Wednesday, August 5, 2009

Ucapan takziah kepada yang terpilih menjadi kepimpinan

Firman Allah S.w.t :

"Kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu." (Muhammaad :7)

Perit, pedih, penat, sakit kepala kepimpinan sesi 08/09 menerima pelbagai dugaan demi meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya dan tidak selayaknya diperguna-gunakan atau dipergula-gulakan pihak lain.

Amanah kepimpinan tersangatlah berat, tidak dapat nak dibayangkan jika kita bercakap dengan mereka yang masih belum pernah memegang amanah seumpama ini. Apa yang penting mereka meletak pergantungan dengan Allah swt dengan beriman dan bertaqwa.

Barangkali mereka yang masih belum pernah memikul amanah ini agak ketagih ingin memiliki tahta ini. Tapi tidak...Allahuakbar...hanya Allah yang tahu bukan mudah. Tidak seperti apa yang kita mampu ungkapkan dibibir lantas dapat laksanakanya.

Walaupun sehebat mana sekalipun, jangan sekali-kali bercita-cita hubbu ria'asah ingin menjadi ketua atau kepimpinan. Barangakali jika kita diminta dan kita sangat diperlukan. Maka, perlulah kita bersedia menerima dan cuba laksanakanya.

Mereka yang telah dipilih perlu meletakkan bahawa pilihan itu adalah percaturan dari Allah swt dengan penuh beriman atas ketetapan qodo' dan qodar dan mereka yang kalah hendaklah merasa gembira kerana Allah swt masih memberi ruangan untuk tidak dibebankan dengan amanah yang maha berat ini. Mungkin dimasa mendatang giliran mereka menanti.

Firman Allah S.W.T : " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya," (Al-Baqarah :286)

Oleh hal yang demikian, terpilih mahupun tidak kita tetap perlu melaksanakan tanggungjawab kita. Jika mereka selaku pimpinan maka dengan tanggunjawabnya dan bagi kita sebagai ahli juga mempunyai tanggungjawab. Sebab kita bukanlah parti lawan untuk berhempas pulas tiada kesudahan untuk untuk menukar kerusi kepimpinan. Bahkan, pemilihan hanyalah seputar ahli dan ahli untuk memilih kepimpinan dan memimpin ahli sendiri. Barangkali kalau parti lawan sungguh kita perlu melawannya dengan sebenar-benar lawan supaya tertegaknya dasar Al- Quran dan As-sunnah.

Walaubagaimanapun, saya sungguh tersangat gembira apabila melihat komitmen ahli untuk menjayakan Mesyuarat Agung DPMM dan memeriahkan lagi Pilihanraya kali ini. Bukanlah mereka bersungguh-sungguh atas dasar tertentu ataupun memperjuangkan mana-mana pertubuhan lain. Namun benar ikhlas atas dasar ingin membantu DPMM dan PMRAM.

Akhirnya, sekalung takziah buat kepimpinan sesi 2009/2010. Salam perjuangan....

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP