"Firman Allah SWT : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)
Friday, August 29, 2008
Friday, August 22, 2008
Kefahaman untuk berkahwin
Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -
1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."
2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.
4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]
Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.
5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-
"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."
Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Sumber : copy
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 4:39 AM 0 comments
Monday, August 11, 2008
Sensitivi Umat islam Terhadap Program Forum Memeluk Islam
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 11:47 AM 0 comments
Dengar dan taat arahan pimpinan
Setiap anggota parti / jamaah mesti bersedia untuk membasmi keegoan akademik dan keegoan senioriti demi memastikan prinsip “ dengar dan taat ” dapat dilaksanakan dengan baik , seterusnya memulangkan kesan yang sangat positif untuk memastikan kelancaran gerakkerja . Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". ( البقرة 55 ) ( رواه مسلم )
اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة
[1] (البخاري )
“ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ”
عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ .
( رواه مسلم )[2]
“ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .”
Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhambaan tetapi lambang keutuhan gerakkerja berorganisasi . Ia menjadi suatu arahan rasmi dari Allah swt . dengan firmanNya :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
( النساء 59 )
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Tanpa dengar dan taat terhadap arahan pimpinan , bukan sahaja ia bercanggah dengan prinsip amal Islami malah ia melambatkan perjalanan parti / jamaah . Sedang musuh bergerak laju ke hadapan untuk merencana dan memerangkap pergerakkan kita . Benarlah apa yang disebut oleh Saiyidina Omar Al Khattab rha.
لا اِسْلامَ إلا بِجَمَاعَةٍ وَ لا جَمَاعَةَ إلا بِإِمَارَةٍ وَ لا إِمَارَةَ إلا بِطَاعَةٍ
“ Tiada Islam tanpa jamaah , tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan ”
Dengar dan taat menjadi ujian besar kepada anggota parti / jamaah untuk membuktikan wala’ ( kesetiaannya kepada perjuangan ) serta intima’ ( keterikatannya dengan prinsip dan agenda perjuangan ) . Ujian sebegini pernah dilihat dalam rakaman peristiwa Tholut dan tenteranya .
فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلا قَلِيلا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
( البقرة 249 )
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka ( yang taat ).
Peristiwa ini jelas membawa mesej bahawa dengar serta taat kepada peraturan dan arahan pimpinan adalah syarat turunnya pertolongan atau kemenangan daripada Allah swt. Justeru itu Baginda saw. berwasiat kepada seluruh ummatnya dengan ‘ dengar dan taat ’ kepada pemimpin yang dilantik dikalangan orang yang beriman.
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .
( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )
“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”[3]
Tegas dengan prinsip “ dengar dan taat ” ini tidak bermaksud menghalang anggota parti / jamaah mengemukakan pandangan yang berbeza dengan pendapat pimpinan dan juga tidak bermaksud menyempitkan ruang anggota menegur atau mengkritik pimpinan dengan kritikan yang membina .
Hanya suatu sikap yang mesti dijelaskan , bahawa pandangan yang berbeza dan teguran yang diberi , tidak sampai melucutkan ketaatan anggota kepada pemimpin yang dilantik , begitu jua kepada parti / jamaah yang didokong.
Bagaimana menegur pimpinan
Menjadi hak dan tanggungjawab anggota mengemukakan pandangan yang membawa kebaikan kepada parti / jamaah , demikian juga teguran atau kritikan yang membina . Namun wajar diinsafi bahawa parti / jamaah mempunyai tatacara atau adab yang luhur dan saluran yang tepat untuk merealisasikan kritikan yang membina dan mengemukakan pandangan yang bernas .
Jangan menjadikan ‘ kedai kopi ’ sebagai pentas menegur pimpinan kerana fenomena ini tidak memberi keuntungan kepada sesiapa melainkan musuh.
Berbincang atau bersemuka ( muzakarah dan muqabalah ) dengan suasana ukhuwwah yang harmoni dan mengemukakan pandangan melalui mesyuarat yang diadakan , adalah merupakan saluran yang sangat tepat , malah ia mengurangkan kadar masaalah dalaman seperti salah faham dan syak wasangka .
Pemimpin yang ditaati
Demi meraih ketaatan anggota kepada pimpinan, sewajarnya pula pihak pimpinan memelihara thiqah (kepercayaan anggota parti / jamaah kepadanya .) Pemimpin selayaknya pula mengelak diri daripada persekitaran yang merosakkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin .
Akhlak , disiplin dan karisma kepimpinan mesti dipelihara dan dikawal , lantaran hilang salah satu daripadanya mengakibatkan lunturnya ketaatan anggota kepada pimpinan .
Pemimpin sayugianya bijak menyusun arahan dan mengatur titah , sesuai dengan tahap keupayaan anggota yang diarah . Arahan yang tidak bijak akan menyulitkan anggota untuk mentaatinya dan ini menyumbang kepada penghakisan prinsip ‘ dengar dan taat ’ dalam parti / jamaah.
Sementara qudwah yang dipamerkan oleh pimpinan pula mampu meningkatkan kualiti ketaatan anggota kepada arahan pimpinan.Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang ‘ cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap ’ . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini :
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?َ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ
( الصف 2 - 3 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
Tiada taat dalam perkara bathil/maksiat .
Ketaatan kepada pimpinan bukan bersifat taat membuta tuli . Namun wajib dipastikan ketaatan yang diberi hanyalah untuk urusan taat kepada Allah atau perkara yang makruf sahaja.
حَدِيثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَنًا وَقَالَ لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ *
( البخاري و مسلم )
Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan*[4]
Taat dalam semua keadaan.
Ketaatan terhadap pimpinan bukan suatu pilihan (ikhtiari) sebaliknya suatu kewajipan yang wajib ( ijbari ) ditunai dalam semua situasi .
عن أبي هريرة رضي الله عنه . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : عَلَيْكَ السَّمْعَُ وَ الطَّاعَةَ في عُسْرِكَ وَ يُسْرِكَ وَ مَنْشَطِكَ وَ مَكْرَهِكَ وَ أَثَرَةٍ عَلَيْكَ .
Dari Abi Hurairah rha. Ia berkata :” Rasulullah saw bersabda : Kamu wajib mendengar dan taat dalam keadaan sulit , senang , suka dan dukamu malah dalam hal yang kamu tidak berkenan sekalipun .[5]
[1]Riwayat Al Bukhari dari Anas rha.
[2] النووى على مسلم ج 12 ص 226
[3] رواه أبو داود في السنة باب لزوم السنة و الترمذي في العلم باب ما جاء في الأخذ بالسنة و اجتناب البدع
[4] Shohih bukhari dan Muslim . Kitabul Imarah Bab Wajib mentaati pemimpin dalam perkara yang tidak maksiat dan haram mentaati pemimpin dalam perkara maksiat.
[5] Shohih Muslim dalam kitab dan bab yang sama .
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 2:29 AM 0 comments
Saturday, August 9, 2008
Menyaksikan Pelawanan Mansurah VS Perak"..bertubi-tubi ..penat,luka ,berdarah dan segala2nya ..kenangan kekal abadi..
Kepulangan membawa seribu kenangan..''''jumpa lagi ...
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 4:46 PM 0 comments
Friday, August 8, 2008
Sinar Jumaat: Carilah ketenangan di masjid, surau
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 1:15 AM 0 comments
Sunday, August 3, 2008
Saturday, August 2, 2008
Tahniah
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 9:46 PM 0 comments
About Me
- Akhi Abdul Kadir.
- Pelajar Fakulti Bahasa Arab Syu'bah Ammah Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,Mesir.Berasal dari Baling,Kedah DA.Telah berkahwin dengan seorang permaisuri Solehah, Syaidatul Syakila Bt Aini,Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mesir. Telah dikurniakan seorang cahayamata yang comel dan soleh, Muhammad Thoriq Ziyad Bin Abd. Kadir.
My Blog List
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...2 months ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...10 years ago
-
Salam Imtihan Dari Barisan Kepimpinan DPM Mansurah - SALAM IMTIHANDewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah sesi 2013/2014 mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 kepada seluruh ahli DPMM yang akan bermula pa...10 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis - Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap lepas ni sa...12 years ago
-
PERKAHWINANKU - Syukur *Alhamdulillah* dengan limpah kurnianya, saya dapat beristerikan Sakinah binti Suhaimi pada 18 September 2011. *Ya Allah*, campakkan kebahagian pad...13 years ago
-
-
Qobiltu Nikahaha
Jiwang
Kita PMRAM
Save palestin
Kalendar
My Blog List
Ukhuwah Fillah
Facebook Badge
Laman Ulama'
Link Pilihan
Pesatuan Mahasiswa
Universiti
Link Sahabat Mesir
- Mujahid Fadzil
- Faizudin
- Hanif Jamaluddin
- Abdul Hadi
- Mohd Yasir Razi
- Farhan Azhar
- Mohd Fairus Soied At-Tantawi
- Ikram
- Aizat Sofian
- Nuzul Hakimi Ibrahim
- Hanafi Zulkapli
- Norlatifah Othman
- Fadhilah Esa
- Mohd Adlan Mokhtarudin
- Syakilah
- Ainu Mardhiah
- Zaim
- Rasul Amat
- Fadzli UPP
- Alifuddin
- Izzat Kamal
- Najhie Syubra
- Abu Bakar Razak
- Syafiq Zulakiflie
- Farizul Apandi
- Saiful Bahri
- Muhammad Khairil
- Asri Zulkafli
- Azizan
- Farid Mohd Arbi
- Wan Mohd Talha
- Rashidi Abd Wahab
- Zulkiflie Muhammad
- Suhaimi Ardzi
- Saiful Islam
- Norhafizah Ghazali
- Zulkarami
- Alif Junaidi
- Ihsan Al-Jauhari
- Zuhdi Yahya
- Amirul Hasim
- Athirah Ajos
- Lailati Mahat
- Mohd Noor Fathi
- Al-Amin Daud
- Fahmi Yusuf
- Hakimi Mutalib
- Tuan Azman
- Labib Abd Jalil
- Adham Hadori
- Amin Taufiq
Ex Mesir
Archives
-
▼
2008
(48)
- February (2)
- March (1)
- April (3)
- May (6)
- June (3)
- July (7)
- August (8)
- September (5)
- October (7)
- November (3)
- December (3)
-
►
2009
(80)
- January (4)
- February (6)
- March (6)
- April (9)
- May (4)
- June (7)
- July (3)
- August (4)
- September (9)
- October (7)
- November (16)
- December (5)
-
►
2010
(54)
- January (5)
- February (5)
- March (6)
- April (4)
- May (6)
- June (3)
- July (8)
- August (4)
- September (5)
- October (1)
- November (1)
- December (6)