Saturday, March 6, 2010

Terkesima

Saya amat terkesima apabila menziarahi posting Muktamar Wehdatul Islamiah Versi Edition oleh Ustaz Nasaruddin Haji Hassan At-Tantawi pada program Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 . Program yang dipernuhi para alim ulama' turut bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden Parti Islam Se- Malaysia PAS.

Memang mengejutkan saya apabila beliau menjadi dif jemputan dan diberi penghormatan untuk berucap pada program tersebut. Sedangkan sebelum ini yang saya ketahui beliau merupakan AJK Taqribul Mazhab sahaja. Jika tidak silap. Ini merupakan Qudwah yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Ulama' yang murabbi sungguh memberi kesan kepada si mad'u yang menerima setiap apa yang disampaikan. Kerana setiap apa yang mereka ingin sampai mereka sangat-sangat mengamati sebelum mereka menyampaikan. Mereka bukan golongan yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakannya. Setiap apa yang mereka katakan dijadikan contoh tauladan melalui pengamalanya.

Sehari dua ini seorang sahabat rapat saya yang tidak perlu disebut namanya. Dia seakan mahu menjejaki betul-betul setiap akspek kehidupan Tuan Guru yang saya boleh katakan sebagai idolanya. Dia seakan mengikuti setiap perkembangan semasa, ceramah, dan sebagainya. Setiap ceramah di downloadnya. Dan cuba menjiwai kesukaran jalan dakwah. Barangkali bakal menggantikan Tuan Guru di masa mendatang InsyaAllah. Setidak pun pembantu perjuangan Islam. Saya yakin.

Semoga Allah membuka hati kita untuk terus mendalami ilmu agama dan beramal denganya. Mengekalkan (thabat) hati untuk menerusi jalan dakwah yang ujiannya tidak kita ketahui.


Memahami apa yang kita lakukan adalah satu perkara yang sangat penting. Kerana tidak semudah untuk kita bahasakan perjuangan itu dan ini jika ianya tidak dilalui dengan ujian. Samada ujian itu kesenangan mahupun ujian kesesusahan. Mudahan ujian dariNya termampu mengikut kemampuan masing-masing.

Nasihat buat diri dan pembaca sekalian agar kita sentiasa beristiqomah untuk mendalami ilmu agama dan sentiasa memenuhi kehidupan semangat membaca. Sepertimana ada seorang pemuda gerakan Islam Ikhwanul Muslimin pernah berpesan pada kami melalui tauladan yang beliau lakukan.

" Selepas saja waktu Isyak merupakan masa untuk aku penuhi dengan pembacaan buku-buku gerakan islam dan ilmu-ilmu lain, aku tidak suka buang masa".

Antara pesanan beliau juga dikala kita menghadapi penyakit putus asa (futur). Beliau berpesan supaya. " Sentiasalah membaca muqoddimah fi dhilali Quran karangan Sayyid Qutub".

Mudahan kita terus bersemangat dan terus faham. Biarlah sedikit demi sedikit kita cuba lakukan. Terpenting jangan tinggalkan kesemuanya jika tidak termampu. Semoga kita beristiqomah.

Monday, March 1, 2010

Kehidupan Baru

1- Ini adalah nukilan pertama dari tempat tinggal kami di Syari' Ahmad maher yang sangat aman damai dan permai. Jika diperkecilkan lorongnya lagi, namanya Syari' Makkah.

2- Buat masa sekarang banyak komitmen lain menyebabkan saya dan juga isteri memang sangat tidak berpeluang untuk bersama-sama berkongsi di ruangan maya ini. Malahan kerja-kerja lain juga yang perlu diselesaikan pun masih berkejar-kejaran. Doakan semoga amanah tersebut dapat diselesaikan...

3- Sememangnya berat untuk dilunaskan tanpa bantuan ramai (berjemaah). Namun, peringatan dan kalam semangat mereka sekeliling dan terutama isteri tercinta menambahkan gas pembakar semangat untuk bangkit menerusi jalanan ini. Apa yang menjadi kata kuncinya, biarlah kita bersibuk-sibuk di dunia..mudah-mudahan di akhirat kelak kita diberi kerehatan.

4- Sesungguhnya mati adalah perkara pasti. Siapa jua akan dijemput untuk bertemu Allah yang maha Esa. Syurga atau nerakakah pengakhiran kita? Kita tidak akan pernah mampu untuk menjangkakannya. Jadi, marilah kita sama-sama sentiasa mengingati mati, berilmu dan beramal serta bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa.

5- Doakan agar kami dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan baik dan sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya. InsyaAllah.. Amiinn..

Saturday, February 20, 2010

Banyak membantu

Assalamualaikum. W.B.T.H

1- AlhamduliLLah syukur tidak terhingga buat RabulJalil Tuhan semesta alam atas limpah dan kurniaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad para sahabat tabi' tabiin. serta seluruh pejuang agama Allah. Para alim ulama' dan seluruh ummat Islam.

2- AlhamduliLLah dah hampir 13 hari bergelar suami. Masa bujang dan masa berkahwin perlu saya sesuaikan dengan penuh susunan. Dalam masa yang sama blog saya dan isteri memang tidak diupdate buat seketika. Mohon maaf, rumah baru kami memang masih belum dipasangkan internet. Almaklumlah jemputan arab untuk memasangnya sudah sekian kalinya. Namun masih belum kunjung tiba. Katanya "hagi lak"(aku akan datang). Tapi, Entah bila.

3- Dikesempatan ini, sebagai penghargaan kepada semua yang banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang perjalanan majlis perkahwinan kami pada 7 Feb 2010 dan 8 Feb 2010. Kami tersangat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tak termampu nak membalas jasa kalian semua. Semoga Allah menganjarkan pahala diakhirat kelak.

4- Juga ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir ke walimah kami dan bertambah-tambah menyerikan serta berkat mudah-mudahan. Semoga bertambah mengeeratkan lagi hubungan ikatan ukhuwah sesama kita. Mudahan kalian juga sentiasa tertanam di dalam hati masing-masing untuk menunaikan amalan sunnah yang sangat mulia ini.

5- Akhirnya, mohon maaf sepanjang berurusan sebelum dan selepasnya jika ada tersalah dan tersilap yang tidak disengajakan.

Saturday, February 13, 2010

Kebahagiaanku....

Aku terima nikahnya...

Sarung cincin

Solat sunat el- arusa kali pertama berjemaah bersama isteri tersayang...

Mas kahwin

Suap menyuap...sogan den...

Aduhaii...isteri ku yang solehah..ameenn..

Nota : Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang sangat banyak membantu. Tulus ikhlas dari kami..

Friday, February 5, 2010

Peta ke Walimah

Thursday, February 4, 2010

Terima kasih dan Terima kasih

1- Syukur tidak terhingga buat Rabbul Jalil Tuhan semesta Alam senantiasa memberi nikmat kekuatan kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Serta selawat dan salam buat junjungan besat Nabi Muhammad.

2- Saya sedang bersibuk dengan pengurusan walimah yang bakal menjelang. Tinggal hanya dua hari lagi untuk saya bertukar satatus. Status yang menenangkan dan dipenuhi tanggungjawab.

3- Namun, Saya ingin ambil sedikit masa untuk ucapkan terima kasih buat semua yang sangat banyak membantu. Telah membantu, sedang dan akan membantu. Terima kasih yang tersangat.

4- Sedikit makluman, semalam sewaktu bahagian pengedaran kad Walimah diedarkan mungkin ramai yang tertanya berkaitan dengan alamat DARUL RAHMAH. Darul Rahman mungkin masih belum dikenali namanya. Walaupun rasanya antum dan antunna sentiasa ke kelas pengajian di Darul Rahmah yang sebelumnya diberi nama sebagai BUJANG SENANG. Maknaya tempat yang sama.

5- Jika diperlukan saya akan masukkan peta untuk ke sana.

5- Sekadar itu saja. Mohon didoakan majlis yang bakal berlangsung ini berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keberkataNya. Serta kami abadi hingga ke syurga

Allahumma Ameen...

Wednesday, February 3, 2010

Bakal Menyusul

Firman Allah s.w.t : Dan diantara tanda-tanda kebesaraNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dia menjadi diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Rum 21)

"Doakan semoga kami sentiasa dalam redhoNya dan berbahagia sampai ke syurga"

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP