Monday, March 9, 2009

Nafar 1430"H - Rindu suasana ni...

Program Nahnu fudaaka ya Rasulallah NAFAR 1430H yang bermula pada hari isnin bersamaan dengan 12 rabiul awwal 1430 yang cukup memikat hati warga Mansurah dengan suasana yang penuh harmonis dan berbia'ah solehah yang cukup sejuk mata memandang lantas masuk ke dalam hati masing-masing.

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

Pada hemat saya program sebegini perlu diteruskan dengan penuh rasa minat yang sungguh mendalam seluruhnya dan dicernakan dalam kehidupan masing-masing.

Mungkin pada penglihatan saya ramai yang sudah mengorbankan masa untuk turun bersama-sama bagi menjayakan program ini seawal pemulaan perasmian tadi sesejuk pagi sungguh mengkagumkan dan sesudahnya selewat petang,di sambung pula bagi siswa hingga ke malam hari.Dan insyaAllah esok secara amalinya masa kita bakal dikorbankan lagi untuk bersama-sama turun padang berkerjasama bagi agenda "Muafakat Membawa berkat" pendek kata masak bubur Asyura bersama-sama.

Jadi Marilah kita sama-sama menjayakanya...Selamat Menyambut Maulidul Rasul SAW...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP