Sunday, September 6, 2009

Sudah 16 ramadan..

Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah ;

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Sedar ataupun tidak kita sudahpun berada di pertengahan bulan ramadan yang di dalamnya penuh barakah . Ruang keampunan dan segala peluang disediakan Allah buat kita yang dipenuhi dosa dan noda untuk terus bertaubat dan mengadu padanya. Namun, ruang disedia ini tidak akan berpanjangan dan tidak menunggu kita, ianya akan pergi dan akan meninggalkan kita berapa hari lagi.

Kita sedia faham bahawa bulan ramadan adalah bulan madrasah iaitu latihan dan akan kita teruskan dibulan-bulan yang lain. Nikmat ini Allah telah anugerahkan buat kita untuk menggapai keredaannya. Itu pun jika kita sentiasa bersedia untuk menuju kearah itu. Jika kita hanya lalai dan leka dan mengambil sikap menggunakan ruang ramadan hanya seperti bulan biasa. Maka ini muhasabah buat kita. renungilah kembali. Apakah ruang rahmah diawal ramadan hanya berlalu begitu sahaja?

Tentu ada yang merasai nikmat ramhat Allah ini dengan beberapa perubahan dalam diri yang telah nekad sejak rejab dan sya'ban dan seawal mula ramadan. jika tidak!

Tepuk dada tanya iman.

Muhasabah ini buat diri dan pembaca.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP