Thursday, September 10, 2009

Gerbang Lailatulqadar

Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya kami telah menurunkanya ( Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakan malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhanya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah Al-Qadr : 1-5)


Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr kerana keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Satu lagi peluang dibuka buat kita yang bergelar hamba Allah. Kini kita sudah berada dalam semester ketiga iaitu " itqun minannar", juga di sana disediakan malam Lailatulqadar. Pastinya sepuluh malam terakhir ini dinanti-nantikan kita semua. Ataukah kita lebih menantikan Aidilfitri yang sangat menggembirakan kita? tidak terasa sedihkah kita akan ditinggalkan bulan yang tersangat mulia ini?

Persoalan ini boleh jadikan renungan buat kita semua melihat disaat akhir ramadan kian malas dalam diri dirasai. jangan biarkan diri kita malas lagi, kerana tidak lama lagi ianya akan pergi bgitu pantas meniggalkan kita. Pergi tak kembali!".

Sepatutnya diakhir ramadan ini bertambah-tambah lagi kita melaksanakan amalan demi mencari redhoNya.

Daripada ‘Aishah r.anha berkata,“Ya Rasulullah! Beritahulah kepada aku sekiranya aku tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya aku pohon?”Baginda S.A.W. bersaba,“Katakanlah : (Allhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna)Ya Allah sesunnguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkaulah sukakan pengampunan,maka ampunilah daku.”Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan At-Tirmizi

Riwayat Tarmizi daripada umamah :
" Tiada sesuatu jalan yang paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti apa yang keluar daripadaNya iaitu Al-Quran."

Dengan itu perbanyakkan membaca Al-Quran dan mendengar dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya berganda-ganda tambahan disaat pecutan terakhir ini.

Firman Allah :"Maka berzikirlah kepadaku (Zikrullah)nescaya Aku akan mengigatimu."(Al-baqarah :152)

Maka marilah kita sama-sama memenuhi malam terakhir dengan bermujahadah tanpa mengira penat dan lelah. Jika kita tidak mampu di bulan ramadan ini, bagaimana keberadaan kita di bulan-bulan lain..? renungi dan hayatilah......

Jika kita berada disaat begini tiada guna lagi...


Nasihat buat diri.

Tuesday, September 8, 2009

Istiqomah berblog..

Kita sedari bahawa percambahan blogger hari ini bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Blogger secara khususnya bertujuan menulis, mempromosi dan beberapa perkara lain mengikut mekanisma tersendiri. Ada yang ingin menyampaikan dakwah, ada juga yang mahumenulis hal peribadi, ada menulis isu-isu semasa. Demikian adalah mengikut minat masing -masing, dalam masa yang sama boleh dikatakan keseluruhanya bertujuan menyampaikan dakwah.

Justeru hal ini boleh mengelakkan pengguna Internet daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bahkan mengajak kepada pengguna memikirkan masalah Islam , bangsa dan Negara secara tidak langsung.Tidak kurang menyampaikan idea-idea yang menarik untuk didedahkan kepada kepimpinan negara, negeri serta kawasan masing-masing. Jika tidak kita pasti menanti peluang-peluang lain seperti menyediakan buku-buku atau bentuk bahan cetakan lain untuk menyampaikan dakwah berbentuk penulisan ini. Tapi tidak semua menggagahi untuk pergi ke tahap itu. Berbanding sudah tersedia tapak free untuk ditulis sebegini.

Namun blogger atau pemilik blogger peribadi secara khususnya mesti istiqomah dalam menulis, dalam erti kata tidak berputus asa. Kerana jika kita meletakkan, menulis blog juga adalah sebahagian medan dakwah, serta mendidik kita terjun bersama masyarakat.Sering berlaku apa yang dilihat hari ini penulis blogger terkadang didatangi angin rajin maka boleh dikatakan setiap dimasukkan entry baru. Jika datangnya angin dah malas..haa maka bermulalah "bersawang :kata yang biasa digunakan penulis blog"., malah lebih teruk terus terkubur bungkus dengan menekan butang delete...habis.

Bermakna kita telah beputus asa. saya risau jika terjadi pada diri sebegini. Mudahan dikurniakan nikmat Istiqomah.

Firman Allah Taala:

Ertinya: ”Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir…."(Surah Yusof ‘ Ayat 87)

Tujuan berblog mestilah ikhlas serta bertujuan mencari redhoNya. InsyaAllah pasti akan membuahkan Istiqomah.

Ameen. Nasihat buat diri.

Sunday, September 6, 2009

Sudah 16 ramadan..

Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah ;

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Sedar ataupun tidak kita sudahpun berada di pertengahan bulan ramadan yang di dalamnya penuh barakah . Ruang keampunan dan segala peluang disediakan Allah buat kita yang dipenuhi dosa dan noda untuk terus bertaubat dan mengadu padanya. Namun, ruang disedia ini tidak akan berpanjangan dan tidak menunggu kita, ianya akan pergi dan akan meninggalkan kita berapa hari lagi.

Kita sedia faham bahawa bulan ramadan adalah bulan madrasah iaitu latihan dan akan kita teruskan dibulan-bulan yang lain. Nikmat ini Allah telah anugerahkan buat kita untuk menggapai keredaannya. Itu pun jika kita sentiasa bersedia untuk menuju kearah itu. Jika kita hanya lalai dan leka dan mengambil sikap menggunakan ruang ramadan hanya seperti bulan biasa. Maka ini muhasabah buat kita. renungilah kembali. Apakah ruang rahmah diawal ramadan hanya berlalu begitu sahaja?

Tentu ada yang merasai nikmat ramhat Allah ini dengan beberapa perubahan dalam diri yang telah nekad sejak rejab dan sya'ban dan seawal mula ramadan. jika tidak!

Tepuk dada tanya iman.

Muhasabah ini buat diri dan pembaca.

Monday, August 17, 2009

Uslub Dakwah

Tazkirah Jumaat: Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah.

Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.

Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.

Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat
berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati
janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam
meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:

1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada

firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh
diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap
mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w.
ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir
mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang
merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat
digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia
disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat
Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.
* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.
* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.
* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan
dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain
pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut
aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh
pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan
kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya:
"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi
menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi
mereka yang agak degil dan keras kepala.Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya:
"(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad
s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu
menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi
kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud:

"Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk
memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan
kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh
dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa
sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam
berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam
al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan
yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang
ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-
Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung
kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba. - lanh _

sumber : harakahdaily.net
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | May 22, 09 | 11:26:08 am MYT

Saturday, August 15, 2009

Adakah berkesempatan ramadhan kali ini?

Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia, bulan yang akan memadrasahkan diri untuk beramal soleh dan mencari keredhoaan Ilahi dan akan berterusan untuk bulan-bulan yang seterusnya. Persoalannya adakah kita diberi kesempatan untuk merasai kemanisan ramadhan kali ini?

Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat Ilahi agar dapat sama-sama berkesempatan untuk berada dibulan yang mulia ini.

Bulan yang sangat mulia ini dinantikan ummat seluruh alam, kerana ianya mempunyai kelebihan yang tiada di bulan-bulan yang lain. Seperti disebut Hadis :

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Antara lain disebut ; Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Oleh kerana itu, harapan yang tinggi kita sama-sama panjatkan doa agar kita dapat kecapi bersama dan berada dibulan ini demi mencari redhonya.

Monday, August 10, 2009

Selesema babi satu bala?

Semakin bertambah kes kematian yang yang membabitkan isu selesema babi. Kes ini meyebabkan seluruh negara berada dalam keadaan kebimbangan.

banyak sumber membincangkan tetang perkara ini. Apa yang menarik dalam satu petikan kalam Tok Guru Nik Aziz menyatakan :-

1- Ini merupakan bala dari Allah swt kepada manusia atas muka bumi ini yang banyak melakukan pekara kemaksiatan

2- juga merupakan bala keatas mereka yang memahami agama Islam tetapi tidak menyampaikan kepada masyarakat. Tidak mengajak ke arah kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran!!.

Ini merupakan peringatan yang sangat jelas buat kita semua. Kerana bala bukan hanya ditimpa kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja. Bahkan, tidak terkecuali kepada sesiapun.....

-sambungan-.....

Wednesday, August 5, 2009

Ucapan takziah kepada yang terpilih menjadi kepimpinan

Firman Allah S.w.t :

"Kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu." (Muhammaad :7)

Perit, pedih, penat, sakit kepala kepimpinan sesi 08/09 menerima pelbagai dugaan demi meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya dan tidak selayaknya diperguna-gunakan atau dipergula-gulakan pihak lain.

Amanah kepimpinan tersangatlah berat, tidak dapat nak dibayangkan jika kita bercakap dengan mereka yang masih belum pernah memegang amanah seumpama ini. Apa yang penting mereka meletak pergantungan dengan Allah swt dengan beriman dan bertaqwa.

Barangkali mereka yang masih belum pernah memikul amanah ini agak ketagih ingin memiliki tahta ini. Tapi tidak...Allahuakbar...hanya Allah yang tahu bukan mudah. Tidak seperti apa yang kita mampu ungkapkan dibibir lantas dapat laksanakanya.

Walaupun sehebat mana sekalipun, jangan sekali-kali bercita-cita hubbu ria'asah ingin menjadi ketua atau kepimpinan. Barangakali jika kita diminta dan kita sangat diperlukan. Maka, perlulah kita bersedia menerima dan cuba laksanakanya.

Mereka yang telah dipilih perlu meletakkan bahawa pilihan itu adalah percaturan dari Allah swt dengan penuh beriman atas ketetapan qodo' dan qodar dan mereka yang kalah hendaklah merasa gembira kerana Allah swt masih memberi ruangan untuk tidak dibebankan dengan amanah yang maha berat ini. Mungkin dimasa mendatang giliran mereka menanti.

Firman Allah S.W.T : " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya," (Al-Baqarah :286)

Oleh hal yang demikian, terpilih mahupun tidak kita tetap perlu melaksanakan tanggungjawab kita. Jika mereka selaku pimpinan maka dengan tanggunjawabnya dan bagi kita sebagai ahli juga mempunyai tanggungjawab. Sebab kita bukanlah parti lawan untuk berhempas pulas tiada kesudahan untuk untuk menukar kerusi kepimpinan. Bahkan, pemilihan hanyalah seputar ahli dan ahli untuk memilih kepimpinan dan memimpin ahli sendiri. Barangkali kalau parti lawan sungguh kita perlu melawannya dengan sebenar-benar lawan supaya tertegaknya dasar Al- Quran dan As-sunnah.

Walaubagaimanapun, saya sungguh tersangat gembira apabila melihat komitmen ahli untuk menjayakan Mesyuarat Agung DPMM dan memeriahkan lagi Pilihanraya kali ini. Bukanlah mereka bersungguh-sungguh atas dasar tertentu ataupun memperjuangkan mana-mana pertubuhan lain. Namun benar ikhlas atas dasar ingin membantu DPMM dan PMRAM.

Akhirnya, sekalung takziah buat kepimpinan sesi 2009/2010. Salam perjuangan....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP