Tuesday, July 28, 2009

Kenangan lama

Ini gambar kenangan lama antara saya, razki dan sahabat arab daripada Yaman, Saudi dan sorang lagi memang asal dari Malaysia yang belajar di Yaman sana dan tiada dalam gambar ini, kerana dia menjadi juru kamera.

Mereka yang sudah lama berkunjung ke bumi Mesir satu ketika dahulu dan bermalam di rumah kami di Mansurah. Kunjugan mereka ke bumi Mesir bertujuan menyelesaikan kajian tesis yang akhirnya menempuh banyak pengalaman di bumi Mesir. Tandanya arab Mesir sungguh berbeza sikapnya berbanding arab Yaman dan saudi. Mereka adalah pelajar awai'il iaitu terbaik di sebuah universiti Adab dan Terjemah di Negara Yamen.

Kata seorang sahabat dari yaman. " Ganas betul arab mesir ni!." kami dari ramsis tadi, habis beg kami dikebas! kami turun dan bayar tambang dulu, ingatkan sama ngn arab yamen, tiba-tiba selesai bayaran, terus jalan.."sedih tul..biasa arab Yaman kalau beg kami terlupa dalam teksi pun mereka akan hantar hantar balik..". Ceritanya dengan penuh kesedihan.

Selesai sudah pengaduan mereka dan apa yang paling penting tesis perlu diselesaikan, walaupun bahan yang ada tidak mencukupi, habis dicuri.

Kenangan yang ada hanya tinggal kenangan. Saya dan sahabat yang berkunjung sudah sekian lama terputus talian. Tu lah..kalau-kalau ada menjengah blog ni hubungi la..kot2 kawan-kawan nk ke yaman lepas ni..mudah..hehe..

ok sekian wsslam...

Saturday, July 18, 2009

Perjuangan perlu diteruskan...

Segala kenangan bersama pimpinan sesi 2008/2009 akan berakhir tidak berapa hari lagi. Pimpinan bertukar silih berganti. Namun hakikatnya, sebuah pesatuan DPMM tetap sama untuk kita terus lebarkan risalah dakwah.

Sangkaan saya ahli DPMM ada yang paham dan ada yang masih tak paham bahawa, DPMM dan PMRAM tetap sama walau siapa pun yang akan menerusi tapuk kepimpinan, selagi pemimpin tidak mengarahkan ahlinya melakukan perkara maksiat.

Sekadar ringkasan. Marilah sama-sama kita bermunajat dan beristikharah agar Allah memilih pemimpin yang benar-benar bertaqwa.

Thursday, July 9, 2009

Bersua kembali

Sudah lama rasanya saya sudah tidak menulis,bukan kerana malas tapi oleh kerana kesibukan sana-sini.jika sibuk hanya di mansurah mungkin ada juga kesempatan untuk menulis.Namun,lain tempatnya yang membuatkan tidak ada sangat ruang masa untuk sama-sama bersua di ruangan blog saya yang telah lama usang..hahah..

Saya bukanlah penulis hebat yang beria-ria untuk mengajak pembaca blogger semua untuk membaca blog saya dan mengambil pandangan yang saya luahkan di sini.Sebab saya hanya kadang-kadang saja menulis ,mengikut masa yang ada dan apa saja yang saya mahu menulis.Bahkan kadang-kadang idea dah tak ada ..maka biarkan saja blog ini kesepian.

Sehari-dua ni selepas saja cuti semester ke dua masa yang ada sangat berharga buat saya untuk dimuatkan dalam memori hidup insan kerdil seperti saya ni.Tujuannya tidak lain mencari keredhoaanya.Saya sememangnya kurang menetap di Mansurah Jaziarah Al-Ward ini buat sekian masa sebelum ini.Saya memohon maaf buat rakan-rakan yang pulang ke Malaysia,samada bercuti sahaja mahupun pulang selesai pembelajaran di bumi Mesir ini.Mohon maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk menziarahi antum semua.Moga kita bertemu kembali..,tidak di dunia maka di akhirat kelak ...

Sudahla rakan-rakan tidak sempat saya "Wada".Inikan pula anak murid kelas Al-Quran(adik-adik perubatan) yang saya sentiasa bersama setiap minggu.Tidak juga saya kunjung ziarah untuk sama bermohon-maafan..maaf bersangat-sangatan..huhuh.Moga kalian memahami Ostad" hampa ni.Tiba masanya InsyaAllah kita akan ketemu.

Semalam baru saja saya tiba di Mansurah.Kembalinya saya terus ke Bazaria di Dewan PJA yang saya rasakan menjadi kezutan buat saya sebenarnya.Program Bazaria pada penyusanan awal digabungkan siswa dan siswi.Namun atas dasar beberapa masalah maka tander hanya dibuka bagi Siswi sahaja.tapi tak per lah..siswa juga boleh turut serta menjadi pelanggan,boleh makan...Alhamdulillah...

Tapi itu bukan faktor utama saya ke bazar.saya suka ke bazar oleh kerana boleh jumpa dengan ramai orang.Sekurang-kurang tidak sempat saya ziarahi ke rumah,boleh ketemu di tapak Bazar.Makan pun boleh,jalinan ukhuwah juga sama dapat kita rapatkan..

Kini saya sudah sini dan dapat meneruskan kerja-kerja di sini yang masih belum selesai....sekian wassalam...

Salam Ukhuwah Fillah
Akhi Abd kadir

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP