"Firman Allah SWT : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 20, 2009
Kullu am wa antum bikhair
Selamat Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 5:36 AM 1 comments
Tuesday, September 15, 2009
Dibebaskan dari ISA
Cuba kita bayangkan lebih tujuh tahun merengkuk di dalam penjara. Maknanya hampir tujuh tahun tidak bersama keluarga. Kini dibebaskan dan boleh balik beraya bersama keluarga. Kita yang hanya bepisah berada di perantauan hanya seketika, itupun untuk tujuan menuntut ilmu. Pun sedih pilu dan sebagainya. Inikan lebih tujuh tahun, tambahan di dalam tahanan yang tercekup tidak dapat menikmati keindahan alam.Sebelum ini saya ada terbaca blog yang mengisahkan tahanan ini. Aduh. Sedih sebenarnya. Seiring pula dengan lagu yang di pasang khas pada blog tersebut.."apalah salah kuuu.."? sedih bukan. Anak, isteri, keluarga semuanya merintih ayahnya ditahan begitu lama.
Hari ini. Alhamdulillah bebas.
Namun, kena ingat. ISA memang tidak relevan.
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 4:42 PM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
Ramadan : " Masih berpeluang"!
Firman Allah Ta'la : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."Puasa seperti umum mengetahui adalah suatu pensyariatan yang dituntut di dalam Islam, ianya wajib dilaksanakan oleh setiap muslim di bulan ramadan. Kelebihan berpuasa adalah telalu banyak jika kita bincangkan.
Namun ianya perlu diikuti keseluruhannya bukanlah hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Ianya amat merugikan dan memenatkan sahaja.
Kita mungkin terlupa terkadang mulut kita hanya terkunci daripada makan dan minum sahaja, sedang pertuturan kita lancang mengumpat, maki hamun, berkata tidak sopan serta lain-lain.
Dalam hal ini Allah berfirman; “Maka janganlah kamu duduk bersama mereka sampai mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka”. (An-Nisaa: 140)
Selain itu mata kita tidak terjaga, sering melihat, menonton rancangan yang boleh menaikkan syahwat, amatlah rugi kita berada keadaan sebegini.
Imam Al-Ghazali mengatakan,;" Mereka yang selamat dalam Ramadhan jika berada dalam kategori khususul khusus atau al-Khawwas. Mereka menjaga telinga, mata, lisan, tangan dari maksiat."
Seperti disebut di dalam ayat Al Quran tersebut jika kita dapat melaksanakanya di bulan ini dan diteruskan di bulan-bulan lain, rasanya selamatlah ummat daripada perkara buruk yang sering berlaku di bulan lain tersebut.
Selain itu kita perlu berpada di dalam menyediakan makanan terutamanya sewaktu berbuka. Bukanlah kita "melantak" dalam erti kata lain makan melampaui batas hingga menjejaskan kesihatan pula.
Catatan ini untuk mengingatkan kita semua sempena beberapa hari lagi ramadan akan pergi meninggalkan kita.
Maka tangisilahh...
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 2:58 PM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Gerbang Lailatulqadar
Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya kami telah menurunkanya ( Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakan malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhanya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah Al-Qadr : 1-5)
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr kerana keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Satu lagi peluang dibuka buat kita yang bergelar hamba Allah. Kini kita sudah berada dalam semester ketiga iaitu " itqun minannar", juga di sana disediakan malam Lailatulqadar. Pastinya sepuluh malam terakhir ini dinanti-nantikan kita semua. Ataukah kita lebih menantikan Aidilfitri yang sangat menggembirakan kita? tidak terasa sedihkah kita akan ditinggalkan bulan yang tersangat mulia ini?
Persoalan ini boleh jadikan renungan buat kita semua melihat disaat akhir ramadan kian malas dalam diri dirasai. jangan biarkan diri kita malas lagi, kerana tidak lama lagi ianya akan pergi bgitu pantas meniggalkan kita. Pergi tak kembali!".
Sepatutnya diakhir ramadan ini bertambah-tambah lagi kita melaksanakan amalan demi mencari redhoNya.
Daripada ‘Aishah r.anha berkata,“Ya Rasulullah! Beritahulah kepada aku sekiranya aku tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya aku pohon?”Baginda S.A.W. bersaba,“Katakanlah : (Allhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna)Ya Allah sesunnguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkaulah sukakan pengampunan,maka ampunilah daku.”Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan At-Tirmizi
Riwayat Tarmizi daripada umamah : " Tiada sesuatu jalan yang paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti apa yang keluar daripadaNya iaitu Al-Quran."
Dengan itu perbanyakkan membaca Al-Quran dan mendengar dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya berganda-ganda tambahan disaat pecutan terakhir ini.
Firman Allah :"Maka berzikirlah kepadaku (Zikrullah)nescaya Aku akan mengigatimu."(Al-baqarah :152)
Maka marilah kita sama-sama memenuhi malam terakhir dengan bermujahadah tanpa mengira penat dan lelah. Jika kita tidak mampu di bulan ramadan ini, bagaimana keberadaan kita di bulan-bulan lain..? renungi dan hayatilah......
Jika kita berada disaat begini tiada guna lagi...

Nasihat buat diri.
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 11:57 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Istiqomah berblog..
Kita sedari bahawa percambahan blogger hari ini bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Blogger secara khususnya bertujuan menulis, mempromosi dan beberapa perkara lain mengikut mekanisma tersendiri. Ada yang ingin menyampaikan dakwah, ada juga yang mahumenulis hal peribadi, ada menulis isu-isu semasa. Demikian adalah mengikut minat masing -masing, dalam masa yang sama boleh dikatakan keseluruhanya bertujuan menyampaikan dakwah.Justeru hal ini boleh mengelakkan pengguna Internet daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bahkan mengajak kepada pengguna memikirkan masalah Islam , bangsa dan Negara secara tidak langsung.Tidak kurang menyampaikan idea-idea yang menarik untuk didedahkan kepada kepimpinan negara, negeri serta kawasan masing-masing. Jika tidak kita pasti menanti peluang-peluang lain seperti menyediakan buku-buku atau bentuk bahan cetakan lain untuk menyampaikan dakwah berbentuk penulisan ini. Tapi tidak semua menggagahi untuk pergi ke tahap itu. Berbanding sudah tersedia tapak free untuk ditulis sebegini.
Namun blogger atau pemilik blogger peribadi secara khususnya mesti istiqomah dalam menulis, dalam erti kata tidak berputus asa. Kerana jika kita meletakkan, menulis blog juga adalah sebahagian medan dakwah, serta mendidik kita terjun bersama masyarakat.Sering berlaku apa yang dilihat hari ini penulis blogger terkadang didatangi angin rajin maka boleh dikatakan setiap dimasukkan entry baru. Jika datangnya angin dah malas..haa maka bermulalah "bersawang :kata yang biasa digunakan penulis blog"., malah lebih teruk terus terkubur bungkus dengan menekan butang delete...habis.
Bermakna kita telah beputus asa. saya risau jika terjadi pada diri sebegini. Mudahan dikurniakan nikmat Istiqomah.
Firman Allah Taala:
Ertinya: ”Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir…."(Surah Yusof ‘ Ayat 87)
Tujuan berblog mestilah ikhlas serta bertujuan mencari redhoNya. InsyaAllah pasti akan membuahkan Istiqomah.
Ameen. Nasihat buat diri.
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 1:50 PM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Sudah 16 ramadan..
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah ;" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Sedar ataupun tidak kita sudahpun berada di pertengahan bulan ramadan yang di dalamnya penuh barakah . Ruang keampunan dan segala peluang disediakan Allah buat kita yang dipenuhi dosa dan noda untuk terus bertaubat dan mengadu padanya. Namun, ruang disedia ini tidak akan berpanjangan dan tidak menunggu kita, ianya akan pergi dan akan meninggalkan kita berapa hari lagi.
Kita sedia faham bahawa bulan ramadan adalah bulan madrasah iaitu latihan dan akan kita teruskan dibulan-bulan yang lain. Nikmat ini Allah telah anugerahkan buat kita untuk menggapai keredaannya. Itu pun jika kita sentiasa bersedia untuk menuju kearah itu. Jika kita hanya lalai dan leka dan mengambil sikap menggunakan ruang ramadan hanya seperti bulan biasa. Maka ini muhasabah buat kita. renungilah kembali. Apakah ruang rahmah diawal ramadan hanya berlalu begitu sahaja?
Tentu ada yang merasai nikmat ramhat Allah ini dengan beberapa perubahan dalam diri yang telah nekad sejak rejab dan sya'ban dan seawal mula ramadan. jika tidak!
Tepuk dada tanya iman.
Muhasabah ini buat diri dan pembaca.
Posted by Akhi Abdul Kadir. at 7:32 AM 0 comments
About Me
- Akhi Abdul Kadir.
- Pelajar Fakulti Bahasa Arab Syu'bah Ammah Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah,Mesir.Berasal dari Baling,Kedah DA.Telah berkahwin dengan seorang permaisuri Solehah, Syaidatul Syakila Bt Aini,Pelajar Tahun Akhir Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mesir. Telah dikurniakan seorang cahayamata yang comel dan soleh, Muhammad Thoriq Ziyad Bin Abd. Kadir.
My Blog List
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...12 years ago
-
Salam Imtihan Dari Barisan Kepimpinan DPM Mansurah - SALAM IMTIHANDewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah sesi 2013/2014 mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 kepada seluruh ahli DPMM yang akan bermula pa...12 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis - Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap lepas ni sa...14 years ago
-
PERKAHWINANKU - Syukur *Alhamdulillah* dengan limpah kurnianya, saya dapat beristerikan Sakinah binti Suhaimi pada 18 September 2011. *Ya Allah*, campakkan kebahagian pad...14 years ago
-
-
Qobiltu Nikahaha
Kahwin di Mesir - 7 Feb 2010
Jiwang
Kita PMRAM
Save palestin
Kalendar
My Blog List
Ukhuwah Fillah
Facebook Badge
Laman Ulama'
Link Pilihan
Pesatuan Mahasiswa
Universiti
Link Sahabat Mesir
- Mujahid Fadzil
- Faizudin
- Hanif Jamaluddin
- Abdul Hadi
- Mohd Yasir Razi
- Farhan Azhar
- Mohd Fairus Soied At-Tantawi
- Ikram
- Aizat Sofian
- Nuzul Hakimi Ibrahim
- Hanafi Zulkapli
- Norlatifah Othman
- Fadhilah Esa
- Mohd Adlan Mokhtarudin
- Syakilah
- Ainu Mardhiah
- Zaim
- Rasul Amat
- Fadzli UPP
- Alifuddin
- Izzat Kamal
- Najhie Syubra
- Abu Bakar Razak
- Syafiq Zulakiflie
- Farizul Apandi
- Saiful Bahri
- Muhammad Khairil
- Asri Zulkafli
- Azizan
- Farid Mohd Arbi
- Wan Mohd Talha
- Rashidi Abd Wahab
- Zulkiflie Muhammad
- Suhaimi Ardzi
- Saiful Islam
- Norhafizah Ghazali
- Zulkarami
- Alif Junaidi
- Ihsan Al-Jauhari
- Zuhdi Yahya
- Amirul Hasim
- Athirah Ajos
- Lailati Mahat
- Mohd Noor Fathi
- Al-Amin Daud
- Fahmi Yusuf
- Hakimi Mutalib
- Tuan Azman
- Labib Abd Jalil
- Adham Hadori
- Amin Taufiq
Ex Mesir
Archives
-
►
2008
(48)
- February (2)
- March (1)
- April (3)
- May (6)
- June (3)
- July (7)
- August (8)
- September (5)
- October (7)
- November (3)
- December (3)
-
►
2009
(80)
- January (4)
- February (6)
- March (6)
- April (9)
- May (4)
- June (7)
- July (3)
- August (4)
- September (9)
- October (7)
- November (16)
- December (5)
-
►
2010
(54)
- January (5)
- February (5)
- March (6)
- April (4)
- May (6)
- June (3)
- July (8)
- August (4)
- September (5)
- October (1)
- November (1)
- December (6)
