dianugerahkan kejayaan dengan mendapat A lavel pointer. AlhamduliLLah Mabruk abang ucapkan.

Namun kejayaan tersebut tidak perlulah nak dibanggakan. Barangkali menuntut agar kita lebih mendekatkan kepada Allah s.w.t, dibimbangi ianya adalah istidraj dari Allah s.w.t ingin melihat tahap keimanan. Maka dianugerahkan ujian kejayaan yang mengalpakan.Ingat tu.

Akhirnya,

Buat diri dan teman-teman sekalian. Bulan Muharam 1431H sedang kita duduki. Bulan pertama di bulan Islam. Kita kan lalui bulan seterusnya sehinggalah ke tahun lain. Jadi, tanyalah pada diri! Apa yang kita akan isikan sepanjang setahun ini?

Saya tinggal soalan ini. Tepuk dada tanya iman. Sekian wassalam.

Thursday, December 17, 2009

Akhir Zulhijjah, Awal Muharram

Seluruh dunia akan sama-sama membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Berdoa munajat agar Allah mengampunkan dosa sepanjang perjalan setahun berlalu.

Bermula tahun baru juga didoakan agar sentiasa terpelihara perjalanan mendatang.

Azam baru pasti tersemat rapi di jiwa masing-masing. Merenung kesilapan lalu, sebagai muhasabah buat diri. Tajdid azam ke arah lebih baik agar terus selamat melangkah menuju redho dan rahmatNya.

Masa berlalu tidak akan kembali selamanya. Pahit manis, salah silap telah kita lakukakan, terutama insan kerdil ini. Termampu hanya taubat mengadu kepadaNya agar diampunkan.

Tahun baru yang akan kita lalui samada pahit, manisnya belum kita ketahui. Entah ada atau tidak kita belum pasti. PAStinya kita punyai azam dan cita-cita. Tanyalah pada diri "Apa erti aku menganut Islam? lantaran langkahlah agar semuanya menjadi ibadah buat diri, sebelum bertemu akhirat.

Kullu sanah wa antum toyyibun!

Monday, December 7, 2009

Usrah Syeikh Abdul Halim Mahmud

Berkat diberi nama usrah kumpulan Syeikh Abdul Halim Mahmud RahimahulLahu Ta'ala yang di dalamnya mempunya 10 anak usrah termasuk ketua, akan terus cuba bergerak demi memastikan kalimah Allah, dan peringatan antara satu sama lain sentiasa tersemat di dalam hati setiap invidu muslim.

Inilah ahli usrah kami :-

(Ketua : Abdul Kadir Umar)
1) Muhammad Naim Md Salleh
2) Khairul Asraf Hamzah
3) Ahmad Nuhairi Abdullah
4)Mohammad Izharuddin Abdul Halim
5) Ahmad Zulkarami Mohammad Mokhtar
6) Mohd Al-Hafiz Ismail
7) Muhamad Nazir Wahid
8) Mohd Shahriman Ibrahim
9) Mohd Najib Mat Idris

Saya cukup bersemangat melihat anak-anak usrah yang berseri-seri sangat bersungguhan untuk menghayati dan mentadabbur ayat suci Al Quran karim, Hadis Nabi S.a.w, serta sirah melalui medium usrah. Ditambah lagi kecintaan untuk merapatkan hubungan silaturrahim amat mendalam sentiasa mengenal berkasih sayang kerana Allah.

Mudahan kami terus istiqomah dalam menerusi perjalanan usrah yang telah dibahagikan. Harap juga kesemuanya mengambil ihtimam (penting) dalam memastikan keberjayaan usrah atau lebih dikenali sebagai (Muzakarah Berkelompok ) di DPMM ini setelah kita berpekik di dalam mesyuarat agung menyatakan kepetingan usrah dan tanggungajwab menjayakanya, walaupun beberapa cadangan yang dilontarkan tidak dipersetujui hanya usul sahaja yang diterima pakai.

Usul yang disebut-sebut bunyinya begini :-

Memegakan Muzakarah Berkelompok diseluruh peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak.

Nota : Cadangan perlaksanaanya dinyatakan. Namun, boleh dikatakan semua ahli mesyuarat MAT 17 tidak bertuju dan mencadangkan agar dibincangkan semula mengikut kesusaian. hanya usul sahaja dipersetujui.

Namun ianya tidak akan dapat dijayakan sekiranya kesungguhan setiap ahli di dalam mewajibkan kehadiranya pada setiap minggu (Jumaat) usrah yang ditetapkan, termasuk komitmen Naqib dalam melaksanakanya hambar. Muhasabah buat kita semua.

Kembali semula kepada cerita hal usrah kumpulan saya. Suka saya nyatakan, kumpulan ini mungkin tidak sehebat kumpulan lain, cuma harapan agar terus istiqomah dalam melaksanakanya baik liqo' secara ilmi mahunpun amali.

Ceria-ceriakan usrah dengan menjamu selera..huhu..

Saturday, December 5, 2009

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah

Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.


Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.

Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.


Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.

Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:" Jangan kam mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.

Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain.

"Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.

"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula."

"Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:"Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.

Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.

Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.

Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.

Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.

Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.

Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.

Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.

Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud :"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah ayat 195)

Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.

-----------

Dipetik daripada buku "Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah", halaman 173-178, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999.

Copy dari : http://presiden.pas.org.my

Wednesday, December 2, 2009

Anak-anak kecil Mansurah

Muka kanak-kanak ceria ini bertambah menyerikan persekitaran Mansurah iaitu sebuah cawangan yang boleh dikatakan kedua terbanyak mutazawwijin selepas Iskandariah.

Gambar di sebelah kiri ini (depan) adalah Rafiq Fitri, dan belakanya adalah Ahmad Miqdad. Lagak gayanya seperti mahu memandu pergi berjuang. Kelakar tul.

Mereka si bayi kecil ini bersih dari dosa dan noda. Wajah mereka berseri tersenyum indah menyedarkan kita bahawa, kita terlalu banyak melakukan dosa.

Tentu sekali Ayah dan Ibu mereka mengimpikan anak-anak mereka menjadi seorang yang berilmu, beramal soleh dan bertaqwa. Semenjak lahir hingga kini mereka dalam keadaan fitrah. Mereka sudah pasti telah terdidik oleh ayah dan ibu mereka semenjak sebelum mereka lahir lagi. Sepertimana terdidiknya Imam Syafie.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP