Saturday, March 6, 2010

Terkesima

Saya amat terkesima apabila menziarahi posting Muktamar Wehdatul Islamiah Versi Edition oleh Ustaz Nasaruddin Haji Hassan At-Tantawi pada program Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 . Program yang dipernuhi para alim ulama' turut bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden Parti Islam Se- Malaysia PAS.

Memang mengejutkan saya apabila beliau menjadi dif jemputan dan diberi penghormatan untuk berucap pada program tersebut. Sedangkan sebelum ini yang saya ketahui beliau merupakan AJK Taqribul Mazhab sahaja. Jika tidak silap. Ini merupakan Qudwah yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Ulama' yang murabbi sungguh memberi kesan kepada si mad'u yang menerima setiap apa yang disampaikan. Kerana setiap apa yang mereka ingin sampai mereka sangat-sangat mengamati sebelum mereka menyampaikan. Mereka bukan golongan yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakannya. Setiap apa yang mereka katakan dijadikan contoh tauladan melalui pengamalanya.

Sehari dua ini seorang sahabat rapat saya yang tidak perlu disebut namanya. Dia seakan mahu menjejaki betul-betul setiap akspek kehidupan Tuan Guru yang saya boleh katakan sebagai idolanya. Dia seakan mengikuti setiap perkembangan semasa, ceramah, dan sebagainya. Setiap ceramah di downloadnya. Dan cuba menjiwai kesukaran jalan dakwah. Barangkali bakal menggantikan Tuan Guru di masa mendatang InsyaAllah. Setidak pun pembantu perjuangan Islam. Saya yakin.

Semoga Allah membuka hati kita untuk terus mendalami ilmu agama dan beramal denganya. Mengekalkan (thabat) hati untuk menerusi jalan dakwah yang ujiannya tidak kita ketahui.


Memahami apa yang kita lakukan adalah satu perkara yang sangat penting. Kerana tidak semudah untuk kita bahasakan perjuangan itu dan ini jika ianya tidak dilalui dengan ujian. Samada ujian itu kesenangan mahupun ujian kesesusahan. Mudahan ujian dariNya termampu mengikut kemampuan masing-masing.

Nasihat buat diri dan pembaca sekalian agar kita sentiasa beristiqomah untuk mendalami ilmu agama dan sentiasa memenuhi kehidupan semangat membaca. Sepertimana ada seorang pemuda gerakan Islam Ikhwanul Muslimin pernah berpesan pada kami melalui tauladan yang beliau lakukan.

" Selepas saja waktu Isyak merupakan masa untuk aku penuhi dengan pembacaan buku-buku gerakan islam dan ilmu-ilmu lain, aku tidak suka buang masa".

Antara pesanan beliau juga dikala kita menghadapi penyakit putus asa (futur). Beliau berpesan supaya. " Sentiasalah membaca muqoddimah fi dhilali Quran karangan Sayyid Qutub".

Mudahan kita terus bersemangat dan terus faham. Biarlah sedikit demi sedikit kita cuba lakukan. Terpenting jangan tinggalkan kesemuanya jika tidak termampu. Semoga kita beristiqomah.

1 comments:

Amirul Mukminin Umar March 17, 2010 at 8:16 PM  

Kenapa Tuan Guru Hadi awang seduduk dgn SYIAH.. Tidak kah beliau ketahui bahawasanya SYIAH Imammiah jakfari nie di dalam kitab2 mereka yang muktabar telah melaknat dan mengkafirkan sahabat2 rasululah SAW.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP