Monday, July 14, 2008

Lawatan Matruh & Siwa 07/08



Seribu kenangan yang diperolehi sepanjang pejalanan ke Matruh Siwa pada 8,9 dan 10 Julai 2008.Kenangan pahit,manis,masam,masin kita rasai' bersama.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah EMAS '08 Berserta seluruh Ed- hoc Pelaksananya,juga tidak dilupakan Unit Sambutan dan Rehlah DPMM sesi 2007/2008.



Moga jasa kalian dikira sebagai amal islami.Hari ini kalian memberi pengorbanan kepada mereka,Namun insyaAllah mereka juga diantara yang bersedia memberi pengorbanan kepada generasi seterusnya.amin...sekian wassalam.

Tuesday, June 24, 2008

Peringatan!!


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua

Saturday, June 14, 2008

Pesanan buat kita yang lelaki..


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari).



Firman Allah dalam surah An-nuur:32-33 yang bermaksud:


"dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-0rang yang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

Saturday, June 7, 2008

Renungan

sahabat..


Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."


sahabat..


"walau diri letih..walau jiwa merana..walau kesakitan melanda..tiada noktah dalam berjuang.teruskan perjuangan sahabat2 kerana pintu peperangan semakin hampir untuk kita rempuh.kejayaan atau kegagalan terletak pada yang Esa hasil dari titik peluh perjuangan awal kita.."


semoga sabar dan tabah dalam mjalani kehidupan harian dan moga kejayaan milik kita..

Monday, May 26, 2008

Setuju..Perlu dikaji!!



Kaji semula keputusan batal MOU antara IPT tempatan dan universiti Al-Azhar


Ali Bukhari Amir

Mon | May 26, 08 | 5:59:05 pm MYT

KAHERAH, 26 Mei (Hrkh) - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula keputusan pembatalan persefahaman (MOU) antara institut pengajian tinggi Malaysia dan Universiti al-Azhar yang berpusat di Kaherah, Mesir.

Presiden PMRAM Khairul Anuar Ramli berkata, pihaknya melihat perjanjian persefahaman tersebut sangat membantu anak-anak Melayu dalam meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam pengajian Islam.

"Bidang tersebut tergolong dalam bidang kritikal di mana ia telah melahirkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan agenda besar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata beliau.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Idris Haron bertanya kenapa MOU antara kerajaan Mesir dan kolej-kolej tempatan yang menghantar pelajar ke tahun tiga mereka ke al-Azhar telah dibatalkan.

Menjawab soalan tersebut, Dato' Idris memberitahu Parlimen bahawa antara sebab keputusan itu dilaksanakan adalah kerana permintaan pasaran ke atas graduan lulusan agama adalah minimum dan hal itu seterusnya mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke universiti al-Azhar.

Mengulas hal itu, Khairul Anuar berkata, kewujudan cawangan Universiti al-Azhar di Negeri Sembilan misalnya, adalah contoh bahawa kerajaan tidak wajar menyekat peluang graduan-graduan IPT tempatan untuk meneruskan pengajian di kampus induk universiti tertua itu.

"Merujuk dakwaan yang menyatakan perjanjian persefahaman itu tidak menepati pasaran kini, PMRAM melihat ia bukan sebab yang kukuh untuk terus dibatalkan kerjasama itu. Realiti sekarang menunjukkan bahawa pengangguran dalam kalangan graduan di bidang pengajian lain turut berlaku.

"Apakah kerana sekadar faktor kekurangan kehendak pasaran semasa, maka terus sahaja disekat perkembangan ilmu agama dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia?" kata beliau.

Tambah beliau, peluang pekerjaan yang selama ini terbuka luas kepada graduan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang pendidikan sepatutnya lebih diperhebatkan.

J-Qaf, menurut Khairul Anuar, adalah contoh program yang disifatkannya sebagai salah satu langkah penyelesaian untuk mengatasi isu pengangguran di kalangan graduan pengajian Islam itu.

"Oleh itu, kerajaan perlulah meneliti semula betapa peluang tersebut sangat membantu anak-anak Melayu mendalami ilmu Islam secara langsung.

"Implikasi buruk akan berlaku dengan terputusnya generasi penuntut-penuntut Mu'adalah Universiti al-Azhar jika KPT tidak mengkaji baik buruk keputusan yang telah dibuat," katanya. - mns

Wednesday, May 21, 2008

Buat pejuang...


sahabat...

....Berjuang mmg pahit,Kerana Syurga itu Indah,Bukan Sedikit Mahar yg perlu Di bayar,Bukan Sedikit Pedih yang di Tagih,

....Ingatlah,Tiada Permaidani Indah untuk Pejuang Islam..Tiada gelaran dan Anugerah Istimewa untuk Pendakwah Islam,

....Ingatlah! Hanya cabaran dan ujian getir yg diberikan untuk kita,

....Namun,Ikhlaskan Niatmu Wahai Sahabatku,Kerna Nilai Allah taala amat tinggi buat hambanya yang Terkorban demi Agamanya....

bittaufiq wannajah

Monday, May 19, 2008

Baru Imtihan Dunia

Sedang mendengar tazkirah daripada Us Salman Maskuri, mahasiswa MA Al Azhar
( http://akhisalman.blogspot.com)


Kesungguhan warga perantau ilmuan yang berada di Universiti Al-Azhar cawangan al-Mansoura, Mesir, menuntut ilmu sekali lagi dibuktikan baru-baru ini. Kehadiran yang ramai dalam sebuah majlis qiamullail yang diadakan menceritakan segala-galanya. Bagi menghadapi imtihan fasa ke-2 pada kali ini, bukan hanya sekadar hanya menelaah kitab semata-mata... tetapi turut tunduk merendahkan diri lantas merafa'kan pengharapan dan munajat yang tak berbelah bagi kepada Allah. Hal ini kerana sebagai insan kerdil yang memerlukan pertolongan daripada Ilahi, kita semua pastinya mengharapkan moga bukan sekadar mendapat keputusan yang cemerlang dalam imtihan tetapi turut pula diiringi dengan penuh keberkatan.
Gambar sewaktu solat hajat imtihan (Qiamullail) di Dewan PJA, Utubis Jadid, Mansurah, Mesir.

Maka sedar ataupun tidak, kita telahpun sama-sama menempuhi suasana imtihan dunia yang mungkin akan menatijahkan keputusan yang terbaik untuk dibawa pulang ke tanah air kelak. Moga dengan persediaan yang dilakukan ini berterusan hingga bila-bila masa. Bukan hanya sekadar menjadi persediaan di kala menempuh imtihan sahaja. Teruskanlah amalan mulia ini, agar medan imtihan ini menjadi suatu madrasah tarbiah yang terbaik guna melatih tubi kekuatan rohani kita sebelum berdepan dengan imtihan di akhirat kelak. Sekian saja tatapan muhasabah kali ini. Sama-sama doakan moga kejayaan di dunia memberikan natijah terbaik pula hendaknya di akhirat nanti... tentunya buat kita semua, insyaallah, wa amin...!

Salam imtihan buat semua! ('',)

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP