Monday, May 19, 2008

"Tiada Bagiku Tuhan Selain-Mu"

Sama-sama kita menghayati senikata di bawah ini. Ia merupakan nasyid acapela yang dipetik daripada dendangan kumpulan Da'i Nada, sebuah kumpulan nasyid pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut di al-Azhar, Mesir. Mudah-mudahan memberikan 'Nur Hidayah' dan menginsafkan jiwa kita yang sering kelalaian.

ما لي رب سواه
أحمد زيدان

ما لي رب سواه غفار يمحو الذنوب

ما لي رب سواه نور يهدي القـلوب

يا الله عبد كثرت ذنوبي

زادت حولي كروبي منك اليك غروبي

يا الله لاتحرمني نعيما

لاتتركني سقيما يا منانا رحيما

يا الله أنت العلي القادرالعظيم

يا الله أنت السميع البصير العليم

ما لي رب سواه رب السماء العطوف

يغفر لمن عصاه وهو الحليم الرؤوف

يا الله رحمن للبرايا

غفار للخطايا ورجائ هو هدايا

يا الله ارحم ضعفي وحالي

فاق الذنب احتمالي فاغفر يا ذا الجلال

يا الله أنت العزيز الغفور الرحيم

يا الله أنت القدوس السلام الكريم


Sunday, May 11, 2008

Alfu Mabruk buat Us Fakrullah & Isteri



Lahirnya seorang serikandi Mujahidah yang akan memperjuangkan agama Allah.Ameenn..| Perhatian! yang berjubah dan berkopiah putih ni bukan ayahnya ye..takut tersalah tanggapan...cuma boleh doa-doakan moga dia juga bakal jadi ayah suatu masa nanti...

Thursday, May 8, 2008

Renungan akhir zaman "Qiamat"


Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat semakin sudah tidak lagi pedulikan landasan agama,hanya mangikut hawa nafsu dalam mengejar apa yang dicita-citakan.

Sudah berapa banyak tanda-tanda hari kiamat telah pun kita lihat terpampang dihadapan mata kepala kita ,tanpa kita sedari tanda-tanda tersebut akan mangundang kita bertemu Allah s.w.t dalam keadaan yang cukup mengejut.Dan apa yang kita bimbangkan adalah berapa banyakkah amalan yang kita telah lakukan.

sahabatku yang dikasihi,

satu hadis yang ingin saya bawa dan ingin berkongsi dengan sahabat sekalian,untuk kesedaran kita bersama.Diantara pertanda-pertanda yang akan berlaku menunjukkan bahawa akan tibanya hari kiamat pada bila-bila masa.

Hadis ; .

Maksudnya : Daripada ibnu omar r.a berkata : Berhadap Rasul saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda ; "Wahai kaum muahjirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakanya),maka tiada kebaikan lagi bagi kamu.Dan aku berlindung dengan Allah swt.Semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara -perkara itu ialah:

1) Tiada terzahir (nampak)perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukanya,kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka,dan mereka akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2) Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan ,kecuali mereka akan diabalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3) Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali diatahan untuk mereka air hujan dari langit.Jiakalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)tentunya tidaka akan diberi hujan oleh Allah swt.

4) Dan tiada mereka mangukir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sabahagian daripada apa yanag ada ditangan mereka.

5) Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al- Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu)Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri".

Renungan ini adalah untuk dikongsi demi menyedarkan kehidupan kita yang semakin pendek masanya,yang terkadang kita alpa dek terlampau banyaknya kemodenan masa kini.Ayuh ,kita buktikan kita mampu menjadi hamba Allah sanggup menabdikan keranya (Allah) demi mendapat redhonya.Kehidupan kita didunia hanya sementara dan kita akan kekal diakhirat buat selamanya...


Tuesday, April 29, 2008

Peperiksaan semester ke 2



Tuesday, April 22, 2008

Renungan imtihan



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

sekian lama tidak menulis di ruangan web blog yang tidak seberapa ini.walaupun di sana sebenarnya banyak perkara yang ingin di ketengahkan melalui alam siber ini.Namun masa yang cukup terbatas untuk menumpukan dengan sebaiknya untuk melakari sebuah cerita mahupun apa jua maklumat untuk dikongsi pandangn semua.memang kita lihat jika web blog peribadi agak mudah berbanding dengan web rasmi..ikut saja apa yang ada dalam kotak fikiran and then terus lakar .tapi kena ingat biarlah berisi...

Melihat kepada suasana sekarang khususnya seluruh mahasiswa perubatan,kuliah dan qiraat yang berada di pelembahan Nil ini,kesemuanya boleh dikatakan telah memberi tumpuan yang sebaik mugkin bagi menghadapi peperiksaan pada tahun ini.Usaha ini dilakukan bagi memastikan keputusan mumtaz yang berkatnya dapat kita kecapi.Sebilangan mahasiswa cerdik mengatakan,oh cukup mudah jika mahukan mumtaz.tetapi bagaimana kejayaan dari sudut akhlak?seluruhnya sudah pasti melihat kepentingan kejayaan akhlak yang mumtaz juga menjadi keutamaan.

Ibu-bapa,masyarakat semuanya inginkan seluruh masyarakat terpelajar ini menjadi contoh yang terbaik untuk membentuk masyrakat setelah tamat belajar kelak.kalian mugkin terkadang suka memilih dan membuat penilain sendiri tentang diri..mengatakan bahawa aku bukanlah yang terbaik..terkadang semuanya salah!kalian yang telah terpilih menjadi seorang terpelajar yang berkelayakan untuk menjejakkan kaki ke universiti,perlulah membentuk syakhsiah yang cukup baik.

Apa yang kalian dapat lihat pada hari ini,jika dahulunya kalian hanya melihat keluaran Al-azhar sahaja yang akan mewarnai negara kita Malaysia dari bumi para Nabi "Mesir"yang penuh barakah ini.Namun pada hari ini,beberapa pengkhususan selain bidang pengajian islam juga turut dihantar ke bumi Mesir.saban tahun meningkat ke jumlah yang cukup ramai.Ini adalah satu kelebihan untuk kita kogsi bersama.

kelebihan!juga terkadang mengundang beberapa kekurangan terutamanya golongan pendakwah yang mempunyai tanggugjawan untuk belajar.Namun,di beri peluang pendedahan secara prektikal untuk dekati dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan.Apa yang kita dapat lihat sekarang ini,masalah sosial yang cukup membarah,belum tiba masanya ingin dedahkan di sini,hanya menyeru pada diri dan kalian semua untuk lihat secara lebih dekat baik senario generasi yang akan memimpin masyarakat suatu hari nanti.saya tidak menyalahi mana-mana pihak.Namun inilah tanggujawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak..jika kita hanya membiarkan ..dan melihat..tanpa merasakan itu adalah tanggugjwab setiap muslim..oh silakan!kita akan lihat cabaran di Malaysia kelak sungguh keritikal..dan akan berterusan jika kita mengambil sikap menjaga periuk nasi!jesteru saya mengajak pada diri dan kalian untuk kita sama-sama membasmi masalah sosial ini.Bukan sekadar menuggu tibanya tarikh tiket comferm layak pulang ke Malaysia baru ingin membuat persediaan.

Sepastinya..kita semua akan pulang ke tanah air Malaysia dan akan bantu sebaik mugkin bagi melihat kegemilangan tanah air kita di daulatkan daulah islmiah.golongan pengajian islam mempunyai tanggujawab,akademik perubatan juga mempunyai tanggugjwab.Dulu saya tidak kenali suasana kehidupan ustaz-ustazah..golongan doktor (Perubatan).Namun sekarang ini secara realiti ..Fikir-fikirkan!Moga kita menjaga akhlak kita..."cemerlang akademik,cemerlang akhlak"..selamat menempuh peperiksaan.sama-sama kita doakan moga kita berjaya di dunia dan akhirat...

Sunday, April 6, 2008

Perlu diperkenalkan...

souvenir pernah diserahkan kepada universiti Al azhar Mansurah dari PMRAM satu ketika dahulu..

Pmram adalah sebuah pesatuan induk yang berada di bumi Mesir dan berdaftar dengan Kerajaan Mesir iaitu di bawah Kementerian Kemasayarakatan Mesir.Menjadi satu tanggunjawab kepada kita semua seluruh Mahasiswa bersatu dan Mendokongki pesatuan yang didasari Al-Quran dan As-Sunnah ini. dan perlu diingatkan jangan cuba sesekali menkhianati kesatuan yang sedia ada...kesatuan yang telah dibina setelah bertahun lamanya..semua adeoligi pemikiran bersatu di bawahnya ..berdasarkan ilmu bukan sekadar semangat semata-mata..jadi..agak pelik dan jelik kiranya ada lagi pesatuan politik yang tertubuh semata-mata untuk memecah belahkan mahasiswa ..semua mahasiswa diingatkan jangan kerana duit 10 genih 20 genih kita terpukau...kita golongan mahasiwa ..bukanya budak-budak yang layak dipergula-gulakan...sehingga mampu menggadaikan perpaduan ini ....

Thursday, March 13, 2008

Tentatif : Makan|Muzakarah Kelompok|Sulam '08

Festival Sukan Keluarga Mansurah|nilaian sejauh mana ukhuwah kita..





Bazaria Asean mansurah meriah...




Kerjasama wujud...



Kesungguhan serikandi

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP