"Firman Allah SWT : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)
Saturday, April 17, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Kempen Selamatkan Mansurah : Taati Kepimpinan
Assalamualaikum.
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM yang baru saja memegang tapuk kepimpinan bagi sesi 201o. Mereka yang terpilih menjadi kepimpinan pada tahun ini adalah melalui proses pilihanraya secara pengundian. Bukan seperti tahun kebiasaan, menang tanpa bertanding.
Keduanya, tahniah juga diucapkan kepada barisan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2009 kerana dapat melunaskan tanggunjawab dengan sebaiknya. Semoga segala amalan ibadah mulia ini dikurniakan redho dan rahmat dariNya.
Selaku ahli kita juga tidak terlepas dari tanggungjawab bagi memperkuat dan memperkukuhkan kesatuan PMRAM. Tugasan yang perlu kita laksanakan terlalu banyak dan memerlukan kesepaduan kerjasama. Jadi, marilah sama-sama kita berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar. Seterusnya sentiasa taati kepimpinan di dalam setiap agenda yang dirancang.
Sabda Nabi S.A.W : "Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan yang Allah akan menyiksa mereka semua".
Terakhirnya, kita ketahui bahawa melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar juga adalah amalan soleh. Ianya memperlihatkan ditahap manakah iman kita. Jadi, demi untuk mempertingkatkan keimanan dan dikurniakan mati dalam keadaan husnul khatimah maka bersegeralah kita laksanakan. Tidak lagi bertangguh-tangguh kerana antara ciri-ciri untuk mati dalam keadaan husnul khatimah adalah tidaklah menangguh-nangguh untuk melakukan amalan soleh.
Ayuh!
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 10:41 AM 0 comments
Monday, April 12, 2010
Kempen Selamatkan Mansurah : Barisan Neraka
Assalamualaikum wbth
Mari kita merafa'kan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih lagi memberi peluang untuk kita membuat persediaan sebelum kembali ke alam akhirat.
Di bawah ini saya ada mengopy satu artikel dari blog Us YUSSAINE YAHYA untuk santapan diri saya dan seluruh pengunjung blog ini. Semoga dengan pembacaan ini memberi kesan kepada hati kita dan bertambah-tambah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah swt. Baca san hayatilah..
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.
BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih
sumber : Santapan Minda Pejuang
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 9:59 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Ceramah Lama yang Best!!
Ceramah Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 1:36 AM 0 comments
Wednesday, March 24, 2010
Mendekatkan Diri Kepada Allah
Salah satu cara kita menghidari diri kita dengan perkara-perkara batil adalah dengan menyibukkan diri dengan majlis-majlis ilmu dan aktiviti amal. Elakkan dari hidup bersendirian kerana ianya mengundang godaan syaitan agar melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Hendaklah sentiasa hidup dalam berpesatuan.Majlis mengingati RasulluLLah yang dianjurkan DPMM adalah antara program yang perlu diteruskan untuk menambahkan rasa kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad S.a.w.sebagai qudwah terbaik sekalian manusia.
Setiap gerak geri Nabi kita adalah contoh yang sangat terbaik untuk diikuti. Samada secara peribadi, keluarga, masyrakat dan juga pentadbiran negara. Segalanya Baginda Nabi Muhammad S.a.w telah lalui dan hadapinya.Kesimpulanya. Carilah peluang-peluang masa yang boleh kita menghadiri majlis yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.w.t. Kerana ingatilah satu pesananan dari guru ana, hati kita jika tidak diberi makanan rohani melebihi tiga hari maka hati akan mati dan menjadi keras.
SubhanaLLah..........
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 3:49 AM 0 comments
Tahniah dan Sedikit Peringatan
Tahniah Us Tuan Azman & Isteri
Ambil berkat sket...Anak merupakan amanah Allah buat si ibu dan ayah. Ayah dan ibulah yang akan mendidik anak-anak samada yahudi, nasrani, ataupun majusi. Mudahan Islam terpahat dihati si anak dengan iman dan taqwa.
Tazkirah ( Gejala Sosial berleluasa)
Saya berkesempatan sedikit masa untuk membaca ruangan akhbar dan berita-berita yang memaparkan pelbagai kes masa kini yang amat membimbangkan. Juga tidak kurang blog-blog dakwah yang bertanggunjawab menyampaikan risalah dakwah turut memberi pandangan. Antaranya kes anak muda yang sentiasa bergelumang dengan perkara maksiat.
Kes-kes anak muda yang melakukan perkara-perkara cintan-cintun yang tak kemana. Couple seakan tidak takut api neraka. Merempit merempat dan segalanya . Pembunuhan di merata tempat. Kecurian habis-habisan. Serta banyak lagi tidak kira dari rakyat jelata sehinggalah pemimpin negara. Mengejutkan.Sebenarnya mereka cuba mencari jalan untuk merosakkan diri mereka sendiri. Keseronokkan yang seketika. Namun merananya buat selamanya. Gunalah akal yang dikurnia Allah untuk berfikir lebih jauh.
Ingatlah. Allah sentiasa maha melihat setiap apa yang dilakukan hambaNya. Samada tersembunyi mahupun dikhalayak. Tidakkah kita bimbang bala Allah akan turun bila-bila masa? Lupakah kita Sonami yang telah melanda dengan dahsyatnya di beberapa negara termasuk Malaysia?
Berjaga!. Mansurah Mesir juga perlu antara yang perlu diambil perhatian dengan penyakit maksiat yang menyakitkan mata ini. Walaupun kita telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan misi dakwah melalui medium HISBAH DPMM, JAKSI PCM, turut serta HISBAH DUMYAT dengan mengedarkan risalah dan teguran di setiap pelusuk Mansurah yang disyaki lokasi utama pengumpulan pemaksiat. Namun cukupkah itu yang akan kita jawab dihadapan Allah?
Apapun nafas lega tetap dirasai apabila melihat rata-ratanya menunjukkan kekuatan dan semangat bersama-sama dalam menangani permasalah ini. Namun pendekatan lain juga perlu diteruskan dengan kebersamaan untuk terus memahami secara lebih dekat. sebagai contoh boleh juga dibuat kempen "Orang muda geng kita"( Pengarah HISBAH cadang) . Sepertimana terlaksananya di Malaysia.
Segala apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama. Memperbaiki diri dan memperbaiki teman yang lain. Membuktikan tanda rasa kasih dan sayang kita sesama muslim. Seterusnya memurnikan keadaan dengan lebih harmoni. Perlu diingatkan! Bala Allah bukan turun kepada mereka yang melakukan maksiat sahaja. Bahkan turut terkena bersama penduduk sekelilingnya. Jadi..Beringatlah!!Posted by Akhi Abdul Kadir. at 1:40 AM 5 comments
About Me
- Akhi Abdul Kadir.
- Pelajar Fakulti Bahasa Arab Syu'bah Ammah Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,Mesir.Berasal dari Baling,Kedah DA.Telah berkahwin dengan seorang permaisuri Solehah, Syaidatul Syakila Bt Aini,Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mesir. Telah dikurniakan seorang cahayamata yang comel dan soleh, Muhammad Thoriq Ziyad Bin Abd. Kadir.
My Blog List
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...12 years ago
-
Salam Imtihan Dari Barisan Kepimpinan DPM Mansurah - SALAM IMTIHANDewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah sesi 2013/2014 mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 kepada seluruh ahli DPMM yang akan bermula pa...12 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis - Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap lepas ni sa...14 years ago
-
PERKAHWINANKU - Syukur *Alhamdulillah* dengan limpah kurnianya, saya dapat beristerikan Sakinah binti Suhaimi pada 18 September 2011. *Ya Allah*, campakkan kebahagian pad...14 years ago
-
-
Qobiltu Nikahaha
Kahwin di Mesir - 7 Feb 2010
Jiwang
Kita PMRAM
Save palestin
Kalendar
My Blog List
Ukhuwah Fillah
Facebook Badge
Laman Ulama'
Link Pilihan
Pesatuan Mahasiswa
Universiti
Link Sahabat Mesir
- Mujahid Fadzil
- Faizudin
- Hanif Jamaluddin
- Abdul Hadi
- Mohd Yasir Razi
- Farhan Azhar
- Mohd Fairus Soied At-Tantawi
- Ikram
- Aizat Sofian
- Nuzul Hakimi Ibrahim
- Hanafi Zulkapli
- Norlatifah Othman
- Fadhilah Esa
- Mohd Adlan Mokhtarudin
- Syakilah
- Ainu Mardhiah
- Zaim
- Rasul Amat
- Fadzli UPP
- Alifuddin
- Izzat Kamal
- Najhie Syubra
- Abu Bakar Razak
- Syafiq Zulakiflie
- Farizul Apandi
- Saiful Bahri
- Muhammad Khairil
- Asri Zulkafli
- Azizan
- Farid Mohd Arbi
- Wan Mohd Talha
- Rashidi Abd Wahab
- Zulkiflie Muhammad
- Suhaimi Ardzi
- Saiful Islam
- Norhafizah Ghazali
- Zulkarami
- Alif Junaidi
- Ihsan Al-Jauhari
- Zuhdi Yahya
- Amirul Hasim
- Athirah Ajos
- Lailati Mahat
- Mohd Noor Fathi
- Al-Amin Daud
- Fahmi Yusuf
- Hakimi Mutalib
- Tuan Azman
- Labib Abd Jalil
- Adham Hadori
- Amin Taufiq
Ex Mesir
Archives
-
►
2008
(48)
- February (2)
- March (1)
- April (3)
- May (6)
- June (3)
- July (7)
- August (8)
- September (5)
- October (7)
- November (3)
- December (3)
-
►
2009
(80)
- January (4)
- February (6)
- March (6)
- April (9)
- May (4)
- June (7)
- July (3)
- August (4)
- September (9)
- October (7)
- November (16)
- December (5)
-
►
2010
(54)
- January (5)
- February (5)
- March (6)
- April (4)
- May (6)
- June (3)
- July (8)
- August (4)
- September (5)
- October (1)
- November (1)
- December (6)

