Monday, February 16, 2009

Doa Anak Soleh

Memperkatakan soal doa mungkin suatu perkara yang mudah diperkatakan.Namun,hakikatnya memang susah untuk dilaksanakan jika kita tidak di didik dengan kesedaran tarbiah yang sebenarnya.

Kita selaku hamba Allah swt sudah pasti dan sepastinya akan menemui ajal "Mati" pada bila-bila masa mengikut ketetapan Ilahi.Dan sudah pasti harapan kita kehidupan di akhirat kelak adalah yang terbaik.Walaupun hakikatnya amalan kita tidak sebaik apa yang kita impikan.Tidak cukup dengan itu amalan kejahatan juga sentiasa diteruskan dalam kehidupan.

Sabda Nabi saw : Semua anak adam dilahirkan dalam keadaan fitrah (Bersedia dari semulajadinya untuk menerima kebenaran (Islam)."

Firman Allah swt : " Katakanlah (wahai muhammad) : " Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi orang-orang yang bertaqwa (kerana lebih mewah dan kekal selama-lamanya." (An-Nisa' :77)

Ayat di atas sudah cukup untuk kita sama-sama menyedari bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara.dan perlu bagi kita membuat suatu perubahan dalam diri kita selaku hamba Allah swt di atas muka bumi ini.

Sabda Nabi Saw : Apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara ,iaitu sedakah jariah, ilmu yang dimaanfatkan,doa anak yang soleh...

Tuntut Kamus Al Miftah sekarang!


(Meseg yang diperolahi dari Foward rakan YM)Assalamualaikum,maklumat kepada sesiapa yang menempah kamus Al-Miftah,bolehlah menuntutnya di kedai DPMM beserta bayarannya LE150 bagi sesiapa yang belum menjelaskan bayaran sepenuhnya.Masa tuntutan kamus bermula daripada selepas zohor dan berakhir 20 minit sebelum maghrib.Kerjasama anda amatlah diharapkan.Sebarang masalah bolehlah terus menghubungi Mohd Zuhdi bin Yahaya(0119773656)@Noor Akmaizan binti Yusof(0118518847)Syukran,wassalam.

Gambar : Bukan Duta asal.

Barangkali anda pelik kenapa gambar si K.E (Bukan nama asal) menjadi model bagi kamus Al Miftah.sekadar mempromosi Kamus sahaja bukan si K.E tu...

Selain itu saya bercadang untuk membantu Bendahari kita al fadil us Zuhdi bagi mempromosikan Kamus ini dan seterusnya mempromosikan Kedai DPMM seperti gambar di atas yang sekarang berada di :

Kedai DPMM,
Aras 2 Dewan Persada Jazirah Al Ward (DPJA),
Bersebelahan Markaz 1 HEWI DPMM,
Utubis Jadid El Mansourah.

Mungkin ada sebahagian yang menetap di Mansurah ini belum berkunjung ke Kedai DPMM ini dan membeli pelbagai barangan menarik seperti buku ilmiah terkini,makanan Malaysia,ubat-ubatan dan sbgainya.

ok selamat berkunjung ..sekian wassalam.

Friday, February 13, 2009

Hamas semakin popular

As-Syahid said Syiam

Sabda Nabi saw maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya Qiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah.

Hari ini kita melihat ketegasan pihak Hamas membuat keputusan supaya tidak sama sekali melakukan gencatan senjatan atau apa-apa pendamaian.walaupun ada segelintir rakyatnya terutamanya puak2 Fatah yang seakan-akan lebih suka pendamaian kononnya kerana tidak tertahan melihat kekejaman rejim zionis israil.Tanpa melihat ayat-ayat Allah swt tentang sifat naluri bangsa Israil yang bak kata pepatan moden "Tak makan saman".

Tetapi alhamdulillah,kesan yang cukup besar apa yang kita dapat lihat pada hari ini seluruh ummat dunia rata-ratanya tertarik perhatian untuk menunjukkan perasaan marah terhadap kekejaman Israeil dan seakan ingin mengkaji betapa hebatnya pejuang-pejuang Hamas yang sanggup berjuang apa saja demi mempertahankan agama Allah.

Yang cukup menakjubkan lagi apa yang dapat kita lihat di negara kita Malaysia,bagi yang telah lama menyedari hakikat ini barangkali tidak menjadi satu kepelikan.Suasana ini berubah dari dulunya sebahagian besar seakan tidak tahu langsung keadaan politik di Palestin.Apa itu Hamas?Apa itu fatah dan lain2.

Hakikatnya semuanya sedia bersatu atas dasar Islam,walau ada beberapa pihak yang tidak mengetahui sejarah Palestin,tetapi ingin menunjukkan sentiviti masing-masing dek kerana kemarahan dan ada juga semangat ikut-ikutan sehinggakan tersilap berdemontrasi pun berlaku.Namun tidak mengapa barangkali itu pelajaran bagi mereka supaya perlu cakna dengan sejarah Negara-negara Islam dan isu global dunia Islam.

Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah.............




Thursday, February 12, 2009

Doa...


Bismillahirrahmanirrahim...
aku mulai doaku ini dgn menyebut nama Mu Ya Allah...

Ya Allah..
Sesungguhnya engkau adalah tuhan yang maha Pengampun lagi Maha penyayang,
engkaulah pemilik segala-galanya,
pencipta segala alam,
pencipta semua yang bernyawa,
ku bersyukur pada Mu ya Allah..
selawat dan salam buat kekasih mu,
Rasulullah s.a.w.,para sahabat,tabi',tabii'n,dan seluruh ahli bait mereka...

Ya Allah..
Engkau panjangkanlah umur ku,
Engkau murahkanlah rezeki ku,
Engkau terimalah segala amal ibadah ku,
Engkau ampunilah segala dosa-dosa ku kecil dan besar,
Ya Allah..
Engkau ampunilah dosa kedua ibubapa ku,tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang beriman kepada Mu Ya Allah di dalam Syurga Mu Ya Allah..
ku ukirkan doa ku ini buat diri ku kepada mu Ya Allah,
Engkau berikanlah hidayah dan rahmat mu pada Ku Ya Allah,
Engkau bersihkanlah hati ku dari segala kekotoran dan maksiat,
Engkau angkatkanlah martabat ku bersama orang yang beriman dan beramal soleh...

Ya Allah,
berikanlah kejayaan kepada ku dan rakan-rakan ku,kesihatan yang cukup,kecerdikan,isteri yang solehah,dan zuriat yang baik,
jauhilah aku dari sifat malas,takbur,hasat dengki dan kedekut,
sesungguhnya engkau mengetahui segala isi hati ku,
perkenankanlah ya Allah....

Ya Allah..
Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara,
Akhiratlah segala-galanya,
Engkau jauhilah aku dari seksaan kubur mu,seksaan api neraka mu Ya Allah,
Berikanlah kesedaran dan keinsafan untuk selalu melakukan kebaikan,
bersihkanlah hati ku,wajah ku,dan seluruh diri ku..

Ya Allah..engkau bantulah saudara seislam ku di sana,
engkau bantulah palestin,iraq,afghanistan,dan seluruh negara islam,
hancurkanlah zionis,israil,amerika,yahudi,
sesungguhnya golongan itu telah dilaknat mu Allah,
Ya Allah..jadikanlah aku selalu bersyukur akan nikmat ke engkau berikan kepada ku,
sesungguhnya aku tidak dapat menghitung nikmat mu Ya Allah,

Ya Allah,berikanlah kejayaan kepada ku,najahkanlah aku di dalam peperiksaan dunia dan akhirat kelak,
berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini,
Ya Allah,najahkanlah aku di dalam peperiksaan yang akan tiba ini,
aku belajar kerana mu Ya Allah,
perkenanlah Ya Allah,
perkenanlah Ya Allah,
Sesungguhnya kepada Engkau aku mohon pertolongan dan perlindungan,
Amin Ya Rabbal A'lamin........

Wednesday, January 21, 2009

Tafsir Surah al-Ahzab 12-20



Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Sunday, January 11, 2009

Palestin.....


Wednesday, January 7, 2009

Hayatilah..memang kelakar ...

Berharap Ismail Kamus kembali ke pentas politik

Oleh
al-bakistani

" Di Malaysia, apabila disebut nama Ismail Kamus, pasti kita akan tergambar seorang pendakwah yang bergaya bersahaja, tetapi mendengar ceramahnya umpama melihat filem senario.

Tidak ketawa mendengar ceramah Ismail Kamus, orang itu adalah manusia yang mengalami masalah deria.

Sikap mesranya menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja, mahupun budak-budak rock, metal, haru biru, mahupun haru hijau dan haru biru air laut.

Sindirannya dengan nada lawak, memberi kesan kepada pendengar untuk berubah. Orang yang merokok, mula merasa bersalah jika merokok lagi apabila beliau menyindir perokok itu sebagai adik beradik jin.


Dulu, beliau pernah terlibat dengan dunia politik sehingga sempat bergelar YB di DUN yang sekarang diYBkan oleh Dr Hasan Ali, Exco Agama dan Infrastruktur negeri Selangor, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.


Di maklumkan, beliau pada asalnya tidak mahu terlibat dengan dunia “YB” untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi memandangkan malu dengan ketokohan dan keilmuan Dr Harun Din yang merupakan timbalan Mursyidul Am PAS, beliau dipujuk menyebabkan beliau pun dalam keadaan berat hati terlibat juga dalam dunia politik tersebut.


Pengisytiharan keputusan Pilihanraya pada tahun 1999 melahirkan satu detik bersejarah dalam hidup beliau yang tidak pernah diimpi-impikan.

Dari situ, bermulalah era dunia beliau berpolitik.
kemenangan itulah, melahirkan berbagai-bagai cerita kelakar yang berlaku dalam dewan negeri selangor. Seperti, setelah dituduh oleh UMNO bahawa PAS gila kuasa, lalu dijawab beliau dengan muka bersahaja, “kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak ambil kuasa dari orang gila”.

Juga dakwaan UMNO, bahawa PAS pandai bercakap, tapi tak pandai buat pembangunan, dijawab beliau bahawa “Mahathir pun pandai bercakap, sebab semua bangunan di buat oleh kontraktor” dan berbagai-bagai lagi hujjah yang menggelikan hati, tetapi berjaya menutup mulut UMNO pada masa itu.


sedihnya, pilihanraya pada tahun 2004, PAS kalah teruk. Kekalahan yang membawa beliau sendiri juga gugur dari gelaran YB. Sejak dari itu, beliau agak kurang lagi dilihat dalam pentas politik.


Apakah sebenarnya menyebabkan beliau sekarang menjadi kurang dengan dunia politik lagi?? Apakah memang beliau yang tidak lagi berminat, atau beliau sudah ditenggelamkan oleh orang-orang parti sendiri??

Entahlah... serahkan kepada yang maha mengetahui...


Pun begitu, secara peribadi, aku amat berharap orang seperti Ismail Kamus ini dapat kembali semula ke pentas politik. Ini kerana, dengan gayanya yang bersahaja, mudah berkira, senang di ajak bergaul dan berkawan tidak seperti sebilangan ahli-ahli politik yang dulunya senang, tetapi susah dikala memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan jawatan Menteri Besar sekalipun.


Sekian


Wallahua'lam

Saya Copy dari :
http://g-82.blogspot.com/



  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP