Friday, February 13, 2009

Hamas semakin popular

As-Syahid said Syiam

Sabda Nabi saw maksudnya:Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya Qiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah.

Hari ini kita melihat ketegasan pihak Hamas membuat keputusan supaya tidak sama sekali melakukan gencatan senjatan atau apa-apa pendamaian.walaupun ada segelintir rakyatnya terutamanya puak2 Fatah yang seakan-akan lebih suka pendamaian kononnya kerana tidak tertahan melihat kekejaman rejim zionis israil.Tanpa melihat ayat-ayat Allah swt tentang sifat naluri bangsa Israil yang bak kata pepatan moden "Tak makan saman".

Tetapi alhamdulillah,kesan yang cukup besar apa yang kita dapat lihat pada hari ini seluruh ummat dunia rata-ratanya tertarik perhatian untuk menunjukkan perasaan marah terhadap kekejaman Israeil dan seakan ingin mengkaji betapa hebatnya pejuang-pejuang Hamas yang sanggup berjuang apa saja demi mempertahankan agama Allah.

Yang cukup menakjubkan lagi apa yang dapat kita lihat di negara kita Malaysia,bagi yang telah lama menyedari hakikat ini barangkali tidak menjadi satu kepelikan.Suasana ini berubah dari dulunya sebahagian besar seakan tidak tahu langsung keadaan politik di Palestin.Apa itu Hamas?Apa itu fatah dan lain2.

Hakikatnya semuanya sedia bersatu atas dasar Islam,walau ada beberapa pihak yang tidak mengetahui sejarah Palestin,tetapi ingin menunjukkan sentiviti masing-masing dek kerana kemarahan dan ada juga semangat ikut-ikutan sehinggakan tersilap berdemontrasi pun berlaku.Namun tidak mengapa barangkali itu pelajaran bagi mereka supaya perlu cakna dengan sejarah Negara-negara Islam dan isu global dunia Islam.

Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah.............




0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP