Saturday, September 12, 2009

Ramadan : " Masih berpeluang"!

Firman Allah Ta'la : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Puasa seperti umum mengetahui adalah suatu pensyariatan yang dituntut di dalam Islam, ianya wajib dilaksanakan oleh setiap muslim di bulan ramadan. Kelebihan berpuasa adalah telalu banyak jika kita bincangkan.

Namun ianya perlu diikuti keseluruhannya bukanlah hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Ianya amat merugikan dan memenatkan sahaja.

Kita mungkin terlupa terkadang mulut kita hanya terkunci daripada makan dan minum sahaja, sedang pertuturan kita lancang mengumpat, maki hamun, berkata tidak sopan serta lain-lain.

Dalam hal ini Allah berfirman; “Maka janganlah kamu duduk bersama mereka sampai mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka”. (An-Nisaa: 140)

Selain itu mata kita tidak terjaga, sering melihat, menonton rancangan yang boleh menaikkan syahwat, amatlah rugi kita berada keadaan sebegini.

Imam Al-Ghazali mengatakan,;" Mereka yang selamat dalam Ramadhan jika berada dalam kategori khususul khusus atau al-Khawwas. Mereka menjaga telinga, mata, lisan, tangan dari maksiat."

Seperti disebut di dalam ayat Al Quran tersebut jika kita dapat melaksanakanya di bulan ini dan diteruskan di bulan-bulan lain, rasanya selamatlah ummat daripada perkara buruk yang sering berlaku di bulan lain tersebut.

Selain itu kita perlu berpada di dalam menyediakan makanan terutamanya sewaktu berbuka. Bukanlah kita "melantak" dalam erti kata lain makan melampaui batas hingga menjejaskan kesihatan pula.

Catatan ini untuk mengingatkan kita semua sempena beberapa hari lagi ramadan akan pergi meninggalkan kita.

Maka tangisilahh...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP