Sehari Sebelum Bertolak
1- Penantian demi penantian. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah InsyaAllah jika tiada perubahan malam ini kami akan bertolak pada jam 3 pagi 5 Februari 2011 dari Mansurah ke Iskandariah dan seterusnya seperti biasa. Kami mengharap pertolongan dan pergantungan sepenuhnya kepadaMu ya Allah.
2- Perintah berkurung membuatkan kami terpaksa menghabiskan banyak masa hanya di rumah.Sebagai langkah berjaga saya keluar apabila perlu sahaja. Terutama di siang hari. Pergerakkan agak terbatas untuk ke mana-mana.
3- Kami menyokong penuh kebangkitan rakyat Mesir. Khutbah dari khatib tadi sebenarnya menunjukkan moral rakyat Mesir sentiasa bersemangat dan kefahaman mereka jelas terhadap tindakan yang mereka lakukan.
4- Doakan semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang pemusafiran ini.