Monday, May 19, 2008

Baru Imtihan Dunia

Sedang mendengar tazkirah daripada Us Salman Maskuri, mahasiswa MA Al Azhar
( http://akhisalman.blogspot.com)


Kesungguhan warga perantau ilmuan yang berada di Universiti Al-Azhar cawangan al-Mansoura, Mesir, menuntut ilmu sekali lagi dibuktikan baru-baru ini. Kehadiran yang ramai dalam sebuah majlis qiamullail yang diadakan menceritakan segala-galanya. Bagi menghadapi imtihan fasa ke-2 pada kali ini, bukan hanya sekadar hanya menelaah kitab semata-mata... tetapi turut tunduk merendahkan diri lantas merafa'kan pengharapan dan munajat yang tak berbelah bagi kepada Allah. Hal ini kerana sebagai insan kerdil yang memerlukan pertolongan daripada Ilahi, kita semua pastinya mengharapkan moga bukan sekadar mendapat keputusan yang cemerlang dalam imtihan tetapi turut pula diiringi dengan penuh keberkatan.
Gambar sewaktu solat hajat imtihan (Qiamullail) di Dewan PJA, Utubis Jadid, Mansurah, Mesir.

Maka sedar ataupun tidak, kita telahpun sama-sama menempuhi suasana imtihan dunia yang mungkin akan menatijahkan keputusan yang terbaik untuk dibawa pulang ke tanah air kelak. Moga dengan persediaan yang dilakukan ini berterusan hingga bila-bila masa. Bukan hanya sekadar menjadi persediaan di kala menempuh imtihan sahaja. Teruskanlah amalan mulia ini, agar medan imtihan ini menjadi suatu madrasah tarbiah yang terbaik guna melatih tubi kekuatan rohani kita sebelum berdepan dengan imtihan di akhirat kelak. Sekian saja tatapan muhasabah kali ini. Sama-sama doakan moga kejayaan di dunia memberikan natijah terbaik pula hendaknya di akhirat nanti... tentunya buat kita semua, insyaallah, wa amin...!

Salam imtihan buat semua! ('',)

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP