Thursday, March 19, 2009

Al Fatihah...

Ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Haji Khairul Azhar Kamaruddin (hj Khir) (negeri sembilan) yang meninggal dunia kerana demam denggi. Allahyarham adalah mantan Penasihat PMRAM.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah ke atas al Marhum us khairul azhar..semoga Allah menempatkan beliau dikalangan para syuhada dan solehin...

Bersama adik perubatan yang ceria'

Wednesday, March 18, 2009

Doa qunut nazilah...

Doa memohon perlindungan dan menangkis balik kejahatan musuh



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin..........

Monday, March 9, 2009

Nafar 1430"H - Rindu suasana ni...

Program Nahnu fudaaka ya Rasulallah NAFAR 1430H yang bermula pada hari isnin bersamaan dengan 12 rabiul awwal 1430 yang cukup memikat hati warga Mansurah dengan suasana yang penuh harmonis dan berbia'ah solehah yang cukup sejuk mata memandang lantas masuk ke dalam hati masing-masing.

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

Pada hemat saya program sebegini perlu diteruskan dengan penuh rasa minat yang sungguh mendalam seluruhnya dan dicernakan dalam kehidupan masing-masing.

Mungkin pada penglihatan saya ramai yang sudah mengorbankan masa untuk turun bersama-sama bagi menjayakan program ini seawal pemulaan perasmian tadi sesejuk pagi sungguh mengkagumkan dan sesudahnya selewat petang,di sambung pula bagi siswa hingga ke malam hari.Dan insyaAllah esok secara amalinya masa kita bakal dikorbankan lagi untuk bersama-sama turun padang berkerjasama bagi agenda "Muafakat Membawa berkat" pendek kata masak bubur Asyura bersama-sama.

Jadi Marilah kita sama-sama menjayakanya...Selamat Menyambut Maulidul Rasul SAW...

Friday, February 27, 2009

Tasji'at buat saya..

"Orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti memegang bara api"


Daripada Anas r.a berkata : Rasulullah saw.bersabda ;" Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang dengan agamanya laksana mengenggam bara api".

Hadis Riwayat Tarmizi.

Walaupun cabaran dan tekanan yang dikecapi kepada umat Islam,undividu mahupun kumpulan yang ingin mempertahankan Islam akhir-akhir zaman ini. Di saat umat manusia pada hari ini juga lebih memilih contoh-contoh barat untuk menjadi cara hidup!bahkan lebih meyakini teknik dan perkembangan barat yang lebih membawa kemajuan dan memberi kemenangan yang besar.Dan seterusnya terkadang terus meninggalkan kerja-kerja membantu Islam dek kerana tidak tertahan dengan cabaran dan tekanan!

Tidakkan kita semua yakini bahawa dengan pertolongan dan bantuan Allah swt kepada sesiapa yang memelihara Allah maka Allah sentiasa bersamanya,membantu,menolong,memlihara,menguatkan dan memberi taufiq kepada setiap kali dia diselubungi kegelapan dan tertekan dengan suasana."Peliharalah Allah,nescaya kamu mendapatinya bersamamu."kamu mendapatinya bersertamu,mengawal,memelihara,membantu dan menolongmu.

Sepertimana Firman Allah swt : Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha dan memperbaiki agamanya."

Qotaadah berkata : "sesiapa bertaqwa kepada Allah ,Allah akan bersertanya.Sesiapa yang Allah bersertanya ,maka dia disertai oleh kumpulan yang tidak mungkin ditewaskan,pengawal yang tidak tidur dan pemberi petunjuk yang tidak sesat."

Tetapi ,pertolongan Allah swt dan bantunya berkait rapat dengan sejauhmana perlaksanaan perintah dan mejauhi laranganya.oleh itu sesiapa yang mentaati Allah swt ,Allah akan menolong dan membantunya dan sesiapa yang menderhakainya ,Dia akan membiar dan menghinanya.

Firman Allah swt : kalau kamu membela agama Allah ,necaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenagan) dan meneguhkan pendirian kamu."Muhammad : 7)

Juga dalam Firman Allah swt :"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada siapapun yang dapat megalahkan kamu,dan jika Allah mebiarkan kamu (tidak memberi petolongan )maka siapa gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu ?'

Oleh kerana itu ,Kita selaku para pejuang perlu mengambil keyakinan ini dan terus berusaha menggerakkan seluruh kudrat amanah Allah ini agar generasi-generasi mendatang dapat merasai risalah dakwah Islam agama yang suci ini.

Wednesday, February 18, 2009

Bersama anak yatim tahfiz


Kelihatan gambar di atas di ambil sewaktu pejalanan di sekitar Momtaza sambil membantu menyelesaikan beberapa urusan anak-anak yatim al- wadi yang menuntut di Markaz bahasa dan kelas Al Quran di Markaz Profesor di Mandara Alexanderia secara intensif selama 16 peringkat.

Yang seronok sewaktu kami nk posing gambar ni ..ada sorang dari kalangan budak-budak ni dengan tiba-tiba megajak jom ustaz!kita bergambar kat sini..kat belakang tu cantik la gambar abang kat belakang tu pakai cermin mata..

kami semua tergelak tebahak-bahak..mahu tidaknya gambar yang di belakang tu adalah gambar presiden Mesir.Itu semua tidak penting oleh kerana mereka masih lagi baru dan banyak perkara yang perlu di beri pendedahan kepada mereka.Barangkali kalau gambar yang terpampang di situ gambar Osma bin laden mugkin depa kenal kot..

Begitulah beberapa keratan kenangan bersama anak2 yatim tahfiz ni.semoga Allah mempermudahkan segala pemahaman pengajian mereka sepanjang beberapa bulan di bumi Mesir.

"SELAMAT MENUNTUT ILMU DAN BERAMAL"

Monday, February 16, 2009

Doa Anak Soleh

Memperkatakan soal doa mungkin suatu perkara yang mudah diperkatakan.Namun,hakikatnya memang susah untuk dilaksanakan jika kita tidak di didik dengan kesedaran tarbiah yang sebenarnya.

Kita selaku hamba Allah swt sudah pasti dan sepastinya akan menemui ajal "Mati" pada bila-bila masa mengikut ketetapan Ilahi.Dan sudah pasti harapan kita kehidupan di akhirat kelak adalah yang terbaik.Walaupun hakikatnya amalan kita tidak sebaik apa yang kita impikan.Tidak cukup dengan itu amalan kejahatan juga sentiasa diteruskan dalam kehidupan.

Sabda Nabi saw : Semua anak adam dilahirkan dalam keadaan fitrah (Bersedia dari semulajadinya untuk menerima kebenaran (Islam)."

Firman Allah swt : " Katakanlah (wahai muhammad) : " Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi orang-orang yang bertaqwa (kerana lebih mewah dan kekal selama-lamanya." (An-Nisa' :77)

Ayat di atas sudah cukup untuk kita sama-sama menyedari bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara.dan perlu bagi kita membuat suatu perubahan dalam diri kita selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini.

Sabda Nabi Saw : Apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara ,iaitu sedakah jariah, ilmu yang dimaanfatkan,doa anak yang soleh...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP