Tuesday, April 22, 2008

Renungan imtihan



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

sekian lama tidak menulis di ruangan web blog yang tidak seberapa ini.walaupun di sana sebenarnya banyak perkara yang ingin di ketengahkan melalui alam siber ini.Namun masa yang cukup terbatas untuk menumpukan dengan sebaiknya untuk melakari sebuah cerita mahupun apa jua maklumat untuk dikongsi pandangn semua.memang kita lihat jika web blog peribadi agak mudah berbanding dengan web rasmi..ikut saja apa yang ada dalam kotak fikiran and then terus lakar .tapi kena ingat biarlah berisi...

Melihat kepada suasana sekarang khususnya seluruh mahasiswa perubatan,kuliah dan qiraat yang berada di pelembahan Nil ini,kesemuanya boleh dikatakan telah memberi tumpuan yang sebaik mugkin bagi menghadapi peperiksaan pada tahun ini.Usaha ini dilakukan bagi memastikan keputusan mumtaz yang berkatnya dapat kita kecapi.Sebilangan mahasiswa cerdik mengatakan,oh cukup mudah jika mahukan mumtaz.tetapi bagaimana kejayaan dari sudut akhlak?seluruhnya sudah pasti melihat kepentingan kejayaan akhlak yang mumtaz juga menjadi keutamaan.

Ibu-bapa,masyarakat semuanya inginkan seluruh masyarakat terpelajar ini menjadi contoh yang terbaik untuk membentuk masyrakat setelah tamat belajar kelak.kalian mugkin terkadang suka memilih dan membuat penilain sendiri tentang diri..mengatakan bahawa aku bukanlah yang terbaik..terkadang semuanya salah!kalian yang telah terpilih menjadi seorang terpelajar yang berkelayakan untuk menjejakkan kaki ke universiti,perlulah membentuk syakhsiah yang cukup baik.

Apa yang kalian dapat lihat pada hari ini,jika dahulunya kalian hanya melihat keluaran Al-azhar sahaja yang akan mewarnai negara kita Malaysia dari bumi para Nabi "Mesir"yang penuh barakah ini.Namun pada hari ini,beberapa pengkhususan selain bidang pengajian islam juga turut dihantar ke bumi Mesir.saban tahun meningkat ke jumlah yang cukup ramai.Ini adalah satu kelebihan untuk kita kogsi bersama.

kelebihan!juga terkadang mengundang beberapa kekurangan terutamanya golongan pendakwah yang mempunyai tanggugjawan untuk belajar.Namun,di beri peluang pendedahan secara prektikal untuk dekati dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan.Apa yang kita dapat lihat sekarang ini,masalah sosial yang cukup membarah,belum tiba masanya ingin dedahkan di sini,hanya menyeru pada diri dan kalian semua untuk lihat secara lebih dekat baik senario generasi yang akan memimpin masyarakat suatu hari nanti.saya tidak menyalahi mana-mana pihak.Namun inilah tanggujawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak..jika kita hanya membiarkan ..dan melihat..tanpa merasakan itu adalah tanggugjwab setiap muslim..oh silakan!kita akan lihat cabaran di Malaysia kelak sungguh keritikal..dan akan berterusan jika kita mengambil sikap menjaga periuk nasi!jesteru saya mengajak pada diri dan kalian untuk kita sama-sama membasmi masalah sosial ini.Bukan sekadar menuggu tibanya tarikh tiket comferm layak pulang ke Malaysia baru ingin membuat persediaan.

Sepastinya..kita semua akan pulang ke tanah air Malaysia dan akan bantu sebaik mugkin bagi melihat kegemilangan tanah air kita di daulatkan daulah islmiah.golongan pengajian islam mempunyai tanggujawab,akademik perubatan juga mempunyai tanggugjwab.Dulu saya tidak kenali suasana kehidupan ustaz-ustazah..golongan doktor (Perubatan).Namun sekarang ini secara realiti ..Fikir-fikirkan!Moga kita menjaga akhlak kita..."cemerlang akademik,cemerlang akhlak"..selamat menempuh peperiksaan.sama-sama kita doakan moga kita berjaya di dunia dan akhirat...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP