Thursday, July 31, 2008

Sekitar pejalanan Unit Dakwah DPMM

Sewaktu selesainya majlis bacaan yasin dan tazkirah di DPJA utubis Jadid.Alhamdulillah dengan adanya majlis sebegini dapat kita merapatkan lagi ukhuwah sesama kita,setiap minggu sudah pasti kita akan bersemuka,berjumpa.Jadi,bagi yang masih belum hadir,minta sama-samalah cuba mengahadirkan diri.

Selesainya bacaan yasin,Unit dakwah turut menyediakan makanan dan minuman kepada hadirin yang hadir,

Program Kolokium ilmuan bejalan Lancar,Para perserta memberi tumpuan yang sebaiknya.

Wednesday, July 30, 2008

Isra' mi'raj

Oleh : Ustaz Khairul Ikhwan


Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj, peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.



Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala…
Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.


Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak. Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta. Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.
Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi. Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya. Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha. Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakan sehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas. Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN

Pertama: penjelasan tentang Rasul dan Mukjizat
Ramai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa. Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia. Fiman Allah Taala:


قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw. Peristiwa ini di riwayatkan oleh Bukhari di dalam bab wudhuk, muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya. Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.
Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw. Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.
Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini. Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya. Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini? Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini. Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!
Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat. Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini. Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat. Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung. Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu, namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu. Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.
Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf, semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini, dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.
Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR)

Http://abupas.blogspot.com/

Seputar kenangan di DPM Mansurah 2008

Kenangan-kenangan ini yang cukup berharga buat saya,terima kasih kepada semua ahli yang memberi kerjasama,dan kemitmen anda demi menegakkan kalimatullah.Kami barisan pimpinan 2007/2008 bakal turun pada pertengahan bulan september ini.Mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kami menjalankan tugasan.
Barisan pimpinan DPM Mansoura sesi 2007/2008 mengembara ke Program Genggam Bara PMRAM .

Kenangan ucapan alu-aluan sebelum memulakan Daurah dan pebentangan kitab

Penuntut ilmu memberi tumpuan yang sebaiknya dalam kelas pengajian ..Alhamdulillah..

Begitu juga golongan akhwatnya..sama tidak mahu melepaskan peluang yang ada..

Kenangan Perasmian Nadi UKKAZ 2008 di DPJA DPM Mansurah.Pengarahnya al Fadil us Ihsan b. Kamaruzzaman,Pengerusi Majlis ketika itu al fadil Us saiful bahry (SB).Apa yang penting pada perasmian majlis tersebut,gimitnya cukup "hebat"!hingga kini saya tidak dapat melupakanya..

Kenangan memberi kalam nasihat buat peserta yang akan betolak ke Jabal Musa (Tursina) Mesir bersama dengan rombongan DPM Tanta.
Pelancaran SKUAD waja diri Cawangan Mansurah ,Pengarahnya al fadil us Firdaus b. Puzi.Alhamdulillah hingga kini mereka mampu mematahkan tebu dengan menggunakan betis..

Nantikan entry seterusnya..Bersama unit Dakwah DPMM..

Friday, July 25, 2008

Renungan

Penyakit Umat-umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda," Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu '.Sahabat bertanya ,"Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"nabi saw menajawab,"penyakit-penyakit itu ialah : (1) terlalu banyak seronok,(2) Terlalu Mewah (3) Menghimpun harta sebanyak mugkin ,(4)Tipu menipu dalam merebut harta dunia,(5)saling memarahi ,(6)Hasud menghasud sehingga zalim mezalimi".(H.R Hakim)

Monday, July 21, 2008

Hati Yang Bersih





Sunday, July 20, 2008

Bacaan

sekadar gambar hiasan

Mengundi babitkan dosa, pahala - Dr Haron Din
Dato' Dr Haron Din
Fri | Jul 11, 08 | 4:10:01 pm MYT

SOALAN: Memilih atau mengundi mana-mana calon pada pilihan raya, adalah salah satu proses demokrasi. Seseorang itu boleh dan bebas memilih sesiapa yang dia suka. Ini adalah perkara dunia yang tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala. Hal sebegini pernah disebut oleh banyak orang, terutamanya orang politik. Apakah benar ia tiada kaitan dengan akhirat? Apa pandangan Dato'? � JEMAAH TABLIGH, Seri Petaling

JAWAPAN: Tanggapan sedemikian merupakan sesuatu yang sering dimomok-momokkan sebilangan orang, terutamanya mereka yang mengasaskan dasar politik mereka di atas dasar sekular.

Tambahan pula, media massa di negara kita, sememangnya memihak kepada apa yang saudara dakwakan.

Rakyat disajikan terus-menerus mengenai gagasan yang memisahkan antara politik dengan agama daripada penghidupan.

Kebetulan di negara kita, parti politik yang memperolehi kuasa atas nama demokrasi, tidak berteraskan Islam. Malah kadang kala semacam memusuhi politik Islam.

Oleh kerana itu ia mencetuskan persepsi sebagaimana yang saudara sebutkan, iaitu menafikan kerja-kerja pilihan raya dengan belanja dan tenaga yang besar, dinafikan ia mendatangkan apa-apa pahala.

Islam pada hakikatnya, tidak terpisah dan tidak akan sesekali berpisah dengan penghidupan secara total.

Islam itu adalah segala-galanya dalam kehidupan Muslim. Mahu tidak mahu sebagai umat Islam, kita mesti menerima hakikat bahawa Islam itu adalah cara hidup yang lengkap.

Inilah maksud sebenar daripada firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini (hari Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakan haji wada'), Aku (Allah) telah sumpurnakan bagi kamu agama kamu (Islam), dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku, dan aku reda Islam itu menjadi agama (anutan) kamu..." (Surah al-Maidah, ayat 3)

Inilah ayat yang menyimpulkan kesempurnaan Islam itu sebagai suatu cara hidup.

Jika politik terpisah daripada Islam dan Islam tidak boleh dipolitikkan, bagaimana kita hendak memahami kesempurnaan Islam?

Rasulullah s.a.w. sendiri menghayati erti kesempurnaan Islam itu dengan baginda sendiri menjadi pemerintah negara dengan melaksanakan semua perintah Allah.

Bagaimana mungkin segala perintah Allah boleh dilaksanakan jika kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda. Dan bagaimana mungkin umat Islam hari ini hendak melaksanakan perintah-perintah Allah, jika kuasa pemerintahan tidak berada ditangan orang-orang Islam.

Memerintah negara seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di Madinah, adalah suatu realiti yang wajib diimani bahawa itulah Islam yang sempurna.

Islam yang syumul disandarkan kepada kuasa politik untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Sebaik sahaja Rasulullah dipanggil pulang oleh Allah, dan belum pun disempurnakan jenazah baginda, sahabat-sahabat besar berkumpul dan berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah besar ummah iaitu mencari pemimpin untuk meneruskan pemerintahan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Sahabat-sahabat berijmak atau bermuafakat untuk mencari pengganti. Ini adalah urusan politik yang mesti dibereskan terlebih dahulu.

Sahabat berpendapat urusan politik untuk meneruskan pemerintahan untuk kepentingan ummah lebih penting dari menyegerakan pengkebumian Rasulullah s.a.w.

Akhirnya mereka memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai ketua negara, memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Politik Islam asasnya suci murni, memegang kuasa untuk memimpin ummah bagi menuju keredaan Allah.

Islam menjadi juara politik di zaman-zaman silam. Pemerintahan Islam, terus menerus menerajui ummah, seluruh penduduk dalam masyarakat majmuk, silih berganti berada dalam pemerintahan Islam dalam keadaan aman damai sepanjang hayat.

Sehinggalah ke awal kurun ke-20, atau lebih khusus sehingga kejatuhan pemerintahan Othmaniyyah Turki pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk mengubah pemerintahan kepada dasar sekular.

Bagi orang yang faham ilmu politik dan memahami hukum Islam, tentulah akan mengetahui kaitannya dengan dosa pahala.

Dalam amalan kehidupan, Allah memerintah manusia melakukan kebaikan (makruf) akan diberikan pahala, manakala yang melakukan kejahatan (mungkar) akan memperolehi dosa.

Membuat kebaikan walaupun seperti membuang seketul batu dijalan yang menghalang laluan orang ramai, nampaknya enteng tidak ada apa-apa, namun jika ia dibuat kerana Allah, ia adalah salah satu cabang iman yang akan diberikan pahala yang besar.

Begitu juga menegur atau menasihati orang supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengalakkannya berbuat baik, sudah mendapat pahala yang besar.

Inikan pula kerja mengundi dan bekerja dalam pilihan raya dengan tenaga dan wang yang banyak. Mengundi adalah kerja besar.

Dengan mengundi, kita boleh menukar kerajaan yang melakukan kemungkaran kepada sebuah kerajaan yang baru.

Sekiranya yang dijatuhkan itu adalah sebuah kerajaan yang tidak Islam, ditukar kepada kerajaan yang mendaulatkan Islam, bayangkan betapa banyaknya ganjaran yang akan diperolehi.

Bagaimana hendak dinafikan mengundi tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala, sedangkan ianya tidak terkeluar daripada 'irradatul insan' (tindakan manusia).

Amal manusia sekecil mana pun akan diberi balasan. Insan yang berniat melakukan sesuatu kebaikan, sudahpun dianugerahkan satu pahala. Melaksanakan niat itu, dibalas Allah dengan 10 pahala.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab (mafhumnya): "Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung dengan niat, seseorang itu akan dianugerahkan pahala mengikut niatnya."

Apakah niat saudara ketika mengundi? Tidak masuk akal jika saudara tidak ada niat.

Jika niat saudara mengundi seseorang calon bagi mendapat habuan di dunia, saudara akan memperolehi habuan tersebut.

Jika saudara berniat untuk mendapat habuan di akhirat, saudara akan mendapat habuan di akhirat.

Allah berfirman (mafhumnya): "Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah pada akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikannya kebaikan di dunia, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Surah as-Syura, ayat 20)

Ayat ini, dan banyak lagi ayat yang seumpama dengannya, meletakkan suatu gagasan yang nyata bahawa amal-amal manusia akan dibalas Allah di atas kebaikan atau keburukannya.

Allah SWT memerintah kita, dalam suatu ayat yang mahsyur (mafhumnya); "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara menegakkan yang makruf dan jangan bertolong tolongan dalam menegakkan kemungkaran."

Menegakkan yang baik akan diberi pahala, menolong melakukan sesuatu yang jahat akan dibalas dengan dosa.

Atas itulah maka, apa yang kita lihat dalam kerja-kerja mengundi, adalah suatu pekerjaan yang besar, pasti akan diberi Allah SWT ganjaran, setimpal dengan apa yang kita niatkan. Wallahu a'lam. - lanh _


Sumber : harakahdaily.net

Monday, July 14, 2008

Lawatan Matruh & Siwa 07/08



Seribu kenangan yang diperolehi sepanjang pejalanan ke Matruh Siwa pada 8,9 dan 10 Julai 2008.Kenangan pahit,manis,masam,masin kita rasai' bersama.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah EMAS '08 Berserta seluruh Ed- hoc Pelaksananya,juga tidak dilupakan Unit Sambutan dan Rehlah DPMM sesi 2007/2008.



Moga jasa kalian dikira sebagai amal islami.Hari ini kalian memberi pengorbanan kepada mereka,Namun insyaAllah mereka juga diantara yang bersedia memberi pengorbanan kepada generasi seterusnya.amin...sekian wassalam.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP