Friday, July 9, 2010

Hadiah Buat Isteri Di Pagi Jumaat





Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Wednesday, July 7, 2010

Tips Keluarga Bahagia

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K

* Ketaqwaan
* Kasih sayang
* Kesetiaan
* Komunikasi dialogis
* Keterbukaan
* Kejujuran
* Kesabaran

Sumber link

Kenyataan Datuk Syafie Apdal Paling Bengong Abad Ini

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.
"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama. "Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. "Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. "Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. "Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya. Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

Komen Saya : Dulu Umno boleh la dok menipu pak cik makcik kampung. Sekarang zaman rakyat Malaysia masing-masing dah berpelajaran dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan baik. Masing-masing dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Umno sebenarnya yang membawa ajaran sekularisma yang tersangat sesat lagi menyesatkan.

Monday, July 5, 2010

Kahwin! Tahniah Buat Daud dan Fidaus

Perkahwinan adalah salah sunnah Nabi S.A.W yang tersangat mulia. Ianya banyak kelebihan jika niat kita betul. Saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada dua mempelai dari bumi Mansurah Mesir selamat diijab qobulkan kemarin (Us Mohd Daud & Zainab, Firdaus & Fathi Nur) . Semoga menjadi contoh kepada teman-teman lain untuk mengikuti jejak ini. Bagus dan tersangat bagus. Kerana syaitan amat kecewa dengan ikatan yang di bina halal sebegini.

Mereka telah menjaga hubungan, tiada cople ke sana ke mari. Pemulanya baik pengakhiranya pun InsyaAllah terbaik di syurga nanti. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Begitulah peringatan yang sangat jelas untuk kita menjadi seorang yang soleh untuk memiliki isteri soleh sebagai pendamping kita untuk membina taqwa begitu juga perempuan. Pun begitu, para Nabi juga ada diuji dengan isteri yang fahish iaitu jahat. Tidak lain adalah untuk mempertingkatkan keimananya kepada Allah Ta'ala. Insan seperti kita na'uzubillah.

Setelah di bina baitul muslim dengan ikatan yang sah. Maka tanggugjawab pasti bertimbun. Perkahwinan bukanlah melemahkan kita, bahkan menguatkan kita. Isteri dengan tanggungjawabnya dan suami dengan tanggugjawabnya. Bagi suami mestilah bersikap lemah lembut, dan tiadalah sikap lemah lembut pada diri seseorang kecuali akan menambah kemuliaan, dan tidaklah ada sikap lembah-lembut yang hilang dari seseorang kecuali akan menambahkan kehinaan. Gaulilah dengan cara yang terbaik. Tegas dalam perkara yang perlu tegas. Saling melengakapi antara satu sama lain.

Sesungguhnya seorang suami yang berjaya adalah suami yang dapat memiliki hati isterinya pada hari-hari pertama penikahan, dan seorang isteri yang berjaya adalah isteri yang dapat menjadikan suaminya kagum kepadanya dan memperoleh ketulusan cintanya pada hari-hari pertama tersebut. Kemudian dilalui hari-hari seterusnya dengan mawaddah warohmah. Bina rumah tangga yang bahagia dengan mengikuti contoh yang terbaik RasuliLLah s.a.w...Subhanalah...selamat.

Apa pun sekadar ingatan ringkas buat diri dan teman2. InsyaAllah selepas ini kita menanti pula siapa yang akan menyusul...

BarokaLLah...

Friday, June 11, 2010

Mereka Berkorban Untuk Islam

Buat kali ini saya tidak dapat menonton secara live persidangan muktamar dengan sepenuhnya. Akibat permasalah internet semalam putus-putus dan line server video tersebut mungkin terlalu berat.

Namun, alhamdulillah setelah bertubi-tubi saya cuba tekan sana-sini dapat jua ditonton beberapa kerat. Selebihnya hanya melayari beberapa laman web, blog yang membuat liputan, siar gambar persidangan muktamar.

Kelihatan gambar di atas ini cukup menggambarkan bagaimana suasana mereka yang sedang bertungkus lumus membantu memartabatkan Islam.

Muktamar PAS mesti dan perlu kita tonton. Jika tidak.. amatlah rugi. Sebab apa saya mengatakan demikian? sebabnya muktamar pas memang jauh berbeza dengan mesyuarat agung UMNo. Muktamar pas banyak isu yang dibincangkan dapat meningkat pemikiran rakyat Malaysia. Di sana juga banyak kalam penambah thaqofah agama bagi sesiapa yang mengikutinya. Berbanding dengan mesyuarat agung umno banyak buang masa berteka-teki saja.

Mereka sudah berkorban. Kita sediakan sedikit masa untuk ikuti dan ambil tahu. Mungkin kita pula akan berkorban untuk ini di masa mendatang InsyaAllah.

Sunday, June 6, 2010

Kewajipan Menyertai Perjuangan Islam

Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai seorang Islam mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi seorang muslim yang diredhoi Allah S.W.T. Anggapan ini tidak benar. Ini kerana untuk menjadi seorang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan yang tertentu berkaitan dengan rukum iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari Firman Allah S.W.T :-

" Orang-orang arab badawi itu berkata ; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman, cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. Dan (ingatlah) jika kamu taat kepada perintah Allah dan Rasulnya ( Zahir dan batin) Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang".
Justify Full
" Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ;mereka itulah yang benar-benar (pengakuan imannya)."

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam adalah bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tetapi adalah seseuatu iltizam dan kemitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam. Sebab itu dalam surah Al-Baqarah ayat 208-209 menegaskan :

" Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam ( dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan ;sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata". Maka kalau kamu tergelincir ( Dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu ), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana..."

Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam baik aqidah, syariah, politik (siasah), ekonomi, pendidikan, dan seterusnya.

Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap yang bercanggah dengan perintah Allah dalam surah At-Taubah ayat 38-41 :-

38 - " Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kami, apabila dikatakan kepada kamu: pergilah beramai-ramai berjuang dijalan Allah, kamu merasa kebaratan (suka menikmati kesenangan) di tempat ( masing-masing)? Adalah kamu lebih suka kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

39 - " jika kamu tidak pergi beramai-beramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya) , Allah akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat meggugat Allah sedikitpun. (Ingatlah ) Allah maha kuasa mengatasi segala-galanya."

40- " Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) padahal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekkah) mengeluarkanya dari negerinya Mekkah sedang dia salah dari dua (sahabat)semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya ; janganlah engkau berdua cita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkanya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. ( Dalam masa yang sama) Allah jadikan seruan (dasar syirik ) orang-orang kafir itu rendah dan hina. Sebaliknya Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah maha kuasa lagi maha bijaksana."

41- " Berankatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang dijalan Allah ) samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai0bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam) . Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

Penganut agama Islam adalah mereka yang bersedia berangkat dan keluar berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala bentuk dimensi yang mungkin. Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan kebendaan. Mereka rela berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak bersungguh-sungguh berjuang keimanan mereka akan dipersoalkan oleh Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia.

Pada zaman RasuluLLah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan berhijrah bersama RasuluLLah dihukum dengan hukuman yang berat.

Allah S.w.T berfirman dalam surah At-Taubah ayat 81-90 :

" Orang -orang (munafik) yang ditinggalkan dibelakang (tidak ikut serta berjuang) mereka merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang RasuluLLah ( di madinah) dan mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ; malah mereka (menghasut pula dengan) berkata ; janganlah kalian semua keluar (berperang ) pada musim panas ini. Katakanlah wahai (Muhammad) ." Api neraka jahanam itu lebih jauh panas lagi, kalaulah mereka sedar." " Oleh itu biarlah mereka metawa sedikit (di dunia ini) ; namun mereka akan menangis banyak kelak (di akhirat) sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan."

" Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang munafik itu di madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (ikut serta berperang) , maka katakanlah, kamu jangan sekali-kali keluar bersamaku buat selama-lamanya dan kamu tidak sekali-kali memerangi musuh bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang duduk (di belakang)." "Dan janganlah engkau wahai ( Muhammad) semabahyang seorangpun yang mati dari kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah engaku pula berdiri (di tepi) kuburnya . Kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)."

" Dan jangan engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) Sesungguhnya Allah hendak menyiksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir."

" Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka) ": berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah kamu bersama dengan RasulNya, "nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata : Biarlah kami tinggal bersama-sama orang yang tinggal ( di belakang tidak turut berperang)."

" Mereka suka ditinggalkan bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur), kerana (dengan sebab itu) hati mereka mati, sehingga mereka tidak dapat memahami apa-apa lagi."

"(Mereka tetap tidak ikut serta ) Tetapi RasuluLLah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah yang berjaya." " Allah telah menyediakan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya ; yang demikian itu kemenagan yang besar."

" Dan (kemudian) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzuranya dari orang-orang A'rob, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut beperang) , sedang orang-orang (munafiq di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). ( Oleh itu) orang-orang yang kafir diantara mereka, akan dikenakan azab siksa yang tidak terperi sakitnya."


Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman, tetapi enggan ikut serta berjuang mendaulat Islam telah dihukum sebagai munafiq dan kufur oleh Allah. Allah melarang Nabi mendoakan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka. Allah melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini kerana tentulah perbuatan tidak ikut serta berjuang menegakan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam.

Sebab itu menjadi seorang muslim bermakna kita mesti ikut serta berusaha mengukuhkan gerakan Islam, meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama' dan cendiakiawan ikut serta memperjuangkan Islam.

Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie sah ditawan Israel

MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.

-- Bernama

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP