Sunday, April 5, 2009

Moga dimenangkan

Assalamualaikum wbth..

Suasana sambutan pilihanraya yang semakin hari semakin rancak di bukit gantang,bukit selambau,batang air yang akan berlansungnya pada 07/04/2009 bersamaan 11 Rabiulakhir 1431 ini.Ianya diharapkan dipenuhi ruangan sebelum tibanya dengan pengisian kesedaran yang baik kepada seluruh rakyat.

Cukup dirasai saya yang masih lagi berada diluar negera dengan perkembangan yang baik yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan dan rakyat seluruhnya demi memenangkan parti yang membela kebajikan rakyat dan keadilan ini.

Saya yakin bahawa rata-rata anak muda,golongan separa tua,dan tua seluruh negara kesemunya turun bersama bekerjasama demi dimenangkan parti ini hanya atas dasar kefahaman yang sangat jelas.Berbanding dengan beberapa dekat dahulu kala "Rakyat mudah dipujuk dengan kebendaan".Namun semuanya berubah kerana rakyat hari ini sudah ramai yang berpelajaran.

Dulunya mereka takut kerana mereka tidak mempunya ilmu tentang ini.Seperti bak kata Dato' Hassan Ali "Dulu rakyat dalam proses pembodohan"jadi kita selaku rakyat jangan sekali-kali terjerumus lagi dalam proses sebagini.

Semua rakyat sudah pasti akan mengundikan kepimpinan yang akan membela mereka dan memberi kebajikan kepada mereka semaksima mungkin.Bagi saya kebajikan yang saya amat hargai adalah kebajikan menyedarkan rakyat hakikat kesedaran diri.Yang dimaksudkan ini adalah memberi kesedaran kepada seluruh rakyatnya dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan.

Melihat dari sudut permasalahan sosial anak muda hari ini begitu kritikal yang memerlukan kepada kepimpinan yang berjiwa ingin mengubah suasana dan memberi kesedaran yang baik.Sepertimana terlaksanya di Negeri Kelantan yang perlu di contohi dengan majlis-majlis yang begitu harmoni.

Selamat mengundi

Friday, April 3, 2009

tell me why



In my dream,children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green:
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need
Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand Tell me why?
Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?
chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?
chorus:
chorus chant:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why

Friday, March 27, 2009

Apa yang berlaku pada 26 mac 2009

Tahniah!
Kelahiran seorang Cahayamata : Us Yasir dan Ustazh Ain : Mansurah

Muktamar tahunan PMRAM : Kaherah

Perhimpunan Agung Um-no : Malaysia

Saturday, March 21, 2009

Dakwah kedai kopi

Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!


Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Mar 20, 09 | 11:51:24 pm MYT

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.

Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang
dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang
sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.

Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah,menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.

Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca
daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda
s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.

Sinar Islam malap oleh sikap Muslimin

Diakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."

Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia,sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).

Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.
"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam),

maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86')

Budaya lepak' secara Islam

Budaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian
jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu.
Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu.Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!

Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir
jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan
juga bercakap-cakap dalamnya."

Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).

Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.

Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui,Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.

Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam.
Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.

Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.

Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang
kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

Sumber : Harakahdaily.net

Thursday, March 19, 2009

Al Fatihah...

Ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Haji Khairul Azhar Kamaruddin (hj Khir) (negeri sembilan) yang meninggal dunia kerana demam denggi. Allahyarham adalah mantan Penasihat PMRAM.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah ke atas al Marhum us khairul azhar..semoga Allah menempatkan beliau dikalangan para syuhada dan solehin...

Bersama adik perubatan yang ceria'

Wednesday, March 18, 2009

Doa qunut nazilah...

Doa memohon perlindungan dan menangkis balik kejahatan musuh



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin..........

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP