Friday, January 15, 2010

Sayyidul Ayyam

Sobahal Khair!


Hari ini adalah hari jumaat yang sangat mulia. Hari yang menuntut kita agar menambahkan amal ibadat. Melaksanakan perkara kebaikan meninggalkan perkara keburukan. Penghulu segala hari. Ditambah pula semenjak semalam hingga pagi tadi makluman yang disampaikan oleh imam masjid Syari' Munawarah sesudah sahaja solat subuh.

"Dijemput kepada semua untuk sama-sama kita menunaikan solat kusuf tepat jam 7.00 pagi". Dengan nada yang agak sedih."Gernaha juga diantara tanda-tanda (Alaamat) Qiamah. Sambil kalam tambahan sebagai mengingatkan kepada ahli jemaah." kita akan solat kusuf bersempena dengan gerhana matahari. Sepertimana yang dilakukan oleh baginda Nabi S.A.W. Tazkirah tersebut dikuatkan dengan beberapa hadis.

Imam Muslim : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada
tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Jadi, bila dah dijemput saya pun segeralah pergi untuk sama-sama menunaikannya bersama jemaah yang lain. Namun, apa yang peliknya. Apakah penelitian yang dilakukan oleh Syeikh imam tersebut? Tidak kelihatan pula gerhana yang berlaku. Erm, bertambah menyakinkan aku lagi. Ramai juga jemaah yang hadir. Dan ditambah pula beberapa masjid lain juga turut menunaikanya.

Hairan tidak hairan. Sudah tertunai solatnya 2 rakaat serta 4 kali rukuk. Dengan dibacakan surah Al-Qiamah. Menangis-nangis jemaah dibuatnya. Suaranya pula ala-ala syeikh jibrail.

Tetap tertanya dibenak fikiran. Apa syaratnya arab ni tahu ketetapan solat kusuf ni? Aku pun tanya la pada sorang Ustaz ni. Beliau menjawab."Segala maklumat melalui media Mesir tiada dikhabarkan pun". Cuba juga membelek-belek sohih bukhari. Ternyata dinyatakan perlu berlaku gerhana matahari.

Adakah imam tu ijtihad sendiri?

Erm...tinggalkan persoalan tersebut. Lusanya aku akan menduduk imtihan madah Tarikh Al-Adab Al-Abbasi.

Doakan....

2 comments:

Humairah January 15, 2010 at 11:33 PM  

Salam Ust.
Ana sambil2 blog jumping td, terlihat post ni.

Kalau ikutkan, gerhana matahari mmg berlaku semalam. Dan Mesir termasuk dlm laluan gerhana kali ini. Gerhana yg berlaku adlh gerhana matahari cincin (annular), tp kat Malaysia yg dpt dilihat sekadar gerhana separa. Tp ana sendiri pun x nampak gerhananya, mgkn sbb langit tak berawan smlm.

Cuma kalau ikutkan timeline, pencerapan gerhana akan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar 11.30 pg waktu Mesir. Tp kenapa syeikh imam melakukannya pd jam 7 pg? Hurm..

Akhi Abdul Kadir. January 20, 2010 at 9:00 PM  

wslm,

Agaknya kiraan masa bagi dia dah sampai waktunya kot. takkan tetiba nak wat awal..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP