Wednesday, January 21, 2009

Tafsir Surah al-Ahzab 12-20



Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Sunday, January 11, 2009

Palestin.....


Wednesday, January 7, 2009

Hayatilah..memang kelakar ...

Berharap Ismail Kamus kembali ke pentas politik

Oleh
al-bakistani

" Di Malaysia, apabila disebut nama Ismail Kamus, pasti kita akan tergambar seorang pendakwah yang bergaya bersahaja, tetapi mendengar ceramahnya umpama melihat filem senario.

Tidak ketawa mendengar ceramah Ismail Kamus, orang itu adalah manusia yang mengalami masalah deria.

Sikap mesranya menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja, mahupun budak-budak rock, metal, haru biru, mahupun haru hijau dan haru biru air laut.

Sindirannya dengan nada lawak, memberi kesan kepada pendengar untuk berubah. Orang yang merokok, mula merasa bersalah jika merokok lagi apabila beliau menyindir perokok itu sebagai adik beradik jin.


Dulu, beliau pernah terlibat dengan dunia politik sehingga sempat bergelar YB di DUN yang sekarang diYBkan oleh Dr Hasan Ali, Exco Agama dan Infrastruktur negeri Selangor, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.


Di maklumkan, beliau pada asalnya tidak mahu terlibat dengan dunia “YB” untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi memandangkan malu dengan ketokohan dan keilmuan Dr Harun Din yang merupakan timbalan Mursyidul Am PAS, beliau dipujuk menyebabkan beliau pun dalam keadaan berat hati terlibat juga dalam dunia politik tersebut.


Pengisytiharan keputusan Pilihanraya pada tahun 1999 melahirkan satu detik bersejarah dalam hidup beliau yang tidak pernah diimpi-impikan.

Dari situ, bermulalah era dunia beliau berpolitik.
kemenangan itulah, melahirkan berbagai-bagai cerita kelakar yang berlaku dalam dewan negeri selangor. Seperti, setelah dituduh oleh UMNO bahawa PAS gila kuasa, lalu dijawab beliau dengan muka bersahaja, “kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak ambil kuasa dari orang gila”.

Juga dakwaan UMNO, bahawa PAS pandai bercakap, tapi tak pandai buat pembangunan, dijawab beliau bahawa “Mahathir pun pandai bercakap, sebab semua bangunan di buat oleh kontraktor” dan berbagai-bagai lagi hujjah yang menggelikan hati, tetapi berjaya menutup mulut UMNO pada masa itu.


sedihnya, pilihanraya pada tahun 2004, PAS kalah teruk. Kekalahan yang membawa beliau sendiri juga gugur dari gelaran YB. Sejak dari itu, beliau agak kurang lagi dilihat dalam pentas politik.


Apakah sebenarnya menyebabkan beliau sekarang menjadi kurang dengan dunia politik lagi?? Apakah memang beliau yang tidak lagi berminat, atau beliau sudah ditenggelamkan oleh orang-orang parti sendiri??

Entahlah... serahkan kepada yang maha mengetahui...


Pun begitu, secara peribadi, aku amat berharap orang seperti Ismail Kamus ini dapat kembali semula ke pentas politik. Ini kerana, dengan gayanya yang bersahaja, mudah berkira, senang di ajak bergaul dan berkawan tidak seperti sebilangan ahli-ahli politik yang dulunya senang, tetapi susah dikala memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan jawatan Menteri Besar sekalipun.


Sekian


Wallahua'lam

Saya Copy dari :
http://g-82.blogspot.com/



Tuesday, January 6, 2009

Ya Robbi.....

Monday, December 29, 2008

Terkini Serangan Rejim Zionis di Gaza. 360 kematian dicatatkan.

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

http://www.palestinkini.info/

Saturday, December 27, 2008

Peperiksaan semester 1

Saya akan menghadapi imtihan semester pertama Universiti Al-Azhar cawangan Mansoura bermula pada 10 januari 2009 dan akan berakhir pada 21 Januari 2009.

Sama-sama doakan moga kita semua berjaya dan diberkati Allah....

Wednesday, December 24, 2008

Kejahilan yang masih wujud

Seolah-olah memperjuangkan Hudud ni kerja PAS sahaja! sedangkan Hudud wajib diperjuangkan oleh semua ummat islam.Tidak kira samada Parti UMNO mahupun PAS.Setiap kerajaan yang memerintah wajib laksanakan.

Terasa melenting juga hati yang kerdil ni mendengar herdikan si kambing dua ekor ni.Bukan perkara main-main hukum Allah ni.

Sedarlah buat siapa yang cuba menulis sedikit dialog kartun yang mengherdik pihak yang memperjuangkan hak islam.Dan ingat semuanya akan kembali bertemu Allah di suatu masa nanti. sekian wassalam.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP