Tuesday, May 8, 2012

Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain

Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam tidak pernah menafikan kewujudan kepelbagaian adat dan budaya di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil menurut neraca syariat yang mudah dan tidak menyusahkan.


Firman Allah Taala :





“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – Surah an Nisa’:58

Amanah terbesar mengikut Islam ialah kepimpinan Negara Islam yang melaksanakan hukum Islam yang adil untuk seluruh umat manusia, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Pelaksanaannya secara amali berlaku apabila Rasulullah S.A.W menegakkan negara masyarakat majmuk di Madinah dan menerima wahyu ayat-ayat al Quran dalam surah-surah Madaniyyah. 

Amalan berlaku adil memberi kesan yang nyata kepada dakwah Islamiyah, apabila berduyun-duyun manusia menganut Islam tanpa paksaan sedikitpun, bahkan dilarang memaksa, kerana paksaan hanya melahirkan Islam secara munafik. Kewujudan pelbagai penganut agama dan rumah ibadat sejak berkurun lamanya di tengah masyarakat Islam sehingga hari ini menandakan tidak ada paksaan dalam beragama.

Monday, May 7, 2012

Akhirnya

Assamualaikum.


Punya lama tak update blog, sampai terlupa pasword termasuk pasword yahoomail. Alhamdulillah setelah diusahakan, kembali pulih seperti sedia kala.

Walaupun jarang update blog ini, saya cuba tidak akan mendelete ataupun mengabaikan medium dakwah blogger ini yang satu ketika dahulu bloggerlah yang sangat digemari pelayar maya. Sekarang ini mungkin sudah berali kepada facebook, twitter dan lain-lain.

Alahmdulillah sekali lagi. Terima kasih teman2 yang membantu..

Ilalliqo'

Tuesday, February 21, 2012

Teman, Mari Kita Nasyid Sama-Sama

Thursday, February 9, 2012

Ma'rod Kutub Kaherah Mesir 2012


Syeikh Muhammad Thoriq Ziyad Al-Mansuriy sedang mencari kitab2 keperluanya untuk ditela'ah nanti.
Terserempak Syeikh Yusuf Al-Kanadi Al-Hasani di Ma'rod ketika beliau di bawa oleh muqribnya Syeikh Dr Rahman At-tibbiy..(hehe..masyaAllah walaupun pelajar perubatan tetapi begitu akrab bersama syeikh2 kabir...)

Menanamkan rasa cinta keluarga bersama buku para alim ulama'.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP